Resepi Kentang Goreng Senyum (SMILEY ICON) Mudah

Hello pembaca blogopsi semua hari ini saya nak berkongsi resepi kentang goreng senyum yang sangat menarik untuk anak-anak dan sangat sesuai untuk bekal anak sekolah. resepi ini berawal dari anak saya yang tidak terlalu menggemari kentang.

kerana apabila saya letakkan kentang pada bekal anak saya pasti lah tak habis. dia hanya makan masakan lain macam ayam dan soseis. saya sempat bimbang dengan pemakanan anak saya kerana dia masih dalam fasa pertumbuhan dan membutuhkan banyak pemakanan yang seimbang.
Resepi Kentang Goreng Senyum

Resepi Kentang Goreng Senyum


saya cuba mencari resepi yang berasaskan kentang dan sangat menarik untuk anak-anak. nasib baik akhirnya saya menemukan resepi kentang goreng senyum smiley ni di salah satu antara group resepi yang saya ikuti.

bahkan kali pertama saya cuba ikut suka dengan kentang goreng ni kerana bentuknya macam orang senyum dan rasanya yang rangup membuat saya ingin makan lagi dan lagi. resepi ini sangat mudah dan semua orang pasti boleh buat.

sebenarnya ada yang dibeli siap tapi dianya guna pengawet dan jugak disalut dengan lelemak jadi kurang sihat apabila kita makan. memang makanan terbaik adalah masakan dari homemade kerana kita memilih bahan yang kita gunakan sehingga kesihatan dijamin.

jom kita layan resepinya dibawah walaupun saya tak tahu nama apa nama kentang senyum ni sebenar..

Bahan-Bahan

  • 4 biji kentang saiz besar - rebus dan tumbuk halus
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • sedikit lada
  • 1 cawan serbuk roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar butter

Cara Membuat Kentang Goreng Senyum


#1. kentang yang sudah di rebus dan ditumbuk halus tadi masukkan dalam sebuah bekas besar kemudian masukkan tepung jagung, tepung gandum, gula, garam, serbuk roti, dan butter ke dalam bekas berisi kentang.
Resepi Kentang Goreng Senyum

#2. lepas itu gaul semua bahan tadi hingga menjadi doh dan sebati, cenaikan adunan hingga pipih guna kayu pengelek kemudian tekap dengan acuan bulat (boleh guna gelas).
Resepi Kentang Goreng Senyum

#3. untuk membuat mata anda boleh guna straw dan untuk smiley boleh guna hujung senduk dan ulangi proses hingga semua adunan habis.
Resepi Kentang Goreng Senyum

#4. panaskan minyak dan goreng kentang hingga masak atau kuning keemasan dan apabila dah masak angkat biarkan sejuk sekejap dan siap dihidangkan.
Resepi Kentang Goreng Senyum

selepas saya membuat resepi kreativiti dengan kentang ni anak saya selalu memakan habis semua bekal yang dia bawa ke sekolah. dan saya tak perlu risau dengan pemakanan anak saya lagi. ok, bagaimana menurut anda resepi yang saya kongsikan ini.

apabila bermanfaat sila share dan koment, okay last, sampai jumpa di resepi sedap dan simple seterusnya...

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kentang Goreng Senyum (SMILEY ICON) Mudah "

Posting Komentar