Resepi Florentine Cookies Sedap dan Mudah, Guna 4 Bahan Je!!

Biskut Flarentine Cookies adalah salah satu antara kudapan raya yang banyak di gemari oleh Masyarakat Malaysia.

ianya memiliki nama lain iaitu Biscuit Crunchy Caramel Almond, oh iya, sebelum saya mula berkongsi saya nak minta maaf kepada semua reader's blogopsi.com kerana sudah lama saya tak menulis entry di blog ini.
Resepi Florentine Cookies Sedap

Alhamdulillah Views hanya menurun sikit. memang pelik untuk set masa antara bekerja, memasak untuk suami dan anak-anak juga menulis entry :(.

Resepi Biskut Florentine Sedap


kembali ke resepi, resepi yang saya kongsikan ini ianya hanya menggunakan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya.

untuk masa menyediakanya sendiri hanya lebih kurang antara 30 - 40 minit sahaja. sebenarnya dahulu saya tak pernah terfikir untuk membuat sendiri biskut ini sebab saya tak pernah tahu macam mana resepinya.

sampai saya jumpa biskut florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies) kat kedai dan kerana saya ingin tahu macam mana rasanya saya belilah tu.
Resepi Florentine Cookies Sedap

ternyata memang sedap sangat biskut ni... mujurlah jiran kat rumah (Syanasuha) saya tahu resepi membuat kudapan ni..

semasa saya membuat makanan ini dibantu oleh Syanasuha dan alhamdulillah langsung menjadi. didalam resepi ini saya hanya guna 4 bahan sahaja antaranya kuaci putih, kuaci labu, badam keping, dan tepung florenta.

nampak senang je kan? tetapi kekurangan dari biskut ini adalah harga untuk semua bahan-bahanya sangat mahal. maka tak hairan apabila harga jualan dari biskut ini pun ikut mahal.

oh iya, anda boleh juga guna kekacang mengikut suka masing-masing macam walnut pun oke. apabila anda tak tahu dimana nak beli tepung florenta ini, ianya banyak dijual kat kedai kedai kek.

untuk tepung florenta ini sudah ada campuran gula dan campuran bahan lain jadi anda tak perlu payah letak gula sebab ianya sudah manis.

okay, pasti anda teringin cuba juga kan? jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan

  • 250 g tepung florentine
  • 125 g badam kering
  • 100 g kuaci putih
  • 100 g kuaci labu
Cara Membuatnya

#1. campurkan kuaci putih bersama badam keping dan kuaci labu diatas dulang.
Resepi Florentine Cookies Sedap

#2. selepas itu masukkan kedalam oven selama 10-15 minit pada suhu 160" C. biarkan hingga masak dan apabila sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ianya sejuk.
Resepi Florentine Cookies Sedap

#3. campurkan kekacang yang sudah masak tadi kedalam tepung florentine kemudian kacau hingga sebati.

#4. letakkan adunan kekacang yang sudah sebati kedalan papper cup muffin dan apabila tak ada boleh letak sahaja dalam loyang.
Resepi Florentine Cookies Sedap

#5. kemudian masukkan lagi dalam oven selama lebih kurang 15 minit pada suhu 160"C (bergantung pada oven masing-masing)
Resepi Florentine Cookies Sedap

#6. apabila ianya sudah masak angkat dan oven dan biarkan ianya sejuk. apabila sudah sejuk bolehlah susun dalam tupperware dan siap untuk disediakan.

Nota :
1. supaya mendapatkan biskut yang lebih nipis dan rangup gunakan loyang yang bersaiz besar 14 inci atau lebih.
2. apabila tak punya loyang bersaiz besar boleh bahagikan aduna kedalam 2-3 loyang kecil.
3. guna papper cup muffin lebih recommended kerana bentuknya nanti boleh lebih nipis dan cantik.
4. apabila anda suka manis boleh tambah tepung florenta.
5. gunakan baking paper atau parchment paper untuk membakar supaya ianya tidak melekat.
6. supaya lebih mudah memotong, potong biskut semasa ianya masih panas
7. semasa memotong renggangkan biskut daripada baking paper supaya kertas tidak melekat pada biskut apabila sudah sejuk.

macam mana mudah je kan resepi florentine cookie ini, nak resepi biskut lagi?

sila coba resepi yang tak kalah sedap ni..
oke, sampai jumpa diresepi lazat seterusnya ye.... bye bye..

0 Response to "Resepi Florentine Cookies Sedap dan Mudah, Guna 4 Bahan Je!!"

Catat Komen

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel