Type something and hit enter

author photo
By On
Dalam Musim hujan sekarang ini hampir tiada hari yang terik kerana apabila jam sudah menunjukan diatas 12 siang pastilah hujan turun. hampir semua wilayah negara tercinta kita Malaysia sedang mengalami musim hujan.

saya sendiri tak boleh melakukan aktiviti seperti biasa apabila hujan turun, macam ayam tidur hanya dirumah sahaja. bercakap mengenai ayam saya menjadi sangat teringin makan ayam tetapi kerana hujan menjadikan diri ini malas hanya untuk sekadar berjalan ke kedai.

saya tengok kat freezer ada beberapa daging dan saya berfikir sekejap kira-kira idea resipi seperti apakah yang sesuai untuk cuaca hujan macam sekarang ini. akhirnya, saya mendapatkan idea yang sangat sesuai iaitu resepi sup daging simple.

apa yang menyelerakan agaknya untuk hidangan tengah hari? bila mengikut selera masing-masing mungkin banyak pilihan resepi yang boleh dicuba dan bila anda tak tahu resepi apa yang ingin disediakan boleh cuba resepi sup daging yang saya share ini.
Resepi Sup Daging Simple

Resepi Sup daging Simple

sebenarnya banyak yang sudah share resepi ini oleh kawan-kawan blogger tapi tak ada salahnya saya ikut share juga. yang paling saya suka dari sup daging ini iaitu boleh dimakan bersama nasi atau roti, yang suka roti boleh makan dengan roti.

dengan bahan rempah ratus special boleh memberikan tenaga yang cukup untuk semua ahli keluarga juga kuahnya yang hangat boleh memberikan rasa hangat kepada tubuh kita dan meningkatkan imuniti badan kita, saya fikir ini adalah resipi terbaik yang boleh anda cuba sekarang.
Bahan-Bahan Sup Daging

bila anda suka yang berat sikit boleh dimakan dengan nasi. untuk membuat sup ini anda mesti ada daging, takan ayam pulakan lainlah kalau nak buat sup ayam. resepi untuk sup ini saya buat senang je dan jom kita layan resepinya dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1.5 kg daging batang pinang - potong kecil basuh dan toskan
  • 4 biji kentang - potong 4
  • daun sup bawang potong kecil
  • 1 bungkus sup bunjut
  • bawang goreng
  • 1/2 biji karet - potong mengikut kesukaan
Bahan untuk Menumis
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 3 batang akar pokok daun sup
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • garam secukupnya
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 sudu lada hitam biji - ditumbuk
Cara Penyediaan
Bahan Rempah sup Daging

1. rebus daging bersama sup bunjut di dalam periuk dengan api perlahan, sementara itu tumbuk bawang besar, bawang putih, bawang merah, dan halia hingga halus.

2. kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk dan bahan tumis lainya tadi hingga kekuningan atau naik bau. dah siap tumis, masukan bahan tumis ke dalam periuk daging yang siap direbus tadi.

3. kemudian masukan kentang dan karet, rebus kembali hingga kentang empuk, bila sudah masak angkat dan hidangkan.

4. sebelum dihidangkan taburkan daun bawang agar lebih sedap.

resipi ini boleh anda hidangkan bersama nasi atau roti mengikut selera masing-masing. saya sendiri kerap mencuba menyediakan bersama roti dan ternyata tak kalah sedap, bagaimana mudah kan resepi sup daging yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap seterusnya.

1 ulasan:

Click to comment