Type something and hit enter

author photo
By On
Jepun! yep, apa yang anda fikirkan apabila mendengar kata "jepun"? mungkin anda berfikir mengenai negeri yang mempunyai pelbagai macam budaya yang sangat cantik atau negara yang punya pelbagai macam masakan yang sangat banyak tidak berbeza dengan negara tercinta kita malaysia.

jepun adalah salah satu antara negara di Asia yang mempunyai 4 musim iaitu musim hujan, panas, bunga, dan sejuk. juga rakyatnya memiliki tinggi badan macam kita dan warna kulit yang putih. jepun sangat terkenal dengan sikap disiplin yang amat tinggi apabila bekerja.
Cara Membuat Takoyaki

okay, cukup saya berbicara sikit mengenai jepun dan entry kali ini saya ingin mengambil salah satu antara masakan yang berasal dari jepun dan sudah menjadi kegemaran saya iaitu takoyaki. banyak kawan-kawan yang bertanya bagaimana cara membuat takoyaki?

Resepi Takoyaki Tanpa Acuan


takoyaki sendiri adalah makanan jalanan yang berasal dari jepun yang dibuat daripada tepung yang dibancuh kemudian ianya dimasak dengan dicampur pelbagai bahan lain seperti sosej, udang, sotong yang dihiris, ketam dan kubis cincang.

selepas itu takoyaki dihidangkan bersama bonito flakes dan mayonaise emmhhh sudah terbayangkan sedap pun. anda boleh membeli masakan ini dengan harga RM10 dan mendapat 16 biji dan masakan ini sekarang sangat mudah didapati sebab di pasar malam pun sudah banyak yang jual.

apabila anda sampai di entry saya ini pastilah anda teringin mencuba masak sendiri kan? sebenarnya untuk membuat resepi ini sangat simple sahaja dan senang dibuat. tetapi, yang menjadikan ianya sukar adalah mesti guna acuan yang khas.

Resepi Takoyaki Tanpa Acuan
NO PROBLEM! sebab saya akan share cara membuat takoyaki tanpa acuan khas kerana kita hanya akan guna sudu makan atau senduk sahaja. jom kita cuba resepinya dibawah...

Bahan-Bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Bahan inti
  • sayur kubis - potong dadu kecik-kecik
  • lobak merah - potong dadu kecik-kecik
  • hirisan daun bawang secukupnya
  • ayam/udang/sotong - potong kecik dan celur terlebih dahulu
Bahan Hias
  • Sos Takoyaki - beli kat pasaraya
  • mayones
  • bonito flakes - beli kat pasaraya tapi tak guna pun tak ape
Cara-Cara

#1. pertama, siapkan bekas untuk menggaul kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan air kedalam bekas selepas itu gaul hingga sebati. masukkan ayam/udang/sotong kedalam adunan dan gaul hingga sebati.

#2. selepas itu masukkan hirisan daun bawang, kubis dan lobak merah kedalam adunan tadi dan gaul lagi kemudian step seterusnya masukkan gula dan garam secukup rasa.

#3. panaskan minyak dalam kuali dan tunggu hingga minyak panas. apabila minyak sudah panas kecikkan api.

#4. dan sampai disini intinya anda gunakan sudu makan untuk bentukkan takoyaki bulat-bulat kemudian goreng takoyaki hingga masak selama lebih kurang 5 minit atau hingga warna takoyaki menjadi keemasan dan ulangi proses hingga semua adunan habis.

Resepi Sos Takoyaki


apabila anda makan masakan jepun ini rasanya tak lengkap apabila tanpa sosnya kan? sebenarnya, apabila anda teringin lebih simple dan tak payah anda boleh sahaja membelinya di pasaraya. tetapi apabila anda teringin nak cuba buat sendiri pun tak pe..
Resepi Sos Takoyaki

juga apabila anda buat sendiri bahan-bahan yang digunakan lebih dijamin kesihatanya. sekarang saya akan kongsikan cara membuat sos takoyaki dibawah.. jom kita layan resepinya..

Bahan-Bahan
  • 1 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cm halia - tumbuk hingga halus
  • 1 ulas bawnag putih - tumbuk hingga halus
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1/4 cawan kicap
Cara-Cara

#1.  pertama, siapkan periuk kemudian masukkan semua bahan tadi kedalamnya kemudian masak dengan api sederhana hingga sos mendidih.

#2. apabila sudah mendidih renehkan sos hingga dapatkan kepekatan yang sesuai dan apabila sudah pekat boleh lah matikan api dan biarkan hingga sejuk.

#3. apabila sos sudah sejuk boleh tuangkan kedalam botol supaya mudah semasa menyediakanya diatas takoyaki.

Cara Menyediakan Takoyaki Homemade


untuk menyediakanya mula-mula susun takoyaki diatas diatas pinggan kemudian drizzle mayones, sos takoyaki, dan bonito flakes diatasnya.. dan takoyaki siap untuk dihidangkan.. emmhhh sedapnya menjadikan air liur saya menitis hihihi..
Takoyaki didalam pinggan

okay, this is last my word.. apabila artikel ini bermanfaat saya minta tolong untuk share yee.. sampai jumpa dan selamat mencuba.

Click to comment