Resepi Mee Celup Kelantan Sangat Sedap dan Ringkas

Salam sejahtera semua hari ini saya nak berkongsi resipi mee celup kelantan yang sangat sedap, apabila kita bercakap pasal mee memang tak ade habisnya kan... mee adalah makanan pengganti nasi yang sangat popular di seluruh dunia.

saya fikir tak ada seorang yang tak tahu apa itu mee.. saya sendiri dan keluarga adalah penggemar mee kerana apabila saya jemu makan nasi pasti saya cuba membuat mee atau membeli kat kedai. sebenarnya dah banyak juga saya berkongsi resepi mee di blog ni apabila anda ingin cuba boleh tengok link di bawah..
entry hari ini saya hanya nak berkongsi mee celup, anda pernah makan mee celup tak? kalau orang kelantan pasti tahukan.. mee ini sangat popular di kelantan dan mungkin bila anda dah cuba pasti langsung suka.
Resepi Mee Celup Kelantan

Resepi Mee Celup 


untuk menyediakan mee celup ni cukup simple dan mudah sahaja janji semua bahan tersedia di depan mata.. saya teringkat kali pertama merasa memang sangat sedap rupanya mee celup ni. mulanya saya fikir rasanya tak jauh berbeza dengan bakso tapi ternyata ia lebih sedap dari bakso.

alhamdulillah suami dan anak-anak semuanya menyukainya hingga seperiuk mee celup yang saya sediakan habis.. hihihi.. resepi ini sangat sesuai apabila anda tak memiliki masa berlama-lama kat dapur kerana mudah dan ringkas sahaja.

jom kita semak resepi mee celup kelantan yang ada di bawah ini..
Resepi Mee Celup Kelantan

sumber : duniacikguwan.blogspot.com

Bahan-Bahan Kuah Sup
  • 3 ketul tulang yang ada dagingnya
  • 1 keping besar tapak tangan perut lembu
  • 4 ulas bawang merah - mayang
  • 4 ulas bawang putih - mayang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 peket fishball (boleh guna meetball/ chickenball)
  • 2 inci halia - mayang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 batang celery - potong besar
  • 1 pohon pokok ketumbar - ketuk akarnya
  • 1/2 batang lobak putih - potong besar
Perisa Sup
  • kicap masin secukupnya
  • sos ikan secukupnya
  • gula kabung secukupnya (gula somtam)
Cara Membuatnya

#1. panaskan minyak dalamperiuk besar kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah dan tumis hingga harum.

#2. selepas tu masukkan rempah kasar lawang, pelaga, cengkih, dan kulit kayu manis kemudian tumis lagi hingga naik bau. masukkan tulang dan tumis hingga airnya kering dan warna tulang sedikit brown.

#3. masukkan air 1 1/2 jug besar air kemudian masukkan semua bahan daripada perut lembu hingga lobak putih, masak hingga daging pada tulang menjadi lembut dan airnya menggelegak.

#4. selepas tu masukkan perisa (sos ikan, gula, dan kicap) kemudian kacau rata. apabila sudah sedap rasanya bolehlah tutup api dan sejukkan.

#5. tapiskan sup nya masuk dalam periuk lain kemudian keluarkan tulang, fishball, dan perut lembu. sebelum menghidang panaskan sup terlebih dahulu.

Bahan-Bahan Mee dan Hiasan
untuk bahan mee sebenarnya boleh guna sesuai selera, anda boleh guna mee, kuey tiew, mihun, atau guna 3 jenis mee boleh juga, tapi saya lebih suka guna mee kuning sahaja
  • mee kuning - basuh bersih dan toskan
  • asam limau nipis - potong
  • daun ketumbar - potong kasar
  • chili flakes secukupnya
  • kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • sos cili kicap ( sedikit cuka, 5 biji cili padi, sedikit kicap manis campurkan dan gunakan sebagai sos)
Cara Menghidangkan Mee Celup

#1. panaskan sup sebelum menghidang kemudian masukkan mee dalam mangkuk, selepas tu masukkan taugeh, fishball, dan daging.

#2. masukkan kuah sup kedalam mangkuk berisi mee tadi dan hiaskan dengan kacag tanah, daun ketumbar, asam limau nipis, dan cili flakes.

#3. akhir sekali, masukkan sos cili kicap supaya lebih lebih lebih sedap..
Resepi Mee Celup Kelantan

asli resepi mee celup kelantan ini sangat sedap.. tak percaya.. cubalah sendiri.. oke, apabila resepi ini bermanfaat sila koment atau share ya..

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Mee Celup Kelantan Sangat Sedap dan Ringkas"

Posting Komentar