Resepi Kerabu Telur Dadar Sangat Sedap dan Simple

Salam buat semua pengunjung blog saya yang tak seberapa ini yang menjadi penyimpanan koleksi resepi kegemaran sendiri dan juga sebagai rujukkan untuk ibu-ibu, kakak-kakak, dan adik-adik yang tengah mencari resepi. hari ini saya ingin berkongsi resepi kerabu telur dadar yang sangat mudah dan simple je.

memang kalau kita sebagai wanita mesti tak lari dari cakap tentang makanan, sibuk pasal diet, dan juga resepi. resepi yang saya kongsikan ini sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet kerana makanan ini tak banyak mengandungi kalori dan kolesterol jadi boleh lah apabila kita memasukkan makanan ini sebagai salah satu antara makanan sihat.

Resepi Kerabu Telur Dadar

Resepi Kerabu Telur Dadar


apabila saya fikir banyak sudah saya berkongsi di blog ini dan bulan hadapan blog ini sudah berumur 2 tahun dari kali pertama saya menulis resepi di blog ini. terima kasih, untuk semua pengunjung blogopsi.com kerana blog ini tetap eksis sampai sekarang kerana anda semua. saya harap blog ini akan terus eksis hingga masa hadapan.

berkongsi ilmu dan tips memasak yang ada disamping mengembangkan bakat saya dalam memasak dan juga blog ini amat membantu saya untuk mencapai resepi yang dikehendaki apabila diperlukan. kembali ke resepi, kerabu telur dadar yang sangat ringkas juga tidak menggunakan minyak tetapi digantikan dengan mentega.

Resepi Kerabu Telur Dadar

yang paling saya suka dari kerabu ini ialah disamping simple juga murah kosnya, jom kita layan resepinya dibawah ini..

Bahan-Bahan
  • 3 - 4 biji telur ayam *
  • 1 sudu teh lada putih Aji-Shio *
  • sedikit garam * {tanda * dicampur semua sekali dan dikocak-kocak}
  • 3 urat kacang panjang - potong pendek
  • 3 biji cili padi - potong nipis
  • 1 biji cili merah - cincang halus
  • 1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris sederhana tebal
  • 30 gm daun selum - hiris halus
  • sedikit butter - untuk menggoreng telur
 Cara Membuat Kerabu Telur Dadar

#1. panaskan kuali dan cairkan sedikit butter sekadar supaya telur tidak melekat pada kuali kemudian goreng dadar telur (campuran telur, sedikit garam, lada putih) tetapi jangan terlalu nipis ye..

#2. apabila telur sudah masak angkat dan hiris nipis-nipis kemudian campurkan dengan semua bahan yang tersisa tadi, gaul sekejap hingga semua rata.

#3. siap untuk dihidangkan..
Resepi Kerabu Telur Dadar

sebenarnya teras utama dari resipi ini adalah dengan menggunakan bahan yang masih segar dan sihat. jadi anda boleh berkreativiti dengan guna bahan lain seperti tomato, daun kesom atau bunga kantan. demikianlah resepi kerabu telur dadar yang saya kongsikan semoga bermanfaat dan sampai jumpa di entry seterusnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kerabu Telur Dadar Sangat Sedap dan Simple"

Posting Komentar