Type something and hit enter

author photo
By On
Selain nasi, rakyat malaysia kerap makan makanan yang berasaskan mee atau bihun. saya sendiri sangat menggemari bihun dan sudah beberapa kali saya buat bihun seperti bihun goreng singapore yang akan saya kongsikan hari ini.

bihun sendiri sudah menjadi makanan yang tidak asing lagi didalam hidangan rakyat malaysia. tetapi, untuk resepi ini saya tidak tahu kenapa ianya mendapatkan nama singapore dibelakangnya?

apakah memang makanan ini berasal dari singapore? apabila anda tahu sila untuk koment ye..
Resepi Bihun Goreng Singapore
selain dimakan oleh orang dewasa, anak-anak juga sangat menggemari menu ini sebab ianya tak pedas sangat macam bihun goreng biasa. sebaliknya rasa pedas justru datang dari lada sulah dan lada hitam.

jadi apabila anda nak tercari menu hidangan untuk keluarga yang semua boleh makan, menu ini sangat recomended untuk anda.

Resepi Bihun Goreng Singapore


resepi ini memang sedap apabila dihidangkan bersama seafood yang masih segar seperti sotong atau udang dan warnanya yang putih kerana ianya tak dicampur dengan kicap atau cili kisar menambah rasa lapar untuk sesiapa sahaja yang melihat.

untuk membuatnya juga sangat mudah dan ringkas kerana ianya tak guna banyak bahan dan saya fikir sangat berbeza dari warna dan rasanya berbanding dengan bihun biasa. apabila anda pernah makan menu ini pasti lah anda mengerti rasanya, kan?

yang paling saya suka adalah untuk membuat makanan ini tak perlu banyak masa, sangat sesuai untuk mereka yang tidak memliki masa lebih didapur.

juga apabila anda memiliki tetamu yang datang tanpa notis, bihun goreng singapore ini sangat sesuai untuk anda pilih apabila sekiranya anda ingin sediakan juadah yang tak perlu banyak masa tetapi tetap sedap.
Bahan Bihun Goreng Singapore
pasti anda teringin nak cuba juga kan? jom kita layan resepinya dibawah. resepi ini dikongsikan oleh Habeebah MD Daud. resepi dan gambar kredit untuk beliau. terima kasih kerana sudah bersedia untuk berkongsi resipi yang mudah dan sedap ini.

Bahan Utama
  • sepaket bihun - rendam hingga lembut
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
kisar semua bahan A diatas hingga lembut kemudian ketepikan sekejap
Cara Buat Bihun Goreng Singapore
Bahan Perencah
  • seikat kucai - potong mengikut anda suka
  • 1 batang lobak - hiris halus memanjang
  • 250g udang kecil - buang kulit

 

Cara Buat Bihun Goreng


#1. pertama, panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar tadi hingga harum dan apabila sudah harum perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

#2. masukkan isi udang yang sudah dibuang kulit tadi kemudian kacau sekejap. selepas itu masukkan bihun yang sudah direndam hingga lembut tadi dan kacau lagi.

#3. akhir sekali, masukkan kucai, lobak yang dihiris halus. supaya lebih cantik anda boleh masukkan potongan cili merah sebagai hiasan.
Resipi Bihun Goreng Singapore
#4. apabila sudah masak boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan..

apakah resepi ini sedap? yep, kerana resepi ini sudah dishare hingga 9,3 ribu di facebook. juga banyak orang cuba buat hasilnya menjadi dan memuaskan hati. apabila anda tak percaya sila cuba sendiri.

Tips Tambahan

  1. apabila anda menggemari rasa pedas boleh tambahkan lada sulah dan potongan cili merah.
  2. selain udang anda boleh berkreativiti dengan memasukkan sotong, tauhu, atau isi ikan
  3. untuk sayur-sayuran anda boleh juga guna sawi, kobis, dan lobak merah.
  4. supaya lebih sedap anda boleh menghidangkan bersama sambal goreng jawa atau sambal kicap.
apabila anda nak menghidangkan bersama sambal kicap, sila tengok resepinya dibawah.. tetapi, ingat sambal kicap ini cukup pedas jadi pastikan anak-anak suka pedas juga ya..

Bahan-Bahan
  • segenggam cili api merah
  • 4 ulas bawang putih - potong ikut suka
  • 1 ulas bawang besar - potong ikut suka
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sk bawang goreng - optional
  • kicap secukupnya
Cara Buat Sambal Kicap

#1. panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan bawang putih, bawang besar, dan cili padi selepas itu masak hingga layu. apabila sudah layu boleh diangkat dan toskan minyaknya.
Cara Menghidangkan Bihun Goreng Singapore
#2. step seterusnya kisar semua bahan yang sudah digoreng tadi bersama garam dan gula secukup rasa. kemudian masukkan kicap mengikut citarasa yang anda suka (kalau nak cair boleh letak air sikit)

#3. panaskan kembali kuali dan masak sambal tadi diatas api sederhana dan masak hingga menididih. kemudian angkat dan siap dihidangkan bersama bihun goreng singapore.
Video yang boleh Membantu Anda
mudah dan cepat kan? apabila anda suka resipi ini sila share ye, selamat mencuba dan sampai jumpa diresepi sedap dari blogopsi seterusnya.

Click to comment