Resepi Kerabu Sotong Ala Thai yang Sangat Sedap

Resepi Kerabu Sotong - sapa suka kerabu? saya.. saya..hihihi saya dan suami memang penggemar kerabua dan kta kerap beli kat kedai. tapi apabila kat kedai harganya mahal dan sayang membazirkan duit. sebenarnya kita boleh buat sendiri dan memanglebih baik buat sendiri kan? sebab sagat mudah puas hati dan berjimat sekali.

apabila kita bercakap pasal kerabu memang memiliki pelbagai jenis, saya sendiri sudah berkongsi pelbagai macam resipi kerabu dan apabila anda ingin cuba boleh semak dibawah ini :

saya dah cuba semua resepi diatas dan rasanya emmhhhh sangat menyelerakan selera, juga selepas berkahwin berat badan saya naik hingga 20 kg... kerana itu saya cuba berdiet dengan mengurangi makan yang digoreng dan lebih banyak makan fresh vegetables dan protein dan akhirnya, saya pilih kerabu sebagai menu utama.
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai


saya tengok kat cik google dah banyak yang kongsikan resepi kerabu sotong, tapi mungkin resepi yang saya kongsikan ini sedikit berbeza kerana saya buat dengan ala thai, jadi apabila anda ingin cuba resepi ini sila semak resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 500 gm sotong - potong dan cuci bersih
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 biji cili merah - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis - perah dan ambil airnya, kulit limau jangan dibuang
  • daun ketumbar - hiris kasar
  • 2-3 biji kacang panjang - potong suka hati
  • 2 biji tomato - hiris nipis
  • secubit gula dan garam - sebab sos ikan dah masin
Cara Membuat Kerabu Sotong

#1. celur sotong sekejap kemudian masukkan kedalam air berais supaya sotong segar dan apabila sotong sudah agak-agak gebu boleh angkat ( jangan telur terlalu lama suaya mengelakkan sotong liat)

#2. satukan semua bahan dalam bekas yang sesuai dan gaul hingga rata, perasakan dengan secubit gula dan garam, tapi ingat jangan bubuh garam berlebih sebab sos ikan dah masin. pandai-pandai seimbang rasa.

#3. gaul sekejap kemudian hidangkan.. 
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

alhamdulillah, saya menyediakan resepi kerabu sotong ala thai ini untuk suami dan beliau cakap sedap dan cukup rasa. apabila resipi ini bermanfaat sila share dan sampai jumpa lagi diresepi seterusnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kerabu Sotong Ala Thai yang Sangat Sedap"

Posting Komentar