Type something and hit enter

author photo
By On
Resepi Nasi Ayam Hainan - hello salam sejahtera semua pembaca terima kasih sudah sudi melawat ke blogopsi, hari ini saya bingung sebab saya tidak ada selera untuk makan. mungkin kerana saya sedang hamil jadi malas sangat untuk pergi ke pasar.

selepas saya duduk-duduk akhirnya munculah idea untuk membuat nasi ayam hainan. sebenarnya sudah lama saya ingin memasak nasi ayam hainan. namun kerana saya sibuk jadi sampai sekarang dapat terlaksana.

konon makanan ini berasal dari cina dan dikaitkan dengan masakan malaysia dan singapura. di beri nama hainan sebab dahulu masakan ini berasal dari suku hainan dalam kawasan Nanyang. saya sendiri sangat menggemari nasi ayam hainan dan hampir tiap bulan kerap membuat nasi ini.

sebenarnya resepi ini dah lama tersimpan dalam note book milik saya, saya dapat dari blog masakan dari singapura. bagi nasi ayam hainan sedikit berbeza dengan ayam bagi nasi ayam biasa yang ayamnya digoreng atau dibakar terlebih dahulu.

Resepi Nasi Ayam Hainan

apabila anda tengok sekejap ayam ni memangmacam belum masaktapi apabila anda dah cuba rasanya pasti teringin lagi dan cuba lagi. kali pertama saya cuba adalah semasa melawat ke rumah kawan saya dan ibonda kawan saya ternyata membuat makanan ini. dalam hati saya fikir makanan ini tak enak tapi selepas saya cuba.. emmhhh langsung menepati selera saya..

untuk membuat masakan ni jugak sangat sangat mudah dan simple sahaja kerana masakan ini hanya direbus dan dilumuri dengan minyak bijan sahaja. masakan ini sangat populer dikalangan orang china. pasti anda ingin cuba kan? jom kita layan gambar-gambar dan resepi nasi ayam hainan dibawah..

Resepi Nasi Ayam Kukus Hainan 


Bahan-Bahan
  •  1 ekor ayam
  •  koser salt
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 4 inci halia muda (saiz 1/4 setiap satu)
  • 2 batang daun bawang (saiz 1 inci setiap satu)
 Bahan untuk Sos Cili
  • 4 cili merah dan sedikit cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu besar "sriracha chili sauce"
  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 1 inci halia
  • sedikit garam
Bahan untuk Sos Ayam
  • 5 sudu besar Light Soya Sauce
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 1 sudu besar minyak garlic

Bahan untuk Nasi
  • 2 cawan beras basuh dan rendam selama 10 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp Vegetable Oil
  • 1 inci halia muda - cincang
  • 1 sudu kecil kosher salt
  • 1/2 sudu kecil sesame oil
untuk Hiasan
  • 1 timun
  • 1/4 cawan dark soy sauce
  • sedikit daun ketumbar
Cara Membuat Nasi Ayam Hainan

#1: pertama, untuk menghilangkan sebarang kotoran bersihkan ayam dengan cara menggosok kulit ayam dengan garam luar dan dalam. kemudian bilas
cara membersihkan ayam

#2: lumurkan ayam dengan garam liar dan dalam, masukan batang daun bawang dan halia ke dalam ayam. siapkan periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci. kemudian masukan ayam kedalam periuk tadi dan tenggelamkan. panaskan dengan api besar sampai ayam masak.
masukan halia dan daun bawang

#3: selepas masak, keluarkan ayam dan rendam didalam air ais yang berguna untuk menghentikan proses ayam terus masak dan menyejukanya. kemudian buang daun bawang dan halia didalam perut ayam. selepas itu simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

#4: untuk memasak nasi : Tos beras yang direndam. panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam. selepas itu, masukan halia dan bawang putih sehingga wangi. masukan beras kedalam minyak tadi dan goreng sekejap dalam 2 minit.
memasak nasi

masukan garam, minyak sesame, dan masukan air rebusan ayam danmasaklah dalam periuk elektrik. bila anda ingin lebih sedap boleh masukan daun pandan.

#5: sementara menunggu nasi masak, keluarkan ayam dari air ais kemudian potong ayam menjadi beberapa bahagian. lumurkan ayam dengan minyak sesame luar dan dalam. tuang sos ayam di atas ke atas ayam  yang dipotong sebelum dihidang.
tuang sos ikan diatas ayam

#6: untuk membuat sup : panaskan sup dan masukan garam, dan daun bawang sebagai hiasan. bila anda ingin lebih sedap boleh menambahkan bawang goreng
sos cili dan dark soy sauce

#7: untuk membuat sos cili : kisar bahan tadi sampai halus
Note: sekarang yang terakhir hidangkan ayam dengan dark soy sauce, sos cili, sup dan hirisan timun. kemudian letakan daun ketumbar diatas nasi dan ayam.
bagaimana resipi nasi ayam kukus hainan yang anda baca ini mudah kan? bila artikel ini bermanfaat anda boleh share melalui sosial media dibawah atau apabila anda berkenan boleh share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Sumber imej : http://aziejaya.blogspot.co.id/2012/01/nasi-ayam-hainan.html

Click to comment