Type something and hit enter

author photo
By On
selamat pagi saya harap hari ini kita masih diberikan kesihatan supaya boleh selalu memasak masakan sedap untuk keluarga. akan memasak apa anda hari ini? bila belum mempunyai idea memasak boleh mengikuti resipi sandwich telur hancur yang akan saya kongsikan.

sebenarnya, hari ini saya tengah malas nak masak apa sebab semalam mesti bekerja hingga malam dan ketika pagi tiba saya masih malas untuk pergi kata dapur. bagi anda yang mempunyai masa lebih memang tiada masalah untuk berkreativiti di dapur.

tetapi, bagi sebahagian orang untuk terus berada di dapur memiliki masalah sendiri betul tak? tetapi walaupun demikian kita sebagai isteri adalah suri rumah jadi mesti menyiapkan apa-apa sahaja untuk keluarga.

oke kembali ke resepi, resepi sandwich telur adalah yang paling mudah untuk disediakan diwaktu sarapan pagi atau minuman petang. boleh juga untuk disediakan untuk bekalan sarapan anak-anak ke sekolah. mudah sangat sandwich telur ini budak-budak pun boleh buat.
Resepi Sandwich Telur Hancur

Resepi Sandwich Telur Hancur


banyak juga yang sudah share resepi ini cuma mungkin cara menyediakanya yang sedikit berbeza. tapi tak ape lah saya simpan di blog ini untuk rujukan anak-anak dimasa depan. sebab walaupun resepi ini mudah bila tidak tahu cara membuatnya sama sahaja kan.

untuk membuatnya hanya dibutuhkan masa lebih kurang 10 menit sahaja dan bahan-bahan pun tak susah didapati. bahkan, sesiapa sahaja pun boleh dan pasti senang buat. anda boleh berkreativiti dengan bahan yang anda guna seperti sosej atau ayam rebus yang dipotong kecik-kecik.

Jom Kita layan resepi sandwich telur hancur dibawah.

Bahan-Bahan

  • sebuku roti tawar/ sandwich
  • 3 biji telur rebus
  • 25 gm mayonise
  • butter/ mentega
  • serbuk lada sulah
  • sedikit garam
  • timun
  • tomato
Cara Membuat Sandwich Telur

1. timun buang biji kemudian potong tomato dan timun menjadi dadu dan ketepikan

2. masukan telur rebus tadi kedalam mangkuk tetapi sudah di kupas sebelumnya dan hancurkan telur.

3. masukan tomato, garam, timun, mayonaise dan serbuk lada sulah ke dalam telur yang sudah dihancurkan tadi. kemudian kacau rata hingga tercampur

4. sapukan butter diatas roti dan letakan campuran telur hancur yang sudah dicampur tadi ke atas roti

5. sapukan butter pada sekeping roti lainya dan lapiskan pada kepingan roti tadi

6. akhir sekali, potong kepingan roti sesuai selera kemudian hindangkan.
Resepi Sandwich Telur

Akhir Kata.....

bagaimana resepi sandwich telur hancur yang saya kongsikan ini mudah sahaja kan? sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

2 ulasan

Click to comment