Type something and hit enter

author photo
By On
anda penggemar ayam masak merah? apabila demikian entry ini sangat sesuai untuk anda kerana saya akan berkongsi resepi yang sangat popular di malaysia. resepi ini sendiri sudah di share hingga 70.000 oleh pengguna media sosial.

selain itu, apabila anda hendak berkahwin pasti wajib untuk berjumpa ibu bapa daripada calon suami kan? kemudian daripada itu anda wajib untuk mencuri hati ibu mertua semasa pertama kali jumpa supaya anda lebih disayangi selepas menjadi menantu.

Ayam Masak Merah : Resipi Terbaik

trick ini saya gunakan dahulu semasa mahu berkahwin dengan suami, pada saat itu saya sangat nerveous mujurlah suami mahu memberi nasihat iaitu dengan cara membawakan makanan kegemaran ibu mertua. alhamdulillah ibu bapa mertua sangat sayang kepada saya sampaihari ini.

Resepi Ayam Masak Merah Simple


saat juadah berbuka puasa atau kenduri bekahwin resepi ini sangat menjadi kegemaran rakyat malaysia untuk dihidangkan. seperti yang kita tahu ayam adalah menu paling popular di dunia kerana dimana-mana negara pasti memiliki menu ini.

yang paling saya suka dari rsipi ini adalah bahan-bahan yang digunakan untuk buat masakan ini pun sangat simple ada sesetengah resepi dan tomato puree yang agak mahal. menu ini adalah makanan kegemaran saya dan setiap berbuka puasa saya selalu memasaknya.

sebenarnya, sudah lama saya simpan resepi ini yang saya dapat dari rakan saya di Kuala Lumpur. terima kasih Aisyah yang sudah memberikan resepi yang amat lazat ini sehingga saya boleh berkongsi di blog ini.

beberapa hari lepas saya juga telah menulis resipi kari ayam tanpa santan yang boleh anda baca apabila berminat disini. paling sedap apabila menu ini dihidangkan bersam nasi panas-panas emmm fikiran saya kosong segera kerana bayangkan masakan ini.

juga rasa ayam yang sedap dengan dicampur dengan pelbagai macam bahan rempah menjadikan resipi ini kegemaran rata-rata rakyat malaysia. pasti anda teringin cuba juga kan, jom kita tengok resepi dibawa...

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam - (lumuri ayam dengan kunyit dan garam kemudian goreng hingga sepoaruh masak)
  • 3 biji tomato belah 4
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 60 ml santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 ml air
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • kacang peas - opsyenal
  • minyak untuk menumis
Bahan Hiris
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar 
  • 2 cm halian - dihiris jadi 3 keping
Bahan dikisar Halus
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 20 tangkai cili kering - (rebus cili selepas itu kisar halus)
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia
Cara Penyediaan

Resepi Ayam Masak Merah

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan hiris sampai ianya layu dan harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata. masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.

#2: selepas tu apabila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika. masukan air secukupnya atau mengikut sesuai selera anda dan masukan santan untuk memekatkan kemudian masukan garam dan tomato.

#3: masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. apabila warna sudah nampak cantik dan sebati. bolehlah tutup api, angkat kemudian hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, atau nasi briyani. Mmmmmm Sedaaaaaapp.
Cara Menghidangkan Ayam Masak Merah

resepi ayam masak merah ini saya ubah sesuaikan mengikut cita rasa saya iaitu dengan menambah gula sikit kerana resipi dari kawan saya itu ianya tidak menggunakan gula. apabila saya menyediakan menu ini pasti lah habis sebab suami dan anak-anak sangat menggemari ayam masak merah.

selamat mencuba.

New Update 2018 Ayam Masak Merah Versi 2


Ayam Masak Merah Versi 2

terdapat pelbagai variasi dalam menu ayam ini dan menu ini memang sudah menjadi kegemaran saya sekeluarga dan saya sendiri tak boleh bosan memasak berulang kali. untuk resepi versi 2 sebenarnya menggunakan bahan-bahan asas yang sama dengan yang pertama dan saya hanya berkreativiti sikit

tetapi, rasa untuk yang versi 2 ini tak kalah sedap. bahkan kawan saya yang dari USA lebih prefer ke versi terbaru ini. untuk yang pertama dia memang suka tetapi tak begitu menggemari. rahsianya adalah saya guna yogurt.
Serbuk Jeera
Imej Serbuk Jeera

hmmmmm.. pasti anda teringin cuba juga kan? jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan
  • 250 gram keping ayam tanpa tulang
  • 7 ulas bawang putih
  • 7 biji cili merah
  • 2 sudu yogurt
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili merah
  • 2 sudu minyak
  • beberapa daun ketumbar segar (cincang halus)
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk jeera
  • 2 sudu teh ginger-garlic paste
Cara Membuat Ginger-garlic Paste
Cara Membuat Ginger-garlic paste homemade

  • 1 cawan halia segar - cincang
  • 1/3 cawan bawang putih segar 
  • 2 sudu lemon segar
  • 1 sudu teh garam
untuk membuat Ginger-garlic caranya campurkan semua bahan kemudian kisar hingga lembut (guna mesin sahaja supaya mudah) selepas itu simpan kedalam peti sejuk supaya boleh guna bila-bila masa. dan sekarang masanya kita menyediakan ayam.

Cara Membuat

#1. pertama, bersihkan ayam kemudian masukkan kedalam mangkuk besar. kemudian masukkan bahan rempah seperti serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili merah, serbuk jeera, dan garam secukup rasa. selepas itu gaul hingga rata.
Campurkan semua bahan

#2. masukkan yogurt bersama Ginger-garlic paste dan gaul lagi. kemudian tutup ayam dan simpan selama lebih kurang 30 minit dalam peti sejuk.

#3. selama ayam disimpan anda boleh menyediakan kuah. caranya kisar 7 ulas bawang putih dan 7 biji cili merah supaya lembut tambahkan 5 sudu air. kemudian sisihkan sekejap.
bahan kisar

#4. panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng ayam selama 3 minit dengan api sederhana. selepas itu tutup kuali dan masak ayam selama 7 minit dengan api rendah dan kacau sekali-kala supaya ayam tidak hangus.

#5. kemudian masukkan cili merah dan bawang putih yang dikisar tadi dan kacau hingga rata. pada step ini tutup kuali selama 3 minit pada api rendah dan biarkan kuah mengental.
proses memasukan daun ketumbar

#6. akhir sekali, apabila kuah sudah masak seperti yang anda kehendaki boleh tutup api dan masukkan daun ketumbar yang sudah dicincang halus tadi. tutup kembali ayam selama 3 minit dan siap dihidangkan.

Tips :
  1. apabila kuah sedikit kering boleh tambahkan dengan air sedikit.
  2. semasa memasak pastikan anda teruskan memeriksa ayam kerana ianya memerlukan banyak masa supaya masak betul
  3. selepas matikan api jangan tergesa-gesa memasukkan ayam kedalam mangkuk kerana ayam masih membutuhkan proses sikit untuk masak.
itulah resepi yang saya kongsikan dan apabila memiliki versi lain dari ayam masak merah ini boleh share ke blog ini, selamat mencuba.

Click to comment