Type something and hit enter

author photo
By On
Salam sejahtera, apabila anda penggemar kek hari ini saya nak bawa khabar gembira untuk anda semua sebab Tengah viral hari ini resepi cream horn pastry yang mudah dan senang dibuat. snack ini berasal dari western dan beberapa hari lepas saya juga sudah share menu western burnt cheescake disini.

Hampir semua rakyat Malaysia pasti mempunyai akaun media sosial entah itu facebook, twitter, atau instagram dan special thank's to social media kerana kita boleh mendapat maklumat dengan sangat mudah.
Viral : Resepi Cream Horn Pastry

apabila anda perhatikan banyak maklumat yang mudah untuk viral dan salah satu antaranya adalah resipi cream horn ini. hal ini boleh membantu kawan-kawan yang tengah belajar baking atau boleh untuk menambah ilmu dan skill memasak didapur.

Cara Membuat Cream Horn Pastry


sesuai dengan namanya sneack ini memiliki bentuk macam tanduk lembu.. hihii.. tetapi kalau soal rasa tak perlu anda tanya lagi.. sebab rasa yang kastard dan isi creamy lembut didalamnya sangat sedap dan sesuai untuk minum petang atau untuk disediakan sebagai jamuan tetamu.

untuk membuatnya anda perlu bahan puff pastry dan anda boleh membelinya dimana-mana kedai bahan kek. untuk bahagian kulit memang menggunakan puff pastry sheet segera tetapi untuk membuat isi kek ini tetap membutuhkan beberapa technique supaya rasanya lebih sedap.

saya biasanya menghidangkan snack western ini bersama teh hangat dan makan bersama keluarga duduk santai-santai sambil tengok TV. dengan memakan kek ini berkumpul bersama keluarga membuat lebih santai dan menyenangkan sebab bagi saya keluarga adalah yang utama.

Acuan Cream Horn

sebelum mula resepi saya mendapat E-mail dari pembaca blogopsi.com bahawa blog ini tak mendapat update entry resepi baru. saya minta maaf sebab keadaan belum mengizinkan dan mula hari ini saya janji untuk update blog ini dari masa ke masa.

semasa menyediakan kek ini sangat senang macam semasa menyediakan kek red velvet disini. pasti anda teringin cuba juga kan, jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan
  • acuan horn
  • puff pastry sheet secukupnya - saiz 8x8
  • 1 biji kuning telur + vanilla/ air secukupnya (untuk sapuan)
  • gula pasir secukupnya + badam nib (kisar kasar dan satukan)

Cara-Cara

#1. pertama keluarkan puff pastry dan biarkan selama 3 minit supaya lembut kemudian potong pastry kepada 8 jaluran setiap satu.

Puff Pastry Sheet

#2. siapkan acuan horn kemudian sapukan margarin kemudian letakkan pada loyang yang sudah disapukan margarin juga.

#3. step seterusnya ambil salah satu potongan pastry tadi kemudian paipkan atau letakkan dan tekan pada hujung acuan hor. pintahl dari bahagian hujung bawah acuan hingga ke hujung atas acuan. pada hujung pastry sapukan dengan kuning telur supaya rapat dan tidak terbuka.

#4. ulangi proses tadi hingga semua pastry puff habis kemudian susun diatas loyang yang sudah disapukan margarin. selepas itu sapukan kuning telur yang sudah dicampur vanilla tadi dan taburkan campuran badam dan gula pasir diatasnya.

Cara Membuat Kulit Pastry

#5. akhir sekali, bakar dalam oven bersuhu 175"C selama lebih kurang 15 minit dan apabila sudah masak angkat dan sejukkan.

Bahan Isi Cream
  • 175 ml susu cair
  • 50 gram gula pasir
  • 1 sudu makan tepung maizena
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan mentega / margerin
  • rhum secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat Isi Cream Horn

#1. pertama siapkan bekas yang sesuai kemudian masukkan tepung maizena, susu cair, dan kuning telur kemudian kacau hingga rata. apabila sudah rata tapiskan supaya isi cream lebih lembut dan sedap.

#2. apabila sudah ditapis masukkan dalam periuk kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak dengan api sederhana hingga agak kental.

#3. apabila sudah agak kental masukkan margerin dan terus kacau hingga kental betul-betul. apabila sudah kental boleh matikan api kemudian angkat dan masukkan rhum secukupnya selepas itu kacau sekejap supaya rata.

#4. akhir sekali, tuangkan isi cream dalam bekas yang sesuai atau mangkuk dan biarkan hingga sejuk atau anda boleh masukkan kedalam peti sejuk.

Cara Menghidangkanya sangat mudah iaitu ambil kulit horn yang sudah sejuk kemudian masukkan isian cream yang sudah sejuk juga selepas itu tambahkan hiasan mengikut selera anda.

Tips Berguna :
  1. semasa mengeluarkan pastry puff harus di biarkan selama 3 minit dan jangan lebih sebab nanti ianya terlalu lembut.
  2. semasa pastry disusun diatas loyang sebelum dibakar hujung pastry berada dibawah supaya ianya tidak terbuka semasa dibakar
  3. semasa pintal pastry pada acuan jangan terlalu rapat dengan permukaan atas suoaya mudah dikeluarkan.
  4. semasa bakar pastry boleh pasang kipas ketuhar supaya masak sekata.
Cara Menyediakan Cream Horn

itu dia resepi cream horn pastry yang saya kongsikan saya harap boleh bermanfaat untuk anda dan apabila anda fikir bermanfaat sila share dengan cara klik icon media sosial dibawah terima kasih dan selamat mencuba.

Click to comment