Type something and hit enter

By On
Salam sejahtera semua dan saya harap kita semua selalu diberikan kesihatan supaya boleh terus memasak untuk keluarga. hari ini saya nak berkongsi resepi agar agar milo yang sangat lembut dan sesuai untuk hidangan pencuci mulut.

biasanya, agar agar ini disediakan apabila bersantai di depan TV. bagi sesiapa sahaja penggemar milo pasti suka agar-agar ini. bentuknya yang berlapis macam kek lapis membuat sesiapapun tertarik untuk segera mencicipinya.
Resepi Agar-Agar Milo

Resepi Agar Agar Milo


apabila anda tak suka melapis, boleh juga adunan milo dipotong dadu kemudian masukkan kedalam adunan susu kerana semua terpulang kepada kreativiti masingh-masing.

sebab saya suka hidangan ini sebab ianya ringkas dan sangat sesuai untuk anda yantg tak mau membuang masa didapur.

tips supaya agar-agar lembut dan sedap adalah sukatan air yang betul dan tepat sebab nanti ianya boleh lembut di tekak.

resepi ini saya dapatkan dari Cek Ezza Mesram, terima kasih pada empunya resepi yang sudah sudi berkongsi. yang paling saya suka resepi ini adalah yang paling ringkas berbanding dengan resepi yang dikongsikan oleh kawan-kawan blogger..

tetapi, rasanya tak kalah sedap.. jom kita layan resepinya dibawah...
Bahan Agar Agar Milo

Bahan-Bahan
  • 3 senduk milo
  • 1 biji telur
  • 1 pack serbuk agar-agar
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 1 kotak santan kara
  • 1 cawan spiderman air sejuk
  • 2 cawan spiderman air panas
Cara Membuat

#1. mula-mula bancuhkan air panas bersama susu pekat manis dan milo kemudian masukkan telur dan tuangkan santan. selepas itu bancuh sekata didalam periuk.

#2. masukkan serbuk agar-agar kemudian sebatikan.

#3. tambahkan air sejuk kemudian panaskan dengan api sederhana dan sentiasa gaul bancuhan hingga mendidih kurang lebih 15 minit.

Resepi Agar-Agar Milo Sukatan Cawan
#4. matikan api dan tuangkan kedalam loyang dan biarkan sekejap hingga sejuk.

#5. akhir sekali, masukkan kedalam peti sejuk dan tunggu hingga siap untuk dihidangkan..

agar agar milo yang saya kongsikan ini tanpa berlapis-lapis sebab saya memang orang yang suka ringkas- ringkas sahaja.
Resepi Agar-Agar Milo Sukatan Cawan

apabila anda nak teringin cuba agar-agar versi berlapis boleh try punya Norazlitaaziz kerana versi beliau saya fikir sangat sedap juga.

okay, semoga resepi ini bermanfaat dan sampai jumpa diresepi sedap seterusnya.. bye bye

Click to comment