Resepi Mee Bandung Sangat Sedap dan Simple

Saya adalah salah satu orang yang menggemari mee, banyak resepi yang sudah saya cuba dan memang apabila dimasak dengan bahan-bahan yang tepat rasanya boleh lebih menyelerakan selera. hari ini saya juga nak berkongsi resepi mee bandung yang sangat sedap dan simple aje.

semua masyarakat Malaysia pasti lah tahu mee kerana mee adalah makanan utama selain nasi. walaupun saya sangat menggemari mee tapi saya tak makan setiap hari kerana saya pernah dengar mee megandungi beberapa bahan pengawet yang tak baik apabila di konsumsi dalam masa yang lama.

apabila kita berbicara mengenai mee, ada salah satu antara makanan yang berasaskan mee yang cukup popular di masyarakat malaysia iaitu mee bandung. saya sendiri sudah beberapa kali makan mee bandung di kantin dan baru hari ini saya cuba buat sendiri di rumah. anda boleh cuba resepi mee lainya dibawah ini..

Resepi Mee Bandung

Resepi Mee Bandung

sebenarnya cara memasak mee bandung ini hampir sama sahaja dengan dengan mee hailam, cuma me hailam dianya guna tepung jagung untuk memekatkan kuahnya juga ditambah dengan sos dan kicap sehingga warnanya menjadi lebih gelap.

saya sangat suka mee bandung ini kerana hidanganya sangat mewah dianya dihidangkan bersama udang kering dan daging atau ayam. inilah resepi rahsia yang saya gunakan untuk menyediakan mee bandun.

resepi ini saya guna ayam.. kalau korang nak letak sotong ke daging ke terpulang koranglah ye, jom kita layan resepinya..

sumber : thevocket.com

Bahan-Bahan
  • 1 bungkus mee kuning
  • 2 biji telur rebus
  • 5 ekor udang basah - asingkan kulit kepala tapi jangan dibuang
  • 2 potong ayam - potong kecik-kecik
  • 3 biji kentang - potong dadu
  • 5 cawan air
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 5 biji kacang tumbuk (beli di kedai runcit atau pasaraya)
  • sayur-sayuran
  • gula dan garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara Membuat Mee Bandung

#1. panaskan sedikit minyak pada kuali kemudian goreng kentang yang dipotong dadu tadi bersama kulit kepala udang. goreng hingga warna menjadi keemasan kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus hingga kentang empuk.
Resepi Mee Bandung

#2. apabila kentang sudah empuk angkat dan buang kulit udang dan biarkan hingga kentang sejuk. apabila sudah sejuk blend kentang bersama air rebusan tadi.

#3. tumis bahan kisar hingga harum dan pecah minyak kemudian masukkan udang dan ayam dan biarkan hingga ayam agak masak. kemudian masukkan 3 cawan air bersama sos cili dan sos tomato. kacau sekejap dan masukkan kentang yang sudah di blend tadi.
Resepi Mee Bandung

#4. masukkan kacang tumbuk kemudian kacau hingga sebati. kemudian perasakan dengan sedikit gula dan garam. 
Resepi Mee Bandung

#5. akhir sekali, biarkan hingga masak, angkat dan untuk cara meghidang masukan mee kedalam bekas yang sesuai kemudian curahkan kuah dan tambahkan telur rebus diatasnya sebelum dihidangkan.

mudah sahaja kan resepi mee bandung ni dan apabila bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Mee Bandung Sangat Sedap dan Simple"

Posting Komentar