Type something and hit enter

author photo
By On
Tak bosan-bosanya saya berkongsi resepi yang tengah viral di media sosial, kali ini saya nak share resepi aiskrim potong kacang merah, kata empunya resepi lagi sedap daripada yang dibeli di kedai. nak tak tahu kesahihannya? jom kita buat sama-sama.

resepi ini di kongsikan oleh Nur Atikah, terima kasih kepada empunya resepi kerana dah sudi berkongsi. kali pertama saya cuba saya langsung menggemari resepi ini kerana rasa kacang merah yang manis dan sejuk di tekak memang sedap apalagi apabila dimakan ketika cuaca panas.. emmmhh

Resepi Aiskrim Potong Kacang Merah

biasanya saya menyediakan aiskrim ini semasa duduk santai-santai bersama keluarga sambil menonton TV. anak-anak memang paling suka aiskrim, apabila saya buat pasti cepat habis tetapi, saya tak buat selalu sebab anak-anak tak boleh makan makanan manis berlebih kerana tak baik untuk kesihatan kan?

Cara Buat Aiskrim Potong Kacang Merah


untuk membuat aiskrim ini sangat mudah seperti ketika saya menyediakan aiskrim oreo atau aiskrim coklat homemade. pada musim raya ramai orang menyediakan makanan berat seperti nasi ayam, ketupat, atau rendang. tetapi, sedikit orang yang ikut menyediakan makanan pencuci mulut.

meskipun musim raya tahun ini sudah habis kerana sebentar lagi kita akan ganti tahun, anda boleh merancang ketika pada musim raya tahun depan selain menyediakan makanan seperti ketupat dan rendang hidangkan juga asikrim potong kacang merah ini sebagai manan pelengkap, pasti anak-anak akan menggermarinya.

Imej Kacang merah
Imej Kacang Merah

kali pertama saya cuba resepi ini terlalu manis pada tekak saya jadi saya kurangkan gula sedikit atau anda boleh mengabaikan guna susu pekat. sebab saya ingat selalu nasihat dari Dr. Luciana ibu bapa perlu membatasi makanan yang mengandungi gula sebelum memberikanya kepada anak-anak.

tetapi, terpulang kepada masing-masing, anda boleh berkreatitivti mengikut anda suka dan selesa. pasti anda teringin cuba resepi ini kan? jom kita layan...

Bahan A
  • 3 sudu besar susu tepung (tak kisah brand apa)
  • 200 gram gula pasir
  • 350 ml air
Bahan B
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 50 ml air
campurkan semua tepung tadi dengan air kemudian kacau hingga rata dan ketepikan sekejap.
Cara Buat Aiskrim Potong Kacang Merah

Bahan C
  • 2 tin susu cair
  • 300 gm kacang merah dalam tim - dilecek
  • 50 gm - 80 gm susu pekat - ikut selara masing-masing
  • daun pandan 
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewrana merah atau guna sedikit kordial sirap
Cara Membuat 

#1. pertama, masak bahan A dalam periuk hingga semua bahan larut. apabila sudah larut masukkan bahan B dan masak lagi hingga mendidih.

#2. apabila sudah mendidih masukkan bahan C kemudian kacau selalu supaya tak berketul. selepas itu boleh matikkan api dan biarkan hingga agak sejuk.

#3. siapkan acuan atau apabila anda tak punya acuan boleh guna plastik asikrim. kemudian masukkan asikrim tadi hingga semua asikrim habis.

#4. akhir sekali, masukkan dalam peti sejuk. apabila sudah beku angkat dan hidangkan :)

 Video yang Boleh Membantu Anda

PENTING! 
  1. semasa memaska dalam periuk guna kaedah whisk supaya ianya tidak berketul-ketul dan hasilnya lembut.
  2. juga mesti sentiasa kacau supaya tekstur aiskrim halus dan menjadi lebih sedap. 
  3. semasa memasak guna api sederhana.
itulah resepi aiskrim potong kacang merah yang dikongsikan oleh  Nur Atikah, ingat jangan makan makanan yang manis-manis selalu sebab tak baik untuk kesihatan. sampai jumpa dan selamat mencuba.

Click to comment