Type something and hit enter

author photo
By On
Salam sejahtera, alhamdulillah minggu ini saya tengah rajin kat dapur dan banyak pelbagai macam resepi yang sudah saya cuba buat seperti ice cream, nasi ayam, burnt cheesecake termasuk kerabu kacang botol yang saya kongsikan hari ini.

semalam saya juga share menu yang sangat unik iaitu keropok lekor maggi. kenapa saya kata unik? sebab biasanya masakan itu guna isi ikan tetapi bahan lain sikit iaitu saya guna mi segera dan apabila anda teringin nak cuba boleh baca disini.
Resepi Kerabu Kacang Botol

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini cuaca semakin panas hasil daripada global warming dimana-mana dunia terjadi musim yang pelik. apabila saya berfikir demikian saya sangat bimbang dengan masa hadapan generasi muda.

kita wajib pengawal dan penjagaan bumi dengan cara tidak buang sampah sembarangan tempat. oke, kembali ke resepi apabila bulan ramadhan tiba mesti ramai orang sibuk tercari-cari resepi menu untuk berbuka puasa kan?

Resepi Kerabu Kacang Botol dan Taugeh


pada bulan puasa tahun lepas saya sendiri kerap membuat kerabu kacang botol kerana ianya segar dan mudah nak buat tetapi apabila hari biasa saya jarang-jarang buat. apabila bulan puasa sememangnya paling sesuai makan yang segar kerana sehari penuh berpuasa mejadikan tubuh kita butuh makanan yang manis dan segar.

kerabu yang saya kongsikan ini boleh anda makan bersama anak-anak kerana resipinya sendiri saya buat tak pedas sangat. tetapi bergantung kepada selera masing-masing apabila banda suka pedas boleh tambah cili lebih.
Resepi Kerabu Kacang Botol

untuk bahan anda boleh berkreativiti dengan menambahkan perut lembu atau isi kerang. kerabu ini sangat mudah.. potong halus semua bahan kemudian ready.. bahkan sesiapa sahaja boleh dan senang nak buat.

jom kita layan resepinya dibvawah..

Bahan-Bahan
  • 10 kacang botor (bersihkan dan hiris nipis)
  • 100 sen taugeh segar (bersihkan)
  • 1 sudu besar kerisik kelapa
  • jus limau nipis secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 4 sudu besar udang kering (rendam air panas kemudian toskan)
  • 2 biji cili merah
  • 1 inchi belacan bakar
Cara Membuat Kerabu Kacang Botol

#1. pertama, kisar semua bahan kisar tadi hingga rata dan kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai.

#2. masukkan semua bahan tadi kacang botor, taugeh, garam & gula, kerisik, dan limau nipis pada bekas yang berisi bahan kisar.
Cara Membuat Kerabu Kacang Botol

#3. akhir sekali, gaul semua bahan hingga rata dan rasa jelatah apabila ada bahan kurang boleh tambah lagi.

Tips Menyediakan :
anda boleh menambahkan bahan lain seperti isi kerang atau perut lembu dan apabila anda teringin pedas sangat boleh ganti cili merah dengan cili api.

resepi ini sengaja saya buat simple kerana apabila kita tengah berpuasa pasti tak sempat kumpul semua bahan dan tak teringin berlama-lama didapur kan?

anda boleh menyediakan menu ini hanya dalam 30 menit sahaja jadi anda boleh guna masa lebih untuk menyiapkan resepi lain. oke, saya harap entry ini boleh memberikan manfaat, selamat mencuba.

Click to comment