Type something and hit enter

author photo
By On
Sebelum saya mulakan entry resepi roti sarang lebah ini saya nak bercerita sikit bahawa tahun 2018 ini adalah yang paling sedih buat saya, sebab selama setahun blogopsi.com jarang sekali mendapat update entry baru dan percaya tak blog ini hanya dapat 5 buah entry sahaja.

sangat berbeza dengan awal mula saya buat blog ini iaitu ketika tahun 2015 lalu saya boleh update hingga 70 entry dan tahun 2016-2017 berkisar antara 120 entry dan mungkin anda bertanya kenapa saya sangat jarang update entry..
Resepi Roti Sarang Lebah Lembut

ada beberapa hal iaitu kerana saya sebagai isteri sudah sibuk dengan mengerjakan perkejaan rumah tangga dan yang paling membuat saya malas untuk update entry adalah kerana hampir semua entry di blog ini sudah di copy oleh beberapa blog yang tidak bertanggung jawab.

sebagai blogger saya mengizinkan untuk mengambil resepi-resepi yang ada pada blog ini dan memberikan link kredit apabila anda menghargai penulisan saya. tetapi, bila tak memberikan link kreditpun tidak apa-apa.

hanya sahaja jangan copy semuanya sekurang-kurangnya anda boleh usaha sikit untuk menulis ulang dengan style anda sendiri. beberapa kali saya dapat e-mail dari pembaca setia blogopsi.com bahawa banyak blog yang menyalin semua entry diblog ini. 

Resepi Roti Sarang Lebah Lembut


okay, kembali ke resepi... sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsi roti sarang lebah di blog kerana masa itu tengah viral dan banyak yang bertanya kepada saya resepi roti tersebut. Alhamdulillah akhirnya hari ini saya mendapat kesempatan untuk berkongsi kepada anda semua.

saya teringat kali pertama lihat orang berkongsi di group resepi facebook, saya fikir roti ini biasa sahaja dan tak ada yang istimewa dengan rasanya. sampai jiran saya membuat roti sarang lebah ini dan memberikan beberapa potong kepada saya.

selepas saya mencubanya..eummmmhhh....tak sangka sedap rupanya roti ini...pantas sahaja roti ini sangat viral di media sosial. apabila anda mengikut group-group resipi pasti tahu juga pelbagai hal tentang roti ini kan...

selepas itu, saya melawat ke rumah jiran saya dan mencuba meminta resepi dari dia dan alhamdulillah dia mahu untuk share juga, dia sangat senang apabila resepinya boleh saya kongsikan di blog ini juga..

pasti anda tak sabar juga kan, jom kita layan resepi roti sarang lebah yang lembut mudah dan sedap dibawah ini dan ingat selalu sukat dengan betul dan guna cawan atau sudu yang sama jika ada salam resepi supaya hasilnya makin sedap.
Resepi Roti Sarang Lebah

Bahan-Bahan
  • 200 gram tepung gandum
  • 300 gram tepung high protein
  • 250 ml susu kotak segar
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu teh baking powder
  • 6 gram yis serbuk
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar yogurt putih/ yogurt kosong
Cara Membuat Roti Sarang Lebah

#1. mula-mula sediakan bekas besar kemudian masukkan semua bahan tadi kedalam bekas besar tersebut. selepas itu uli dengan menggunakan tangan hingga sebati dan tiada lagi doh yang melekat pada tangan.
Resepi Roti Sarang Lebah

supaya mendapatkan doh yang benar-benar gebu serta lembut doh roti yang sudah di uli hingga sebati tadi dimasukankan kedalam plastik bersih dan urut lagi doh selama lebih kurang 10 minit. kemudian keluarkan doh dari plastik dan uli lagi selama 10-15 minit.

#2. step sterusnya tutup permukaan doh dengan plastik wrap dan biarkan selama lebih kurang 1 jam supaya doh berkembang hingga 2 kali ganda saiz. selepas itu, buka penutup plastik tadi dan tumbuk pada permukaan doh supaya angin yang terkandung boleh keluar.

ambil beberapa bahagian doh dan bentuk bulat-bulatkan, anda boleh mendapat 15-20 biji roti dari doh tadi bergantung pada saiz yang anda mahu. kemudian siapkan loyang yang sudah dilengserkan dnegan butter dan susun biji roti tadi kedalam loyang. pada permukaan doh tutup dengan kain dan perap/ biarkan selama 30-40 minit.

#3. selama doh diperap anda boleh sediakan glis telur. caranya (1 sudu besar susu segar + sebiji telur) pukul sekejap dan apabila siap perap glis telur pada permukaan doh tadi. sampai disini anda boleh menaburkan apapun mengikut selera masing-masing..
  • kuaci hijau
  • walnut
  • badam
  • kismis
  • bidang
selepas tabur biarkan sekejap hingga bahan tadi melekat pada roti.

#4. kemudian bakar roti pada suhu 170"C selama lebih kurang 20 minit sahaja atau hingga nampak permukaan roti keperangan dan apabila siap dibakar , berus permukaan roti sarang lebah yang panas dengan mentega untuk bagi ianya berkilat.

Resepi Sos Kuah Butterscotch

apabila roti sudah siap sekarang anda boleh mencuba step sterusnya iaitu membuat kuah/sos butterscotch jom kita tengok cara-caranya..

Bahan-Bahan
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu teh kecil essen vanilla
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 sudu teh kecil garam halus
  • 1/2 cawan krim segar
Cara Membuat Sos Butterscotch

#1. dengan api kecil panaskan periuk kemudian masukkan butter kacau hingga mencari. selepas itu masukkan gula dan kacau lagi hingga gula mencair.

#2. masih dengan api kecil masukkan essen vanilla bersama garam dan krim kemudian kacau hingga semuanya sebati.

#3. tuangkan susu segar dengan mengikut kesesuaian sedikit demi sedikit supaya sos nampak lebih lembut dan licin.
Resepi Roti Sarang Lebah

#4. apabila sos sudah siap last step adalah tuangkan ke atas roti yang sudah masak tadi dan roti sarang lebah siap untuk dihidangkan.

kredit Video :https://web.facebook.com/resepiviralterbaik/posts/resepi-roti-sarang-lebah-gebu-gebas-bersama-kuah-butterscotchbahan-dan-cara-peny/1435189696574419/

saya memastikan keluarga anda akan suka dengan roti ini kerana rasanya yang sedap dan juga lembut membuat anak-anak saya tak boleh berhenti makan. inilah entry resepi roti jala sarang lebah yang saya kongsikan dan sebelu,mya saya juga sudah share resepi roti jala lembut apabila ada salah kata saya minta maaf dan sampai jumpa di entry seterusnya.

Click to comment