101 Resepi Kuih Nona Manis Paling Sedap

Salam sejahtera semua, hari ini saya nak kongsikan resepi kuih yang sangat popular dan menjadi kegemaran ramai iaitu resepi kuih nona manis. saya tengok banyak juga kawan kawan blogger yang sudah berkongsi resepi ini.

tapi, resepi yang saya share ni berbeza sikit. hampir saya terlupa, saya minta maaf kepada semua pembaca blogopsi.com kerana sudah 4 bulan lepas blog ini tak pernah ada update entry. bukan kerana saya malas atau takde resepi.
Resepi Kuih Nona Manis Paling Sedap

tapi, memang selama 4 bulan tersebut saya tak punya masa untuk menulis entry di blog ni dan mula hari ini saya akan berkongsi macam awal saya buat blog ni. kembali ke resepi, resepi ini saya ambil dari pelbagai rujukkan dan ada yang sudah saya ubah sesuaikan mengikut selera saya.

Cara Membuat Kuih Nona Manis Pandan


kuih nona manis ni memang sedap macam mane tak sedap sebiji kelapa di hentamnya. rasanya yang manis dan lemak masin memang sangat serasi di lidah. pasti anda tak sabar ingin segera cuba. jom kita layan resepinya dibawah..

Sumber : Norazlitaaziz

Bahan A

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan KARA (campur dengan air sikit jadikan 1 cawan)
# pukul telur hingga kembang kemudian dalam bekas lain satukan santan, gula, dan tepung gandum. 
# lepas itu, kaca hingga rata dan masukkan kedalam telur yang sudah dipukul rata tadi, ketepikan.

Bahan B
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan KARA
  • 1/2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan dan 1/2 cawan air kemudian tapis)
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau
# satukan semua bahan tadi kedalam bekas kemudian kacau hingga rata dan tidak berbintil bintil. lepas tu masak dalam api sederhana hingga berkilat dan sedikit pekat.

# satukan bahan A dana bahan B kemudian kacau hingga rata hingga adunan licin dan pekat. lepas tu ketepikan sekejap.

Bahan C
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat ( 1 kotak santan KARA campur dengan sedikit air supaya menjadi 1 cawan)
  • 1/2 sudu teh garam
# satukan semua bahan C dan masak atas api sederhana dan sentiasa kacau selalu hingga dianya pekat.

# matikan api dan biarkan sekejap hingga dianya suam dan masukkan kedalam piping bag atau plastik yang bahagian ujungnya dilubangi.

Cara Menyediakan Kuih Nona Manis

#1. mula panaskan kukusan hingga air mendidih dan supaya air tidak menitik pada kuih balut tutup kukusan dengan kain. 

#2. siapkan acuan lompang kecil dan usapkan minyak jagung pada acuan lompang tadi. kemudian tuangkan adunan hijau (campuran bahan A dan B) kedalam acuan lompang hingga 3/4.
Resepi Kuih Nona Manis Paling Sedap

#3. paipkan adunan putih ketas adunan hijau hingga adunan penuh pada acuan lompang. lepas itu, kukus selama lebih kurang 10 minit atau hingga masak.

#4 apabila sudah masak angkat dan biarkan dianya sejuk dan siap dihidangkan.
Resepi Kuih Nona Manis Paling Sedap

Resepi Kuih Nona Manis Coklat


Pada bahagian atas tadi kita sudah cuba membuat kuih nona manis pandan. tapi, apakah anda tahu ternyata ada versi lain dari kuih nona manis iaitu dianya menggunakan coklat. macam manakah rasanya? 
Resepi Kuih Nona Manis Coklat

sebenarnya, cara menyediakanya sama sahaja. tapi kuih ini hanya ditambahkan dengan serbuk koko/chocolate. pasti anda ingin tahu juga bagaimana cara membuatnya jom kita layan resepinya dibawah.

Bahan A
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan KARA (campur dengan air sikit jadikan 1 cawan)
# pukul telur hingga kembang kemudian satukan bersama gula, santan, dantepung gandum. lepas itu blend hingga rata dan ketepikan.

Bahan B
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan serbuk choco
  • secubit garam
# satukan semua bahan dan kacau hingga rata kemudian masak atas api perlahan hingga dianya pekat dan tunggua hingga suam.

# masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau hingga rata hingga adunan pekat dan licin kemudian ketepikan.

Bahan C
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit gula
  • sedikit garam
# campur semua bahan dan kacau hingga rata, kemudian masakatas api sederhana hingga agak likat dan menggelegak. tutup api dan masukkan dalam piping bag. 

Cara Menyediakanya

#1. mula panaskan kukusan hingga air mendidih dan supaya air tidak menitik pada kuih balut tutup kukusan dengan kain. 

#2. siapkan acuan lompang kecil dan usapkan minyak jagung pada acuan lompang tadi. kemudian tuangkan adunan coklat (campuran bahan A dan B) kedalam acuan lompang hingga 3/4.

#3. paipkan adunan putih ditengah tengah adunan coklat hingga memenuhi acuan lompang. kukus selama lebih kurang 10 minit atau hingga masak.

#4. angkat dan siap dihidangkan.

itulah resepi kuih nona manis yang saya kongsikan dan saya harap resepi ini boleh memberikan manfaat. sila share dengan klik tombol social media dibawah dan sampa jumpa di resepi sedap seterusnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "101 Resepi Kuih Nona Manis Paling Sedap"

Posting Komentar