Resepi Apam Kampung Gula Merah Sukatan Cawan

Salam sejahtera untuk semua pembaca blogopsi dan terima kasih kerana dah sudi melawat ke blog saya yang sederhana ni. hari ini saya nak berkongsi resepi apam kampung gula meraah yang sangat gebu.  apam kampung adalah salah satu antara hidangan yang popular di malaysia dan saya sendiri kerap menghidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

bila sebut apam ni teringat masa kecik kecik dulu kerana ibonda kerap membuat apam ni dan kalau buat tu mesti dapat 1 loyang besar. kami sekeluarga memang gemar makan apam yang ibonda kami buat dan gara gara apam yang ibonda buat sampai sekarang saya masih suka apa apa jenis apam.
Resepi Apam Kampung

Resepi Apam Kampung Gebu


apam adalah kuih yang memang sudah ada dari zaman dulu dulu tok nenek kita dan sangat mudah disediakan. untuk menyediakanyqa juga sangat mudah kerana tak ada sukatan yang tepatpun kalau orang dulu dulu buat kuih dan sangat berbeza dengan makanan modern yang sudah ada sukatan cawan sendiri sendiri.

tapi walau tanpa sukatan yang tepat pun kuih buatan orang dulu dulu menjadi aje mungkin itu adalah berkat kerana memasak dengan kasih sayang. apam ni memiliki tekstur kenyal dan bersarang apabila saya ingat ingat macam kek sarang semut.

bahan-bahan untuk buat apam kampung ni senang je didapati macam tepung gandum dan kalau anda ingin mendapati dengan warna yang cantik boleh letakkan warna merah, kuning, atau hijau. apabila anda adalah peminat apam boleh cuba resepi ini jom kita intai bahan-bahan dan cara menyediakanya.

Bahan-Bahan A

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan (masak dengan air kemudian tapis)
# campurkan air, gula merah, dan gula pasir kemudian masak hingga larut lepas itu tapis dan sejukkan.

Bahan-Bahan B
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 11 gm yeast mauripan
  • 1/2 cawan air suam
# pada bekas lain satukan semua bahan B kemudian kacau rata selama 4 minit atau hingga berbuih, biarkan sekejap.

Bahan Bahan C
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam

Cara Membuat Apam Kampung

Resepi Apam Kampung Gula Merah

#1. siapkan bekas yang besar kemudian masukkan semua bahan C kedalam bekas dan masukkan air gula (bahan A) lepas itu kacau hingga sebati menggunakan whisk.

#2. apabila sudah sebati masukkan bahan B dan gaul hingga sebati kemudian perap selama lebih kurang 1 jam.

#3. siapkan loyang bersaiz 11 inchi yang sudah disapukan minyak dan tuang adunan ke dalam loyang, supaya air kukusan tidak menitis pada apam tutup loyang dengan kertas alumunium.
Resepi Apam Kampung Gula Merah

#4. kukus adunan dengan api besar selama 35 - 45 minit atau hingga masak. akhir sekali, angkat dan biarkan sejuk sekejap dan potong mengikut selera. siap dihidangkan.

Nota :
1. supaya lebih sedap sediakan apam kampung bersama kelapa parut yang sudah digaul dengan secubit garam.
2. semasa memotong kuih biarkan apam benar-benar sejuk dan sapukan sedikit minyak pada mata pisau supaya kuih tak kelihatan mampat.

Resepi Apam Kampung Gula Merah

jadi, itulah resepi apam kampung gula merah yang saya kongsikan hari ini dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya..

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Apam Kampung Gula Merah Sukatan Cawan"

Posting Komentar