Type something and hit enter

author photo
By On
Apa anda suka steamboat? apabila anda penggemar makanan ni anda berada di blog yang betul kerana saya akan kongsikan resepi steamboat kuah tomyam yang simple lagi sedap. saya dan keluarga adalah salah satu antara orang yang menggemari steamboat. bahkan, apabila saya cuba buat tak pernah sisa kerana ianya langsung habis dimakan oleh saya, suami dan anak-anak.

biasanya saya membeli kat paso malam untuk kuah supnya. tetapi, citara rasa kadang-kadang tak ikut selera saya. rasa-rasanya lebih best dan puas hati apabila buat sendiri kuah tomyam sebab boleh ikut citarasa kita.
Resepi Steamboat Kuah Tomyam

Resepi Steamboat Kuah Ayam


makanan ini sangat sesuai untuk santap siang atau sebagai menu berbuka puasa, saya sendiri beberapa kali menghidangkan steamboat pada bulan puasa yang lalu kerana setiap hari makan nasi pasti jemu jugakan..

memang best dan sedaplah dapat layan steamboat ni kerana dibuat untuk keluarga tersayang apalagi makan ramai-ramai lagi seronok. sebagai isteri dan ibu memang sudah kewajipan kita untuk menyediakan makanan untuk keluarga dan rasanya sangat seronok apabila hidangan yang kuta sediakan disukai oleh keluarga kan..

resepi steamboat kuah tomyam yang saya share ini sedikit berbeza dengan resipi yang dikongsikan kawan blogger lain. sebab resipi steamboat ini saya dapat dari kawan saya dan dia meminta saya untuk kongsikan resipi tersebut kepada pelawat blog ini.

okay, tak usah banyak cakap jom kita layan resepinya dibawah ini.....

Cara Membuat Kuah Tomyam
Resepi Steamboat Kuah Tomyam

Bahan-Bahan
  • sedikit isi ayam
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 1 biji bawang besae - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 batang serai - ketuk
  • 2-3 biji carrot - potong bulat bunga-bunga
  • daun ketumbar secukupnya
  • perencah tomyam
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara

1.  potong ayam dengan saiz mengikut selera kemudian masukan ayam kedalam periuk, lepas itu masukkan air dan biarkan hingga mendidih.

2. apabila ayam sudah mendidih, masukkan bawang putih, bawang besar, bawang merah, serai, perencah tomyam dan daun limau purut.

3. kacau dan biarkan sekejap kemudian masukkan carrot garam dan gula secukup rasa dan biarkan sekejap hingga carrot masak dan terakhir masukkan daun ketumbar.

Cara Membuat  Sos Steamboat

apabila anda sudah selesai dengan steap diatas iaitu membuat kuahnya dan sekarang kita cuba buat sosnya, jom simak dibawah ini..
Resepi Steamboat Kuah Tomyam

Bahan-Bahan
  • sos tomato
  • sos thai
  • sos bawang putih
  • sos cili
  • daun ketumbar - hiris nipis
  • 2 cawan air
Cara-Cara

1. siapkan periuk dan masukkan semua bahan tadi kecuali daun ketumbar kedalam periuk kemudian panaskan dengan api sederhana dan kacau hingga mendidih.

2. apabila sos sudah mendidih masukkan daun ketumbar kcau sekejap dan masukkan kedalam bekas lain kemudian siap dihidangkan..

Bahan-Bahan Steamboat
Resepi Steamboat Kuah Tomyam

tadi kita sudah membuat kuah sup dan sosnya dan sekarang bagaimana dengan bahan-bahanya? sebenarnya bahan-bahan untuk steamboat sangat simple kerana mengikut selera masing-masing atau anda boleh menambahkan bahan-bahan dibawha ini.
  • daging dan ayam yang dihiris nipis
  • telur rebus
  • cendawan
  • sosej
  • tempe dan tahu
  • bakso
  • dan lain-lain
bagaimana dengan resepi steamboat kuah tomyam yang saya kongsikan mudah sahaja kan? apabila anda ingin cuba resepi sedap lain boleh membaca artikel pada blog ini sebab saya sudah banyak kongsikan pelbagai resepi masakan melayu. saya harap resepi ini bermanfaat sampai jumpa di resepi berikutnya.

Click to comment