Type something and hit enter

author photo
By On
I am Home! ini adalah kata-kata saya semasa kembali ke rumah hari ini dan bukan tiada sebab saya katakan itu.... kerana hari ini akhirnya saya resign dari syarikat dimana saya bekerja. sudah lebih dari 10 tahun saya bekerja di syarikat tersebut.

saya fikir sekarang masanya untuk saya lebih sering dirumah untuk menjaga suami dan anak-anak. sebab kewajipan kita sebagai seorang isteri adalah berkhidmat kepada suami dan secara tak langsung saya memiliki masa lebih untuk menulis di blog ini.
Cara Membuat Laksa yang sedap

welcome to the new world, kerana saya akan berkongsi artikel yang lebih berkualiti bermula sekarang, saya harap di masa hadapan boleh berpuas hati dengan entry yang saya sediakan. oke, back to resipi...

hari ini saya nak berkongsi resepi yang sangat sedap lagi senang dibuat iaitu resipi laksa dan saya juga akan menyediakan laksa dari pelbagai kawasan seperti selangor, johor, penang, kelantan, dan sarawak. saya harap entry ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua.

Apa Itu Laksa?


laksa adalah masakan yang berasaskan mie yang dicampur dengan pelbagai macam bumbu rempah, masakan ini adalah hasil dari digabungkan budaya melayu dan china. di malasyia sendiri laksa memiliki pelbagai jenis seperti penang (bentuk mie bulat dan berwarna putih juga tebal sikit).

ada juga laksa sarawak, selangor, johor, dan kelantan. disebutkan laksa diambil dari sanskrit yang bermakna banyak dengan maksud bahawa mie laksa dibuat dengan pelbagai bahan.

1. Resepi Laksa Selangor 

Resepi Laksa Selangor

apabila saya ingat-ingat resepi ini sudah saya simpan sejak dahulu kira-kira tahun 2009 lepas. tetapi, saya lupa sumber dari resepi ini.. terima kasih yang sudah share resepi ini.. jom kita layan..

Bahan-Bahan
  • 200 gram laksa - rebus kemudian toskan
  • 5 biji limau kasturi - belah 2
  • 10 biji cili merah - hiris
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 2 batang bunga katan - hiris
  • 1 biji timun - hiris
  • 1 ikat daun salad - hiris
  • 1 botol otak-otak (otak udang yang dalam botol)
  • 1/2 biji nanas - potong kecil
Bahan Kuah
  • 1 kg ikan kembung - rebus dan buang tulang lepas itu mesin isinya
  • 2 liter air
  • 5 batang bunga kantan - belah 4
  • sedikit belacan
  • 1 ikat daun kesum
  • 15 keping asam gelugur
  • 10 biji bawang merah - dimesin halus
  • 3 ulas bawang putih - dimesin halus
  • 3 batang serai - dimesin halus
  • 500 gram cili kering - dimesin
Cara Membuat Kuah

#1. pertama rebus air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan kuah (kecuali bunga kantan dan daun kesum) kemudian masak hingga mendidih.

#2. apabila sudah mendidih masukkan daun kesum bersama bunga kantan dan biarkan sekejap. perasakan dengan sedikit garam dan boleh matikan api apabila kuah sudah masak.


Petua Menyediakan :
masukkan laksa yang sudah anda rebus tadi kedalam mangkuk kemudian taburkan/ masukkan bahan-bahan iringan diatasnya. akhir sekali, tuangkan kuah diatasnya... emhh siap untuk dihidangkan..


2. Resepi Laksa Johor



apa yang membezakan laksa versi johor berbanding laksa dari negeri lain? yang membuat ianya berbeza adalah apabila versi negeri lain ianya menggunakan tradisi tempatan seperti tepung beras maka untuk versi johor ianya menggunakan spaghetti.
Resepi Laksa Johor


saya sendiri pun tak tahu kenapa? tapi, ada beberapa sumber yang berkata kerana pengaruh kerabat dari leluhur johor berasal dari barat oleh kerana itu ianya guna spaghetti. namun, yang paling penting untuk kita ianya mudah disediakan dan sedap kan?

Bahan-Bahan
  • 1 kg ikan parang (boleh guna ikan kembung, sardin, atau selar)
  • 1 senduk besar cili - mesin halus
  • 1 biji kelapa parut - blend kelapa kemudian perah santan
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 senduk besar kerisik
  • gula dan garam secukupnya
  • 50 gram tulang ikan kurau - rendam sekejap
  • 1/2 senduk besar kari - guna kari daging babas
Bahan Kisar
  • 3/4 inchi halia
  • 1/2 cawan udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
Bahan Sampingan
  • 1 paket spaghetti - rebus hingga masak kemudian toskan
  • 1 biji bawang besar - hiris halus
  • 2 batang bunga kantan - hiris halus
  • daun selasih - hiris halus
  • 1 ikat daun kesum - hiris halus
  • 1 biji timun - potong suka hati kecik-kecik
  • taugeh secukupnya - buang akar kemudian basuh
Bahan Sambal Belacan
  • 10 biji cili padi
  • 5 biji cili merah
  • air perahan jus limau kasturi
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan - bakar 
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Membuat Laksa Johor


#1. pertama, kisar/ blend semua bahan kisar tadi seperti bawang putih, bawang merah, halia, dan udang kering selepas itu ketepikan.


#2. rebus ikan parang tadi hingga ianya masak kemudian asingkan bahagian isi, tulang, dan kepala ikan. selepas itu blend isi ikan dengan air rebusan ikan dan blend pula kepala ikan dengan air rebusan ikan kemudian tapiskan. ketepikan ikan sekejap..


#3. step seterusnya panaskan 2 senduk minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dan masukkan serai yang sudah anda ketuk tadi.. kacau rata dan masukkan 1 senduk cili yang sudah dimesin halus tadi..


#4. apabila bahan sudah agak kering dan naik bau masukkan serbuk kari dan kacau hingga mereneh kemudian masukkan isi ikan yang sudah anda kisar tadi.


#5. selepas itu, masukkan santan bersama tulang ikan kurau, kerisik, dan asam keping. kacau hingga rata kemudian masak hingga mendidih dan pekat. apabila sudah mendidih perasakan dengan gula dan garam secukup rasa..


Cara Membuat Sambal Belacan


Cara Menyediakan Sambal Belacan


pertama, kisar semua bahan tadi tapi jangan kisar terlalu halus (tak perlu letak air) kemudian masukkan air perahan jus limau kasturi dan perasakan dengan gula garam secukup rasa... siap untuk dihidangkan..


Cara Menyediakan


masukkan spaghetti kedalam mangkuk kemudian masukkan semua bahan sampingan diatas spaghetti secukupnya lepas itu tuangkan kuah laksa.. sediakan bersama sambal belacan yang anda buat tadi..


Petua :
a. kesedapan rasa laksa johor sangat dipengaruhi oleh ikan yang anda gunakan.. kenapa saya memilih ikan parang? sebab ianya lebih manis berbanding ikan yang lain..


b. perah kelapa sebanyak 2 kali tetapi apabila anda tak ingin kuah pekat sangat boleh perahhingga 3 kali..


c. selepas dimasukkan santan kuah mesti di reneh secara perlahan-lahan supaya kuah memiliki kepekatan yang cantik.


3. Resepi Laksa Penang



apabila anda mencari masakan yang mudah dan lazat maka laksa penang wajib anda masukan kedalam senarai yang mesti anda cuba. seperti  namanya masakan ini berasal dari pulau pinang dan ianya sudah menjadi kegemaran orang ramai.

Cara Membuat Laksa Penang




dari beberapa sumber yang saya tahu masakan ini dibawa oleh masyarakat cina peranakan. kuahnya masam manis dan sedikit cair juga rasanya yang sedap menjadikan masakan ini kegemaran masyarakat Malaysia dan Singapura.


Bahan-Bahan
  • 2 kg ikan kembung - rebus kemudian ambil isi
  • 2 ibu jari belacan 
  • 2 batang bunga kantan - belah 4
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 ikat daun kesum
  • 22 keping asam keping
  • 2 biji bawang besar - kisar
  • 15 biji bawang merah - kisar
  • garam secukup rasa
Bahan Hiasan
  • timun - hiris
  • bawang besar - hiris
  • limau kasturi - belah 2
  • cili hidup - hiris
  • telur rebus - belah 2
  • salad - hiris
  • cili padi - hiris (optional)
  • otak udang (optional)
  • daun pudina (optional)
Cara Membuat


#1. pertama, ikan yang sudah anda rebus asingkan isi ikan, tulang, dan kepala ikan. air rebusan ikan disimpan sebab untuk dibuat kuah nanti. selepas itu blend isi ikan tetapi apabila anda suka kuah yang terasa isi ikanya jangan blend sampai hancur.

#2. step terusnya blend tulang dan kepala ikan kemudian tapis airnya.

#3. air rebusan ikan yang masih dalam periuk tadi di rebus dengan api perlahan kemudian masukkan belacan, cili kisar, dan bawang besar dan bawang merah yang sudah anda kisar tadi.

#4. masukkan daun kesum, asam keping, dan bunga kantan kemudian biarkan sekejap. masukkan isi ikan yang dikisar halus yang dikisar kasar dan juga yang dicarik-carik sahaja. masak hingga kuah merenih dan pekat.

#5. apabila sudah pekat perasakan dengan garam secukup rasa.. masak sekejap dan bolehlah matikan api.

Cara Menghidang :
letakkan laksa dalam mangkuk atau pinggan kemudian tuangkan kuah laksa yang sedap tadi. akhir sekali taburkan semua bahan hiasan yang dihiris tadi.. selamat mencuba..


4. Resepi Laksa Kelantan



apabila anda berasal dari pantai timur atau kelantan pasti tak asing dengan masakan yang satu ini.. masakan ini sudah menjadi kegemaran rakyat kelantan. bahkan, terdapat banyak restoren di kelantan yang menyajikan laksa ini.

Cara Menyediakan Laksa Kelantan


yang menjadi cirinkhas dari laksa kelantan adalah ianya menggunakan isi ikan yang dicampur dengan lada hitam dan isi ikan. apabila anda adalah salah satu antara orang yang menggemari laksam masakan ini wajib anda cuba.


Bahan-Bahan
  • 10 ekor ikan kembung (boleh guna ikan pelaling atau sardin)
  • 10 biji bawang merah
  • 2 kotak santan kara
  • 10 keping asam keping
  • 1 inci halia
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 biji bawang putih
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
Bahan Hiasan
  • kacang panjang - potong mengikut selera
  • daun kesum - hiris
  • timun - hiris
  • taugeh - buang akar dan cuci bersih
  • bunga kantan - hiris
  • sambal belacan (resepinya ada pada bahagian laksa johor)
Cara Membuat


#1. pertama rebus ikan dengan sedikit air kemudian masukkan sedikit garam dan 10 asam keping, masak agak lama supaya ianya akan serap dalam ikan.


#2. selepas itu, asingkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan. separuh isi ikan campur dengan sedikit air kemudian dimesin bersama lada hitam, halia, dan bawang hingga lumat.


#3. separuhnya lagi isi ikan ditumbuk hingga lumat kemudian mesin juga tulang dan kepala ikan dengan air rebusan ikan tadi dan tapiskan.


#4. step terusnya campurkan semua isi ikan, kepala ikan, dan tulang ikan (yang dimesin/ tumbuk) campurkan santan dan masak dengan api perlahan.


#5. masukkan 2 asam keping yang sudah anda gunakan untuk merebus ikan dan masak hingga kuah merenih dan pekat.


#6. apabila sudah pekat perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.. then, boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan..


Petua Menyediakan :
apabila kuah pekat sangat boleh tambahkan sedikit air dan supaya lebih sedap semasa makan laksa campurkan dengan belacan sikit.


5. Resepi Laksa Sarawak

apa yang paling membezakan laksa sarawak berbanding dari yang lain adalah rasa kuahnya yang pedas, berlemak dan sangat berasa rempahnya. saya kerap menyediakan masakan ini bersama sambal belacan untuk makan tengah hari bersama suami.

Resipi Laksa Sarawak


apabila anak-anak memang tak begitu menggemari laksa hanya saya dan suami sahaja yang menggemari masakan ini. sedikit cerita dari saya, dahulu semasa saya masih belajar di universiti saya memiliki kawan orang sarawak.


suatu hari saya makan bersama kawan saya itu di restoran dan sedikit hairan dengan apa yang kawan saya ucapkan. sebab dia berkata "nyamanya makanana niii" saya berfikir apa hubungan antara masakan dan nyaman?


selepas itu kawan saya bagi tau bahawa nyaman dalam bahasa sarawak ternyata bermaksud sedap berbeza kalau melayu nyaman bermaksud damai..hihihi  jom kita layan resepinya..


Bahan-Bahan
  • isi ayam secukupnya - bersihkan
  • 4 biji telur - dadarkan dan hiris halus
  • 200 gram pes segera laksa sarawak
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1/2 kg udang basah - bersihkan
  • 1 bungkus bihun - rendam kemudian celur
  • 250 ml santan pekat
  • taugeh secukupnya - buang akar kemudian celur
  • limau kasturi secukupnya - belah 2
  • sedikit daun ketumbar - diracik
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Sambal Udang Kering
  • segenggam udang kering - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 6 biji bawang merah - kisar
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan bakar - kisar
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat Kuah


#1. pertama, rebuskan kira-kira 2 liter air dalam periuk kemudian masukkan udang basah dan isi ayam bersama serai. kemudian apabila sudah masak angkat dan toskan.. isi ayam kemudian dicarik halus..


#2. pada bekas air rebusan tadi masukkan masukkan pes segera laksa sarawak dan kacau dengan api perlahan. selepas itu masukkan santan dan masak hingga pekat.

#3. apabila sudah pekat perasakan dengan garam dan gula secukup rasa..biarkan hingga mendidih dan ketepikan..

Cara Membuat Sambal

Cara Membuat Sambal Udang Kering

#1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar tadi dan kacau hingga naik bau dan pecah minyak.

#2. apabila sudah pecah minyak perasakan dengan garam dan gula secukupnya kemudian masukkan air asam jawa dan kacau hingga sambal menjadi pekat.

#3. matikan api dan siap hidang..

Cara Menghidang :
masukkan bihun dalam mangkuk kemudian letakkan bahan hiasan seperti telur, isi ayam, taugeh, dan daun ketumbar..selepas itu tuangkan kuah laksa diatasnya dan perahkan limau kasturi dan akhir sekali, masukkan sedikit sambal udang kering..

semua resepi diatas sudah saya cuba dan confirm sedap. bahkan, suami saya sekarang menjadi menggemari laksa kerana saya kerap menyediakan dengan resipi tersebut. apabila anda nak memikat suami entry ini sangat saya cadangkan untuk anda.


and last, apabila ertikel ini bermanfaat sila share ye.. selamat mencuba.

Click to comment