Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap

Resepi Cheese Tart Buncit - Hari ini saya tengah bercuti dan hanya berehat sahaja di rumah, akhirnya saya sempatkan untuk melawat ke group masakan yang saya ikuti dan seperti biasa banyak kawan-kawan yang berkongsi resipi baru.

saya teringat dahulu ada resepi cheese tart yang sangat viral dan banyak kawan-kawan yang berkongsi resepi itu. apabila anda ikuti group masakan yang sama seperti saya pasti pernah baca resepi cheese tart buncit kerana ramai orang berkongsi resepi tersebut.

kerana hari ini saya ada banyak masa maka tak ada salahnya kan saya cuba juga, saya sangat suka dengan resipi ini kerana sangat sesuai dengan selera dan cheese tart ini jugak sangat sesuai apabila dihidangkan pada hari raya Aidil Fitri atau Aidil Adha.
Resepi Cheese Tart Buncit

Cheese Tart Buncit


asal resipi ini adalah perkongsian daripada Azalifah Zakiah, tapi kerana dah lama mungkin anda tak boleh jumpa lagi postnya. alhamdulillah resepi ini sempat salin dan post di group masakan yang saya ikuti. terima kasih untuk Azalifah Zakiah keran dah sudi berkongsi resepi yang sangat sedap dan digemari ramai ni.

tau tak kenapa dianya dinamakan buncit-buncit? mungkin kerana bahagian atas tart ini berbentuk buncit..hihihi.. tapi resepi ini memang sedikit berbeza dengan resepi yang pernah saya kongsikan kerana ada teknik rahsianya.

jom kita layan resepi cheese tart buncit yang sangat mudah dibawah ini...

Sumber : Azalifah Zakiah

Bahan Shell Tart
  • 250 gm tepung gandum
  • 125 gm margerin
  • 50 gm gula icing
  • 5 gm susu Nespray full cream
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 biji kuning telur - Gred A
  • 1/2 sudu besar air sejuk - ambil je dari peti ais
Cara-Cara

#1. pukul gula icing dan margerin hingga sebati kemudian tambahkan esen vanilla, tepung gandum, 1/2 biji kuning telur, susu full cream dan uli hingga dianya sebati guna senduk kayu.
Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap

#2. lepas tu tekan doh dalam acuan tart lebih kurang 4,5 cm dan buang lebihan doh itu pada tepi acuan kemudian cucuk bahagian tengah boleh guna garfu.
Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap

Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap

#3. ulangi proses tersebut hingga semua adunan habis, akhir sekali, bakar dalam oven (yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit awal) dengan suhu 170"C selama lebih kurang 25 minit. ingat jangan guna microwave sebab kalau guna microwave tart akan jadi batu.

Bahan Cheese
  • 500 gm cream cheese ( cheese dikeluarkan dalam peti ais 10 minit awal )
  • 100 gm gula icing
  • 30 gm butter
  • 20 gm non dairy whipping cream (optoonal)
  • 1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
  • sedikit esen vanilla
Cara-Cara

#1. siapkan bekas kemudian satukan gula icing, cheese, dan butter kemudian putar hingga dianya lembut lepas tu masukkan telur ( masukkan 1 sudu demi 1 sudu kerana anggaran 3 sudu besar sahaja) kemudian putar adunan sekejap.
Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap

#2. apabila adunan agak kental dan pekat boleh tambahkan sedikit whipping cream no dairy kemudian gaul dengan senduk. 
Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap

#3. lepas tu susun shell tart dan letakkan filling pada bahagian tengahnya ( filling letak ikut suka boleh guna kiwi, bluberry, atau nuttela )

#4. masukkan cream cheese dalam piping bag kemudian gunting hujungnya kemudian letak cheese pada shell tart tadi, apabila anda ingin lagi buncit boleh letak lagi tinggi dan penuh.
Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap
Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap

#5. akhir sekali, hias tart sesuai selera dan bakar tart dalam oven bersuhu 170" C selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak, apabila cheese tak melekat pada jari apabila disentuh tart sudah masak.

mudah sahaja kan resepi cheese tart buncit ini, apabila resepi ini bermanfaat sila koment dan share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Cheese Tart Buncit Paling Mudah dan Sedap"

Posting Komentar