Type something and hit enter

author photo
By On
Apabila hari Asyura tiba pasti lah ramai orang membuat bubur asyura ni, saya memang penggemar makanan ini seperti saya menggemari bubur kacang hijau dan bubur lambuk. apabila saya makan ni menjadikan saya teringat masa kecil-kecil dahulu sebab ibonda suka membuat makanan ini untuk kami sekeluarga.

biasanya makanan ini ibonda sediakan untuk sarapan pagi atau minum petang, tetapi sekarang apabila saya teringin makan bubur asyura mesti buat dahulu. sebab jarang ada yang jual makanan macam ini sangat berbeza dengan bubur jagung atau bubur kacang hijau banyak jual.

sebenarnya, sudah banyak yang kongsikan bubur asyura dan makanan ini juga banyak versi dari pelbagai negeri, seperti versi terengganu, johor, kelantan, dan kerana banyak versi mungkin menjadikan kegemaran kita orang berbeza-beza oleh kerana itu pada entry kali ini saya akan cuba kongsikan semua versi dari makanan ini.

Resepi Bubur Asyura
apabila bulan Muharram tiba hampir semua masyarakat melayu (Malaysia, Indonesia, Brunei dll) melakukan pelbagai tradisi sebagai mengingati tahun baru islam atau sejarah nabi nuh as yang umatnya mendapat bencana kerana tidak mahu beriman kepada allah.

seperti yang kita tahu bencana itu dalam bentuk banjir besar setinggi gunung dan kapal nabi nuh sendiri berhasil selamat selepas mengarungi banjir selama 40 hari 40 malam. selepas selamat dari bencana nabi nuh membuat tanda syukur dengan membuat bubur asyura (terbuat dari bahan bijirin dan kekacang) yang kemudian beliau agih-agihkan kepasa semua makhluk.

1. Resepi Bubur Asyura Kedah


asyura kedah ni memang berbeza dibandingkan dengan asyura dari negeri lain dari rasa dan teksturnya sahaja sangat sedap. kebanyakan kanak-kanak juga lebih menggemari versi kedah sebab ianya ni saling tak tumpah macam pengat.

apabila 10 muharam tiba saya sangat gembira kerana semata-mata ingin menikmati asyura ini, asyura diambil dari bahasa arab "Asyara" yang bermaksud sepuluh. jadi apabila tarikh 10 muharram tiba adalah hari Asyura.

sebenarnya, boleh juga nak makan makanan ni bila-bila masa, cuma sahaja nak ambil sempena muharram barulah dipanggil asyura kan? tetapi memang hari ini tiba-tiba tekak teringin nak makan bubur asyura dan saya mula membeli bahan-bahan di pasar. alhamdulillah bahan-bahanya mudah sangat didapati.
Bubur Asyura Kedah

oke, resepi yang saya kongsikan ini sudah saya ubah sesuaikan dengan selera saya, jadi apabila tidak sesuai dengan selera anda boleh disesuaikan bahan mengikut citara anda. tetapi resepi ini saya cuba memang sedap..  jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 tin jagung (siap dalam tin)
  • 1/2 cawa kacang hijau rebus
  • 1 biji pisang - potong dadu kecil
  • 8 sudu besar gula pasir - boleh disesuaikan dengan selera anda
  • 5 cawan santan
  • 1 biji kaledek - rebus 1/2 masak, potong dadu)
  • sedikit garam
  • 1/2 ketul gula melaka
Cara Penyediaan

#1. dalam kuali besar campurkan gula, garam, santan, dan tepung beras.. kemudian masak hingga mendidih menggunakan api sederhana.. ketika memasak kacau selalu.

#2. masukkan pisang, jagung, kacang hijau, dan keledek dan kacau lagi hingga kaledek empuk. masak hingga adunan menjadi empuk dan apabila terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.

#3. apabila sudah masak bolehlah matikan api dan tuangkan kedalam bekas.. siap untuk dihidangkan..
Resepi Bubur Asyura Kedah

saya paling suka makan bubur asyura apabila masih suam-suam panas dan apabila sudah sejuk juga sama sedapnya.. apabila anda tak suka pisang tak letak pun juga tak pe. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda. selamat mencuba!

2. Cara Membuat Bubur Asyura Versi Kelantan

 

gambar bubur asyura kelantan

untuk membuatnya cukup mudah sahaja dengan syarat anda mengikut kaedah dan sukat dengan betul-betul supaya hasilnya sangat sedap.

Bahan-Bahan
  • 7 kg beras
  • 6 kg gula pasir
  • 20 keping gula melaka saiz sederhana
  • 2 tin jagung manis berkrim
  • 7 kg daging - rebus kemudian siat halus
  • 5 kg santan
  • 4 tin jagung
  • 1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
  • 5 kg ubi kaledek - potong dadu
  • 1 kg kacang hijjau - rebus
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar
  •  6 labur bawang putih
  • 1 tapak tangan halia
  • 1,5 kg bawang merah
  • 20 batang serai
  • 1 penumbuk lengkuas
 Bahan Tumis
  • 1 kg rempah asyura
  • 3 kg santan
 Cara Penyediaan

#1. pertama goreng 5 bahan kisar tadi sekejap kemudian kisar hingga hancur. selepas itu campurkan dengan rempah asyura dan santan tumis hingga harum atau hingga naik minyak.

#2. sementara itu anda boleh merebus beras tetapi ambil beberapa bahagian beras terlebih dahulu kerana nanti untuk membangkitkan bau wangi dan bahagian beras yang tidak direbus tadi anda goreng tanpa minyak, apabila bau wangi sudah tercium boleh dikisar lembut. selepas itu masukkan ubi kaledek dan kacau
Bahan bubur asyura kelantan

#3. sambil anda kacau masukkan bahan lain macam kacang, santan, bawang goreng, jagung dan terus kacau. selepas itu masukkan rempah tumis dan terus kacau. masukkan gula melaka, daging, gula dan garam secukup rasa.

#4. masukkan telur dan kacau hingga berkilat atau hingga masak dan bubur ini boleh masak setelah melalui proses yang sangat panjang sampai berjam-jam jadi anda mesti sabar. apabila sudah masak masukkan dalam bekas yang sudah dilapik daun pisang. biarkan hingga sejuk kemudian boleh dipotong-potong.

 3. Resipi Bubur Asyura Versi Johor



Bubur Asyura Johor
tadi kita sudah melihat 2 resepi yang veri kedah dan versi kelantan, sekarang seperti apakah untuk versi johor sendiri. jom kita layan...

Bahan-Bahan
  • segenggam beras - dicuci
  • 1 tin santan
  • 1 kacang peas
  • 1/2 kg daging cincang
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 biji bawang putih - kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 1/2 inci halia - kisar
  • 4 sekawan ( bunga cengkeh, buah pelaga, kayu manis, bunga lawang)
  • 2 sudu besar kacang dal - direndam
  • air secukupnya
Bahan Hiasan
  • 3 biji telur - satukan dan kacau kemudian goreng dadar dan potong halus
  • 3 biji lada merah 
  • daun sop - hiris halus
  • bawang goreng
 Cara Menyediakan

 #1. pertama panaskan minyak dengan api sederhana dan apabila sudah panas masukkan 4 sekawan kacau sekejap. kemudian masukkan bahan kisar (bawnag putih, bawang besar, dna halia) dan tumis hingga naik bau dan garing.

#2. lepas itu masukkan rempah kari dan terus kacau. masukkan beras bersama air secukupnya ( cukup untuk buat bubur) kacau dan biarkan hingga mendidih.

#3.  apabila sudah mendidih masukkan kacang peas dan kacang dal dan kacau sekejap biarkan hingga dianya menjadi bubur. kemudian kecilkan api dan masukkan santan dengan kaedah sedikit demi sedikit.

#4. akhir sekali, apabila anda fikir sudah masak boleh masukkan garam secukup rasa dan untuk cara menghidangkanya sangat mudah masukkan bubur kedalam bekas kemudian taburkan diatasnya telur dadar yang sudah dipotong halus, bawang goreng, dan daun sop

4. Bubur Asyura Versi Terengganu


untuk membuat asyura versi terengganu apabila saya fikir hampir serupa dengan versi kelantan kerana hanya beberapa bahan dan cara menyediakanya sahaja yang berbeza. tetapi, untuk membuat bubur ini memang mesti sabar kerana membutuhkan waktu hingga berjam-jam berbeza dengan makanan ini yang boleh cepat dihidangkan.

Asyura Terengganu Sedap
jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 1 kg beras - cuci hingga bersih
  • 1 kg santan pekat
  • 1 ekor ayam - buang kulitnya dan potong sederhana kecil
  • 800 gm daging - potong sederhana kecil
  • 500 gm ikan sardin - rebus kemudian ambil isi
  • 1 biji kelapa - dijadikan kerisek
  • 2 cawan kacang buah pinggang (kidney bean) - rendam semalaman
  • 1 cawan kacang hijau - rendam semalaman
  • 6 sudu besar rempah asyura - campur dengan air dan dijadikan pes
  • 700 gm gula pasir
  • 500 gm bawang merah - untuk dibuat bawang goreng
  • 500 gm ubi keledek - potong dadu kasar
  • 1 sudu kecil lada hitam siap kisar
  • air secukupnya untuk merebus beras
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus
  • 5 cm halia
  • 5 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 500 gm bawang besar 
Bahan Hiasan
  •  Crepe Telur ( campur dan adunakan telur, tepung, air, dan secubuit garam) macam membuat kuih dadar lepas itu gulung dan hiris crepe tetapi lebihkan kuantiti telur supaya menjadi.
  • sambal kelapa ( sangai kelapa parut bersama lada hitam, isi ikan rebus, gula dan garam secukup rasa)
  • agar-agar warna-warni (macam membuat agar biasa anda guna serbuk agar & gula kemudian tambahkan pewarna mengikut anda selera masing-masing terakhir masukan dalam bekas berasingan dan bekukan)
Cara Menyediakan

#1. pertama, siapkan kuali kemudian tuangkan air secukupnya dan rebus rebus beras bersama isi ikan, daging, ayam, kacang hijau dan kacang buah pinggang hingga lembut. selepas itu masukkan bahan kisar halus supaya tidak hangit dan ianya pekat.
Cara Membuat Bubur Asyura Terengganu

#2. step sterusnya masukkan santan bersama pes rempah, bawang goreng, keledek, dan kerisek kemudian kacau sekejap. masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau rata. pada step ini anda harus terus kacau untuk memastikan bubur benar-benar pekat supaya ianya mudah untuk dipotong.

#3. apabila sudah pekat, siapkan bekas dan tuangkan bubur kedalam bekas tadi. selepas itu taburkan bahan hiasan diatasnya. tunggu hingga sejuk dan siap untuk dipotong.

itulah pelbagai resepi bubur asyura yang saya kongsikan saya harap boleh memberikan manfaat untuk anda dan apabila entry ini bermanfaat tolong share ye... selamat mencuba.

4 ulasan

avatar

Wow... Saya orang Johor. first time buat bubur asyura Kedah.. Menjadi... Cukup syarat... Enak.. Tkasih

avatar

Alhamdulillah.. terasa kesedapannya bila melihat gambar bubur asyura tuu, tks puan berkongsi resepi

Click to comment