5 Resepi Nasi Goreng Paling Popular Malaysia

Nasi Goreng!

siapa yang tak tahu hidangan satu ini? ianya dibuat daripada nasi yang digoreng kemudian dicampur dengan pelbagai bahan seperti sayur, telur, atau daging.

nasi goreng popular malaysia


untuk rasanya tak usah anda tanyakan lagi kerana sangat sedap dan sangat menyelerakan selera.

hari ini blogopsi.com teringin share beberapa resepi nasi goreng popular di malaysia yang biasanya dijual di kedai.

bagi anda penggemar nasi goreng mungkin sudah tahu dengan beberapa list dibawah dan resepi ini sangat sesuai untuk anda yang tak ada idea untuk masak apa di penghujung minggu ini.

pasti anda sudah tak sabar kan, jom kita tengok listnya dibawah...

1. Nasi Goreng Cina
nasi goreng cina

yang pertama adalah nasi goreng cina, hidangan ini biasanya mudah dijumpai di restoran melayu dan cina.

biasanya nasi goreng ini tidak mempunyai rasa pedas dan ianya dibuat dengan menggunakan kicap cair, minyak bijan, stok ikan, dan halia.

untuk resepinya sila tengok dibawah..

Bahan-Bahan

  • 2 cawan nasi putih
  • 1 biji telur
  • 5 keping kecil isi ayam
  • 2 ulas bawang putih - mayang nipis
  • 1 biji bawang merah - mayang nipis
  • 1/4 cawan kacang peas
  • 1/4 cawan lobak merah - potong dadu
  • Sedikit garam & gula - secukup rasa


Cara-Cara

1. mula mula masukkan ayam dan telur dalam blender kemudian kisar. selepas itu Tuangkan ke dalam nasi putih dan kacau hingga sebati.

2. Tumiskan bawang putih dan bawang. kemudian Masukkan chicken ball, kacang peas dan lobak merah dan Tumis sampai layu.

3. Masukkan nasi goreng kemudian Kacau hingga sebati. seterusnya Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. dah siap 😍

2. Nasi Goreng Kampung
nasi goreng kampung

nasi goreng popular seterusnya adalah nasi goreng kampung, hidangan ini memang sudah tak asing lagi bagi rakyat malaysia.

dengan rasanya yang pedas kemudian dicampur dengan pelbagai bahan rencah memang membuat sesiapa sahaja terliur apabila merasakan kesedapan nasi goreng ini.

biasanya hidangan ini mudah didapati di gerai-gerai atau restoran. selain itu, anda juga boleh berkreativiti dengan guna variasi bahan mengikut selera masing-masing.

untuk resepinya ada di bawah ini

Bahan-Bahan


  • 5 cawan nasi
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 ketul ayam (bahagian dada)
  • 1 cekak kangkung
  • 3 biji telur
  • 11 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji guli belacan
  • 1 genggam ikan bilis goreng
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar minyak masak
Cara-Cara

1. pertama, gaulkan nasi dengan garam kemudian Potong kangkung dan Basuh telur.

2. seterusnya kupang bawang putih dan bawang merah. kemudian Kisar semua bahan tadi termasuk satu sudu besar ikan bilis goreng.

3. step seterusnya Potong ayam halus-halus. kemudian Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik harum. seterusnya Masukkan ayam dan Kacau.

4. Pecahkan telur dan kacau kemudian Masukkan sos tiram dan Kacau hingga sebati. seterusnya Masukkan nasi dan Kacau hingga sekata.

5. akhir sekali Masukkan ikan bilis goreng dan kangkung. kemudian Kacau sebati. Siap dan sedia untuk dihidang.


3. Nasi Goreng Tomyam
nasi goreng tomyam

seterusnya adalah nasi goreng tomyam, nasi memang sudah tidak asing lagi bagi masyarakat malaysia. sekarang ini banyak hidangan berasaskan nasi yang mudah anda temukan.

apabila anda penggemar tomyam, resepi ini sangat sesuai untuk anda cuba kerana daripada hanya membeli tomyam sahaja kenapa tidak membuatnya menjadi nasi goreng.

untuk resepinya sila tengok dibawah..

Bahan-Bahan


  • 3 cawan nasi
  • 3 ekor sotong
  • 6 ekor udang
  • 1 mangkuk karet dipotong dadu
  • 1 mangkuk bunga kobis dipotong2
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 peket pes tomyam
  • 1 labu bawang besar di blend
  • 3 ulas bawang putih diblend
  • 10 biji cili padi di blend kasar
  • Garam dan perasa

Cara-Cara

1. mula mula Panaskan minyak dalam kuali kemudian Goreng sotong dan udang. selepas itu Masak dan angkat. kemudian Masukan bahan yang di blend.

2. seterusnya Masukan pes tomyam, cili padi,sayuran. kemudian Masukan sos tiram, sos ikan serta udang & sotong yg telah digoreng tadi.

3. akhir sekali Masukan nasi dan gaul rata kemudian masukkan Garam dan perasa. Sedia untuk dihidangkan.

4. Nasi Goreng Sardin
nasi goreng sardin

resepi ini sangat sesuai untuk anak anda yang tak suka ikan sardin, daripada hanya makan ikan sardin biasa sahaja kenapa and atak berkreativiti dengan nasi goreng.

untuk menyediakan hidangan ini sangat senang dan bahan-bahanya pun mudah untuk didapati seperti sardin, telur, bawang, dan cili.

untuk cara menyediakanya sila tengok dibawah ini.

Bahan-Bahan


  • 1 tin sardin saiz sederhana. (kalau nasi banyak guna tin besar)
  • 1/2 biji bawang besar (di hiris)
  • 1 ulas bawang putih (di hiris)
  • 5-8 biji cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap (saya guna kicap pedas Mahsuri)
  • 3 mangkuk nasi sejuk (kalau nasi panas kena sejukkan dulu)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam (ikut tahap kesesuaian masing2)
Cara-Cara


1. pertama panaskan minyak dalam kuali. kemudian Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga kekuningan dan harum. selepas itu masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. kemudian Kacau sebentar hingga sebati.

2. seterusnya Masukkan sardin yang telah di buang tulang tengahnya tadi. kemudian Hancur hancurkan sedikit ikan tadi supaya berketul. Tapi ingat jangan sampai hancur sangat ye.

3. Masukkan kacang panjang tapi anda juga boleh berkreativiti letak sayur lain kemudian Kacau hingga rata. apabila kurang masin boleh tambah 1 sudu kecil garam atau ikut citarasa masing2. Kacau sebentar hingga kuah sardin sedikit kering.

4. Akhir sekali masukkan nasi kemudian gaul hingga rata. Dah siap. nasi goreng ini paling sedap di hidangkan bersama telur dadar dan timun. supaya lebih cantik Hiaskan dengan potongan cili merah dan limau kasturi. SELAMAT MENCUBA! 😊

5. Nasi Goreng Ikan Masin
nasi goreng ikan masin

salah satu antara masakan kegemaran rakyat malaysia adalah nasi goreng, ianya merupakan masakan panas segera yang sedap.

apabila anda mempunyai nasi yang tak habis dan sudah menjadi dingin daripada dibuang mebazir anda boleh berkreativiti dengan membuat nasi goreng.

kali ini adalah nasi goreng ikan masin, mungkin hidangan ini tak sepopular nasi goreng diatas tadi, tapi untuk rasanya tak kalah sedap pun.

untuk resepinya sila tengok dibawah...

Bahan A

  • Nasi putih secukupnya (kt buat 1 1/2 cwn beras)

Bahan B

  • 3 inci isi ikan masin talang - potong dadu basuh dan rendam - kemudian tumbuk
  • 1 bj bwg besar - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1/4 inci halia - tumbuk
  • 5 bj cili padi - tumbuk
  • 1/4 inci belacan - tumbuk

Bahan C

  • Sedikit kangkung jika suka atau boleh guna sayur lain
  • 2 bj cili padi sebagai tambahan jika suka
  • 1 bj telur
  • Gula, garam dan sesedap rasa secukupnya
Cara Menyediakan

1. pertama tumbuk bahan-bahan tumbuk hingga lumat, kemudian tumbuk juga isi ikan masin yg sudah direndam tadi.

2. Kemudian tumis bahan-bahan yg sudah di tumbuk tadi, dan masukkan sedikit air supaya tidak hangus dan kering. selepas itu Tumis hingga garing.

3. apabila sudah garing, masukkan nasi putih. Dan gaul hingga sebati dengan bahan tumis. seterusnya perasakan nasi apabila kurang masin tambahakn sedikit garam dan sedikit gula kemudian gaul hingga sebati.

4. apabila Nasi sudah sebati dengan bahan tumis, kosongkan ruang tengah nasi kemudian pecahkan telur ditengah-tengah ruang. Tunggu telur masak kemudian gaul dengan nasi, selepas itu boleh masukkan kangkung.. gaul sebati lagi. apabila anda suka pedas boleh masukkan 2 biji cili padi.

5. dah siap! lebih sedap apabila dihidangkan bersama kicap cili padi dan ikan masin goreng, selamat mencuba.

itu dia resepi nasi goreng popular malaysia yang blogopsi kongsikan untuk anda.

dari semua resepi diatas manakah yang anda suka?

0 Response to "5 Resepi Nasi Goreng Paling Popular Malaysia"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel