Type something and hit enter

author photo
By On
Sebenarnya saya hairan dengan kek yang satu ini sebab selama beberapa tahun lepas kek batik ini masih sahaja tetap popular di masyarakat malaysia. mungkin kerana kek ini adalah salah satu antara kek yang paling mudah dan senang dibuat.

sudah banyak kawan blogger yang berkongsi resepi ini tetapi saya belum dijumpai yang berkongsi dengan cara dikukus. seperti yang kita tahu kek batik ini adalah salah satu jenis kek yang dibuat tanpa perlu memasaknya kerana apabila anda teringin nak buat kek ini yang paling penting adalah tak boleh guna sembarang tepung.

saya sendiri sudah berkongsi resepi ini semasa permulaan tahun 2017 dan sudah banyak dibaca oleh pelawat hingga sampailah hari ini. pada entry kali ini saya hanya ingin menambah resipi lain iaitu dengan cara dikukus.

Cara Membuat kek batik

resepi ini sangat saya mengesyorkanya buat adik-adik yang teringin makan kek tetapi tak payah buat atau kawan-kawan yang tengah belajar cara membuat kek untuk pemula sebab resepi ini sangat simple dan semua orang boleh buat.

untuk membuat kek ini dibutuhkan sedikit kreativiti supaya hasilnya mirip batik.. hihihi.. tetapi anda tak perlu risau sebab saya akan kongsikan step by stepnya. mungkin anda kerap melihat orang kongsikan kek ini di group resepi tapi akan lebih seronok  jika anda boleh membuatnya sendiri di rumah kan..

yang paling saya suka adalah bahan yang digunakan tak banyak pun dan kurang 6 jam sahaja sudah boleh siap dan apabila bulan puasa tiba kek ini sangat popular untuk disediakan sebagai menu berbuka puasa dan apabila bulan puasa tiba pastilah anak-anak meminta saya nak buatkan kek batik ini.

Resepi kek Batik Coklat

1. Resepi Kek Batik Milo

bila anda suka kek yang rangup lebih baik jangan campurkan biskut ke dalam campuran milo yang sudah masak. tapi, tetap ikut kaedah susun biskut lapis coklat. resepi ini amat lah mudah dan senang untuk di ikuti. 
saya dan keluarga sangat menggemari menu ini meskipun dah lama saya tak buat tak pernah bosan semasa membuatnya. resepi asal daripada menu ini ianya menggunakan milo dan ada juga yang menggunakan telur.
Bahan-Bahan

Resepi kek Batik Coklat


  • 2 cawan milo 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 paket biskut marie - patah dua
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 125 gram mentega/ butter
  • 1 sk esen vanilla
  • kacang almond - dipotong dan di panggang (optional)
Cara Membuat Kek Batik

#1. mula-mula cairkan butter ke dalam periuk dengan menggunakan api sederhana hingga cair kemudian masukan susu pekat manis dan gaul sebati

#2. kemudian masukan serbuk kok bersama milo dan gaul sebati atau hingga tiada milo berketul-ketul. step setrusnya masukkan essen vanilla ke dalam adunan dan gaul hingga sebati. selepas itu padamkan api.

#3.  masukan biskut marie yang sudah dipatah-patahkan bersama kacang almond dan gaul hingga rata. apabila sudah rata seterusnya masukkan adunan kedalam loyang yang sudah di lapisi dengan plastik. 

#4. padatkan kek didalam loyang tadi dengan cara menekan pada permukaan adunan dan apabila sudah padat boleh masukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

#5. akhir sekali, keluarkan kek dari peti sejuk dan biarkan 30 minit kemudian di potong-potong dan kek batik siap untuk dihidangkan..

Note : apabila anda suka kek yang lebih lembut caranya semasa menyediakan campuran coklat, patah-patahkan biskut dulu kemudian bagi biskut lemau sikit jadi nanti hasilnya boleh lembut.


video cara membuat kek batik

2. Resepi Kek Batik Kukus

pada bahagian pertama ialah kek batik yang dibuat dengan cara biasa dan sekarang kita cuba versi kek yang berbeza sikit iaitu dengan cara dikukus dan untuk membuatnya sangat mudah macam versi pertama.

Cara Penyediaan Kek Batik
apabila perhatikan kek ini macam biskut marie tetapi dengan cara dikukus kemudian dibekukan kedalam peti sejuk. resepi ini sendiri saya dapatkan dari seorang pelawat di blogopsi yang ingin resepinya saya kongsikan disini, jom kita layan resepi sedapnya dibawah...
Bahan-Bahan
  • 150 gram tepung gandum
  • biskut marie secukupnya
  • 200 gram butter/ mentega
  • 200 kaya
  • 225 gram gula halus 
  • 5 sudu besar susu manis
  • 6 biji telur
  • 2 sudu besar browning sugar/ gula hitam sarawak
  • 1 sudu teh vanilla
Cara Membuat

#1. pertama, siapkan bekas dan masukkan gula bersama mentega kemudian putar hingga kembang, dengan mengikut kaedah satu persatu masukan telur lepas itu puar lagi hingga sebati.

#2. dengan diputar pada kelajuan sederhana masukkan semua bahan (kecuali tepung) dan putar hingga sebati, lepas itu masukkan tepung dan putar lagi hingga adunan menjadi sebati. kemudian bahagikan adunan menjadi 4 bahagian (4 lapisan).
Cara Membuat Kek Batik

#3. panaskan kukusan kemudian lengserkan mentega dan tabur sedikit tepung, lepas itu masukkkan adunan (lapisan pertama) dan aturkan biskut marie diatasnya. kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.

#4. selepas itu, angkat kukusan dan tuang adunan untuk lapisan kedua dan jangan lupa atur biskut marie macam lapisan pertama tadi. ulangi proses tersebut hingga aduna habis (lapisan keempat) dan ingat pada lapisan akhir tak perlu letak biskut marie dipermukaanya.

#5. akhir sekali, kukus kek hingga masak atau lebih kurang selama 20-30 minit, supaya anda tahu sudah masak atau belum boleh cucuk garfu pada permukaan kek dan apabila tiada kelembapan artinya dah masak.

apabila kek sudah masak sejukkan dalam freezer dan potong kemudian siap dihidangkan.. saya harap resipi ini boleh memberikan manfaat untuk anda dan apabila anda ingin saya berkongsi resipi spesifik boleh contact saya pada menu contact dibawah.

1 ulasan:

avatar

saya dah try resepi puan.. memang best

Click to comment