Type something and hit enter

author photo
By On
Tengah viral ni di media sosial iaitu resepi keropok lekor maggie, bahkan resepi ini mendapatkan share hingga 30 ribu. pastilah masakan ni sangat sedap dan apabila anda teringin mencuba saya akan kongsikan resepinya untuk anda.

sebelum saya mula berkongsi mungkin ada beberapa dari anda yang belum tahu mengenai keropok ini jadi saya nak bercerita sikit.

Apa itu Keropok Lekor?

berdasarkan kepada wikipedia keropok lekor adalah makanan tradisional yang berasal dari pantai timur semenanjung malaysia atau dari bandar terengganu. dalam bahasa terengganu lekor bermaksud lilitan atau lingkar.
Resepi Keropok Lekor Maggie

keropok ini sendiri berasaskan daripada isi ikan, sagu dan sedikit garam dan bentuknya yang berlingkar-lingkar. namun, ada beberapa yang menggunakan tepung kanji.

saya sendiri adalah salah satu antara orang yang menggemari keropok kerana makanan ini sangat sesuai dimakan bila masa-masa.. saya biasanya makan untuk snek atau dihidangkan untuk menemani masakan yang saya buat.

seperti yang saya katakan di perenggan bahagian atas tu.. bahawa keropok ini semestinya diperbuat daripada isi ikan. tetapi kita sebagai manusia memang suka berkreativiti seperti resepi yang viral ini.. hihihi
Mi Segera sedap

pada mulanya saya tidak percaya bila keropok ini ternyata boleh dihasilkan dari mie segera sahaja. tetapi selepas saya tengok resipinya saya baru faham.. pasti anda ingin tahu juga kan.. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 1 paket mie sedap
  • 1 biji telur gred A
  • 6 sudu tepung ubi
  • tepung gandum secukupnya
sudah hanya 4 bahan sahaja sangat simple kan? bahkan saya pun sempat meragukan kenapa bahanya sikit.. hihihi selepas saya cuba memang menjadi dan sedap.

Cara Membuat Keropok Lekor Maggie


#1. pertama rebus air dahulu hingga mendidih kemudian apabila air sudah mendidih rebus mie hingga ianya kembang. saya tidak terlalu suka mie yang sangat lembik jadi saya rebus mie hanya 2 minit sahaja kemudian tapiskan.
Cara Membuat Keropok Lekor Maggi

#2. selepas itu tumbuk mie tadi hingga ianya lumat dan bila sudah lumat masukkan mie kedalam pan bersama telur dan sedikit perencah mie sedap (saya hanya memasukan sedikit sebab saya tak suka apabila ianya terlalu masin)

#3. selepas itu gaul rata semua bahan tadi diatas pan hingga sebati. apabila sudah sebati masukkan tepung ubi dan uli hingga sebati. supaya tidak melekat tambahkan tepung gandum secukupnya.

#4. step seterusnya ambil beberapa bahagian adunan tadi dan bentuk menjadi silinder panjang. (saya buat menjadi 4 bahagian slinder)
Cara Buat Keropok lekor

#5. kemudian rebus air dalam periuk dan masukkan sedikit garam. selepas itu masukkan adunan yang sudah anda bentuk silinder tadi dan rebus hingga ianya terapung.

#6. apabila sudah terapung angkat dan toskan hingga hilang airnya. potong mengikut anda suka dan akhir sekali, goreng hingga masak. angkat dan siap disediakan

Petua Tambahan :

1. perencah mi sedap sendiri rasanya sudah masin jadi letak sedikit garam sahaja.
2. apabila semasa menguli adunan melekat boleh tambahkan tepung gandum secukupnya
3. apabila anda teringin sedikit rasa pedas boleh tambahkan cili secukupnya

resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang tak memiliki masa lebih didapur kerana ianya boleh disediakan hanya 1 jam sahaja dan selain resepi keropok lekor maggie dimasa hadapan saya nak berkongsi resepi keropok lainya.

Video yang Boleh Membantu Anda 

saya menjangkakan doa dari anda semua supaya saya diberikan kesihatan agar boleh terus berkongsi resipi sedap lainya, selamat mencuba.

Click to comment