Cara Mudah Membuat Pancake Durian yang Sedap

Resepi Pancake Durian - Apa yang ada dalam fikiran anda apabila terdengar kata durian? yee benar, durian adalah salah satu antara buah yang menjadi kegemaran ramai orang dan sangat popular di wilayah Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia.

apabila durian sudah masak boleh dimakan langsung tanpa perlu diproses terlebih dahulu. tapi, hari ini saya nak kongsikan resepi pancake durian. pasti anda tahu pancake kan? pancake durian adalah kek dari hancuran dari isi durian yang ditutupi dengan kulit pancake.

resepi ini sangat popular di Indonesia kerana banyak blogger blogger resepi yang berkongsi resepi ini. sebenarnya ada pelbagai macam pancake yang mencapurnya dengan pelbagai macam bahan, seperti madu, chesee, cokolat, dan strawberry.
Resepi Pancake Durian

Resepi Pancake Durian Mudah dan Sedap


saya pernah mencuba semua dan rasanya memang sedap sangat sesuai untuk hidangan minum petang atau bekal sekolah  dan resepi pancake selain daripada durian akan saya kongsikan resepinya di masa hadapan. hari ini saya cuti keje.. so, saya ingin memanfaatkan masa ini untuk berkongsi resepi kepada pembaca setia blogopsi.com..

saya teringat kali pertama saya cuba adalah semasa saya masih berada di Indonesia beberapa tahun lepas. kuih ini dibawakan oleh sahabat saya Rita, masa itu rita gemar membuat kuih dan kerap memberikanya kepda saya. hmmm, saya jadi merindukan Rita kerana sudah 4 tahun lepas kami tak pernah saling berjumpa.

dari situ saya menyalin resepi dari rita dan mencuba membuatnya sendiri. pasti anda ingin cuba juga kan.. jom kita layan resepinya dibawah..


Bahan-Bahan

  • 125g tepung gandum
  • 2 biji telur - pukul rata
  • 275 ml susu cair/ santan
  • 1/2 st garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit mentega

Bahan inti atau isi

  • 150 g whipping cream  
  • 300 ml air ais 
  • 40 g susu kental manis
  • 15 ulas isi durian

# campurkan whipping cream, air ais, dan susu kental kemudian kacau rata

Cara Membuat Pancake Durian


#1. campurkan telur, tepung gandum, garam, dan susu cair kemudian adunkan hingga rata (boleh guna mesin pengadun atau whisker) hingga rata dan nampak mengkilat. masukkan sedikit pewarna hijau dan adun lagi hingga rata.
Resepi Membuat Pancake Durian yang Sedap

Resepi Membuat Pancake Durian

#2. panaskan kuali dan usapkan sedikit mentega supaya nanti tidak melekit. kemudian tuangkan 1 senduk adunan tadi kedalam kuali dan bentuk menjadi bulatan yang tipis. masak beberapa minit sahaja atau hingga masak. ulangi proses hingga adunan habis
Resepi Membuat Pancake Durian
Resepi Membuat Pancake Durian


Cara Melipat Pancake Durian


#1. ambil 1 lembaran adunan yang sudah di masak tadi letakkan sesudu whipping cream yang sudah dicampur dengan air ais dan susu kental tadi bersama isi durian diatasnya. lepas tu lipat hingga membentuk seperti bantal atau macam sampul surat.
Resepi Membuat Pancake Durian


#2. masukkan semua pancake kedalam bekas kedap udara dan simpan kedalam freezer selama 1-2 jam dan pancake durian siap untuk dihidangkan.
Resepi Membuat Pancake Durian

Tips Membuat Pancake


  1. untuk isi anda boleh gunakan bahan lain macam cheese, strawberry, pisang, coklat, atau madu.
  2. ketika anda membuat kulit pancake gunakan api kecil sahaja.
  3. supaya pancake tidak keras semasa membuat adunan jangan terlalu kerap di kacau.
  4. semakin tipis anda membuat kulit pancake maka semakin baik.
  5. cara melipat pancake yang betul adalah : mula dari bahagian hujung bawah ke tengah kemudian lipatkan bahagian hujung atas ke tengah dengan sedikit ditekan. kemudian hujung bahagian kanan dilipat ketengah, terakhir hujung bahagian kiri ketengah.
Resepi Membuat Pancake Durian

itulah resepi pancake durian yang saya kongsikan saya harap boleh memberikan manfaat untuk anda dan apabila bermanfaat sila share atau koment, sampai jumpa di resepi sedap seterusnya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Cara Mudah Membuat Pancake Durian yang Sedap"

Posting Komentar