Type something and hit enter

author photo
By On
Biasanya apabila saya update blog ini pasti menulis entry masakan. tetapi, hari ini saya nak cuba buat berbeza iaitu saya nak kumpulkan food blogger terbaik Malaysia. saya fikir entry ini boleh membantu anda sebagai referensi mencari resepi masakan yang unik dan sedap.

pertama, kita berikan applause untuk mereka yang sudah sudi berkongsi resepi terbaik kerana blog mereka sudah banyak membantu kawan-kawan yang akhirnya boleh mahir memasak dan mungkin sahaja salah satu antaranya sudah menjadi foodblogger favorite anda.

Blogger Resipi (Food Blogger) Terbaik Malaysia

seperti yang kita tahu media internet sudah berkembang sangat besar dan ramai orang boleh membuat blog dengan mudah. tetapi, berdasarkan kepada versi blogopsi.com niche resipi adalah yang paling popular di Malaysia selain daripada news.

meskipun menjadi blogger tak mudah kerana perlu update kandungan dari masa ke masa, apabila kita kiraan food blogger malaysia ada banyak dan dibawah ini adalah senarai versi saya. saya tahu anda mungkin punya versi berbeza. tapi tak apa kerana ini hanya untuk menambah wawasan sahaja.

#1. Haziah Jaya - Aziekitchen

Kak Azie
hampir sebahagian besar pasti anda tahu siapa dia ini? yap, beliau lebih dikenali kak Azie yang juga owner dari aziektichen.com. saya sendiri adalah salah satu antara orang yang menggemari beliau hehehe.. saya sudah kontak kak azie via E-mail dan dia mula membuat blog azie kitchen pada tahun 2011 hingga sekarang.

untuk petua dari kak azie supaya anda pintar memasak iaitu "practice and practice" . banyak resipi sedap dan mudah yang boleh anda dapatkan dari blog kak azie. seperti maklumat dari blog kak azie dia menyediakan pelbagai resepi masakan tradisional, masakan barat, kek, dessert dan pelbagai lagi.

#2. Nor Azlita Binti Abdul Aziz - Norazlitaaziz

Azlita Ina
Food Blogger malaysia seterusnya adalah Nor Azlita atau lebih dikenali sebagai Azlita Ina, dahulu dia mempunyai blog azlitamasammanis.com tetapi saya tak tahu kenapa kak Azlita menghapus blog itu.

kak Azlita berasal dari Johor Bahru dan dilahirkan 23 hb june 1971. apabila anda melawat ke blog kak azlita anda boleh menemukan pelbagai macam resipi yang sedap terutamanya adalah kek, pancake, biskut dan pelbagai lagi. bahkan, tidak berlebihan apabila saya menyebut kak azlita sebagai master piece of baking kerana kak azlita mahir apabila membuat cake.

#3. Hafizah Yahaya - fizalgk

Hafizah Yahaya

yang ketiga pasti anda sudah tahu, kak hafizah dia adalah seorang penulis blog dan buku masakan yang popular di malaysia. apabila anda teringin membaca buku kak hafizah boleh melawat ke blog dia supaya dapat maklumat lebih lengkap.

untuk buku resepi masakan yang dijual harganya RM30. apabila anda tengah belajar memasak buku ini boleh menjadi option untuk anda beli. sampai entry ini saya buat e-mail saya belum dibalas oleh kak hafizah jadi saya tak boleh memberi maklumat lengkap diri beliau. tetapi, apabila ada maklumat baru entry ini akan saya update.

#4. Nor Hidayah - sayaiday
 
Nor Hidayah

kak Nor Hidayah adalah seorang food blogger malaysia yang lebih dikenali sebagai iday. dia juga pernah bekerja di Lazada Malaysia sebagai SEO senior analyst. tetapi saat ini kak iday sudah menjadi blogger sepenuh masa.

banyakpelbagai resepi yang boleh anda dapat dari blog kak iday dan semuanya sedap lagi senang dibuat. kak iday kerap share resipi yang tengah popular di malaysia jadi apabila anda teringin resepi yang unik boleh melwat ke blog kak iday.

untuk saat ini saya hanya boleh memberikan 4 food blogger malaysia dan senarai ini akan saya update dari masa kemasa hingga mencapai 27.

apabila anda punya nasihat untuk senarai food blogger di entry ini sila komen dan nanti akan saya masukkan kedalam senarai, terima kasih.

keep spirit memasak :)

Click to comment