Type something and hit enter

author photo
By On
Apabila kita bercakap mengenai resipi ianya tidak berkesudahan kerana apabila kita kena mengumpul resipi dari seluruh dunia bilangan itu boleh sampai berjuta-juta. seperti resepi burnt cheesecake atau kek keju hangus yang akan saya kongsikan ini..

resepi ini saya dapat semasa melawat ke rumah ibu mertua di Indonesia beberapa hari lepas. pada hari itu ibonda mertua minta saya bantu dia di dapur sebab dia tengah buat resipi yang baru beliau dapat dari seorang chef namanya chef Juan's.

saya sendiri pun tak tahu siapa itu chef Juan's kerana saya tidak pernah berjumpa atau dapat maklumat mengenai dia. selepas satu jam kami berdua didapur akhirnya kek tersebut menjadi. sekarang masanya untuk menghidangkan kek tersebut kepada keluarga.
Resepi Burnt Cheesecake

pada mulanya saya sangat underestimated dengan kek tersebut.. hihihi sebab penampilan kek tersebut sangat pelik.. saya fikir rasanya pun pelik juga.. hihi.. tapi selepas saya mencuba.. emhhh sangat.. sangat.. sedaaap. hihihi

bahkan kerana kesedapnya saya tak boleh berhenti makan hingga kek tersebut habis.. hahaha.. bahkan, semasa kek sudah habis saya meminta kepada ibonda mertua supaya membuat lagi kek tersebut.. tak tahu malu lah aku ini.. hihihi

Resepi Burnt Cheesecake


mujurlah saya sempat meminta resipi ini dan selepas saya dan suami balik ke rumah kami di Malaysia saya teringin kongsikan kepada anda semua. apabila anda adalah penggemar kek keju resepi ini anda kena cuba kerana saya memastikan anda boleh suka.

sebenarnya, kek ini tidak terlalu berbeza dengan kek coklat bakar yang pernah saya kongsikan tetapi ada beberapa bahagian seperti bahan yang berbeza. kek keju hangus ini adalah salah satu antara resepi terkini yang wajib anda cuba.

jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 750 gram krim keju
  • 6 biji telur
  • 1 sudu ekstrak vanilla
  • 1 sudu tepung gandum
  • 300 gram gula kastor / 280 gram gula biasa
  • 375 gram whipping cream
Cara Membuat Kek Keju Hangus

#1. pertama, putar krim keju bersama gula hingga sebati kemudian masukkan telur dengan kaedah satu persatu sambil terus putar hingga rata dan sebati.
Cara Membuat Kek Keju Hangus

#2. masukkan tepung gandum dan putar hingga rata. selepas itu masukkan whipping cream dan ekstrak vanilla kemudian putar sekali lagi hingga semua adunan sekata.
Cara Menyediakan Burnt Cheesecake

#3. panaskan oven dengan suhu 200"C dan selain itu anda boleh siapkan loyang dengan saiz 23 cm (spring-form-pan) dan alaskan pada permukaan loyang dengan baking papper.

#4. masukkan aduanan kedalam loyang tadi dan bakar selama lebih kurang 60 minit atau hingga ianya masak bahagian atas berwarna keemasan.
Proses Penyediaan Kek keju Hangus

#5. jangan panik sebab kek nanti akan kembang tinggi hingga memenuhi loyang kerana ianya akan turun lagi kemudian angkat dan biarkan hingga kek sejuk.

#6. apabila sudah sejuk masukkan dalam freezer supaya lebih sedap. kemudian angkat dan siap dihidangkan.

Resepi Strawberry Compote

Cara Membuat Strawberry Compote

apabila tengah rajin di dapur saya biasanya menyediakan bersama strawberry compote. meskipun dimakan begitu sahaja sebenarnya sudah sedap. tetapi, apabila anda teringin nak cuba juga saya akan kongsikan resepinya dibawah.

Bahan-Bahan
  • 4 cawan strawbery segar
  • 1/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan gula
Cara Membuatnya

#1.  pertama, potong nipis strawberry dan sisihkan sekejap kemudian panaskan gula dan jus oren dalam periuk dengan api sederhana hingga larut.

#2. selepas itu masukkan potongan strawberry tadi dan kacau rata. masak selama lebih kurang 10 minit dan apabila sudah masak boleh matikan api.

#3. tuang strawberry compote kedalam bekas dan simpan dalam freezer supaya ianya sejuk apabila sudah sejuk sediakan bersama burnt cheesecake tadi.

resepi ini sangat mudah meskipun anda tidak pernah membuat kek sebelumnya pasti menjadi dengan syarat anda sukat betul-betul. sampai jumpa di entry seterusnya dan selamat mencuba.

Click to comment