Resepi Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh yang Mudah

Hello Pembaca semua hari ini saya nak kongsikan masakan yang ringkas-ringkas je iaitu resepi kerabu pucuk paku dan taugeh, saya memang menggemari masakan yang ringkas dan tak memakan banyak masa di dapur.

asal masakan yang saya buat kena dengan selera suami dan anak-anak itu sudah memadai. memang sebagai isteri/ ibu wajib memasak sendiri makanan yang kita nak makan sekeluarga, besar pahala bagi seorang ibu/isteri yang menyediakan masakan buat keluarga.

jadi tak boleh kerana kita sibuk bekerja sampai tak memasak untuk suami dan anak-anak. kembali ke resepi kerabu pucuk paku ini biasanya saya kerap membuatnya apabila buala puasa tiba dan tak sah rasanya kalau tak buat apabila bulan puasa.
Resepi Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh

Resepi Kerabu Pucuk Paku


dulu waktu saya masih anak-anak saya kerap membantu ibonda membuat kerabu ini dan emak tak pernah beli kerana kami kutip dari kebun sahaja. ayah saya memang suka berkebun banyak sayur yang beliau tanam. alhasil apabila kami ingin makan sayur tak perlu beli.

selain itu, kerabu pucuk paku adalah salah satu antara makanan sihat dan sangat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana tak mengandungi banyak kolesterol. jom apabila anda incin cuba sila semak resepinya dibawah..
Resepi Kerabu Pucuk Paku

Bahan-Bahan

  • 2 ikat pucuk paku
  • 2 cawan taugeh
  • 4 sudu besar udang kering - rendam sekejap
  • 1 biji limau kasturi - perah dan ambil jus nya
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 5 biji cili api
  • kerisik secukupnya
  • garam dan gula secukupnya
Cara Membuat Kerabu Pucuk Paku

#1. bersihkan dan cuci pucuk paku kemudian potong. bersihkan dan cuci taugeh dan rebus pucuk paku dan taugeh hingga lembut tapi jangan terlalu lama sebab boleh hancur.

#2. sementara itu tumbuk udang kering dan cili api sampai lumat 

#3. akhir sekali, masukkan semua bahan kedalam bekas yang sesuai dan gaul hingga rata. tuangkan jus limau kasturi dan gaul sekejap. siap dihidangkan..

saya ada sedikit petua buat anda amalkan bismillah dan selawat setiap kali kita nak mula dan semasa memasak supaya makanan yang kita masak dan makan sekeluarga boleh menjadikan diri kita sihat seterusnya.
Resepi Kerabu Pucuk Paku

sampai jumpa lagi di blogopsi.comdan apabila resepi kerabu pucuk paku ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh yang Mudah"

Posting Komentar