Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple dan Sedap

Salam sejahtera semua pengunjung blogopsi.com terima kasih sudah sudi melawat ke blog saya yang sederhana ini, hari ini saya ingin berkongsi resepi kerabu kaki ayam yang simple je. apabila saya ingat mungkin dah 1 bulan lepas sejak kali terakhir saya update entry di blog ini.

bukan kerana malas atau tak ada resepi yang nak share tapi saya tak sempat buka komputer riba, biasalah saya mesti memasak untuk keluarga, membersihkan rumah dan kemudian bekerja. tapi alhamdulillah hari ini saya ada kesempatan untuk berkongsi kepada pembaca semua.

sebelum mula ke resepi ayuh kita semua membaca Al-Fatihah sebagai pembuka tirai dihari ini buat ayah dan bonda tercinta, semuga allah mengampunkan dosa-dosa kita dan dosa ibu bapa kita. sebab semua orang pasti lah sayang emak bapa mereka kan.. bahkan saya selalu minta anak-anak bacakan Al Fatihah untuk saya dan suami sebelum tidur dan pagi hari.
Resepi Kerabu Kaki Ayam

Resepi Kerabu Kaki Ayam


hari ini saya tak mahu cerita panjang-panjang hanya ingin kongsikan resepi yang mudah di siapkan dan sedap iaitu resepi kerabu kaki ayam. sebelumnya saya dah berkongsi resepi kerabu lainya yang boleh anda semak dibawah ini..

kerabu kaki ayam sangat popular di masyarakat malaysia, biasanya masakan ini dihidangkan sebagai menu berbuka puasa. yang paling saya suka adalah untuk menyediakan kerabu kaki ayam tak perlu banyak masa dan lagi mudah.
Resepi Kerabu Kaki Ayam

apabila anda adalah orang sibuk dan tak boleh meluangkan banyak masa di dapur boleh cuba resepi ini, jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 10 ketul kaki ayam - potong, buang tulang dan bersihkan kemudian rebus
  • 8 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 - 2 biji tomato - hiris atau potong kiub
  • 1 batang serai - hiris nipis
  • 3 sudu besar sos ikan nampla
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 sudu besar gula
  • 1 pokok daun bawang - hiris halus
  • 1 pokok daun sup - hiris halus
  • bahan tambahan (soon dan secubit garam )
Cara Membuat Kerabu Kaki Ayam

#1. rebus kaki ayam hingga bener-benar empuk dan apbila sudah empuk angkat dan masukka kedalam tapis kemudian siram dengan air panas, lepas tu ketepikan..

#2. masukkan bahan-bahan hiris tadi kedalam bekas kemudian campurkan kaki ayam yang sudah direbus dan gaul rata. 

#3. masukkan tomato hiris, jus limau nipis, dan sos ikan kemudian kacau hingga rata. siap dihidangkan segera..
Resepi Kerabu Kaki Ayam

macam mana mudah sahaja kan resepi kerabu kaki ayam ini dan apabila bermanfaat sila hsare melalui media sosial dibawah, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kerabu Kaki Ayam Simple dan Sedap"

Posting Komentar