Resepi Kerabu Mangga Mudah dan Sedap

Hello pembaca blogopsi semua, apa khabar sihat ke? dah lama ni saya tak berkongsi resepi saya sangat rindu dengan blog ini seperti rindu seorang kekasih yang lama tidak berjumpa hihihi... apabila kita bercakap pasal kesihatan tentulah tidak jauh dengan makanan kan dan hari ini saya nak berkongsi salah satu antara makanan sihat iaitu resepi kerabu mangga.

makanan ini mungkin sudah tidak asing lagi di telinga orang Malaysia kan? biasanya kerabu mangga dihidangkan sebagai makanan sampingan atau bagi mereka yang mencuba diet. makanan ini sangat sihat sebab ianya guna bahan-bahan yang segar seperti mangga muda, tomato, dan udang kering.
Resepi Kerabu Mangga


Resepi Kerabu Mangga


baru-baru ini saya membuat kerabu mangga sangat simple dan resepi ini saya dapat dari mak.. hehehe makanan ini adalah kegemaran kaum hawa kerana biasanya kaum hawa lebih peduli dengan kesihatan. 

saya sangat suka rasa kerabu mangga ni dianya da rasa manis, masam, rangup, dan pedas memang cukup rasa, yang mungkin itulah sebab kenapa kerabu mangga ini sangat popular. apabila anda nak cuba buat jom semak resepinya dibawah ini..

Bahan-Bahan
  • 2 biji mangga muda - hiris
  • 4 biji cili padi - hiris
  • 2 sudu besar udang kering goreng
  • 2 sudu besar kacang goreng
  • 1 kuntum bunga kantan - hiris
  • 1 biji bawang merah - hiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 biji tomato - hiris
  • 1 biji cili merah 
  • limau
Cara Membuat Kerabu Mangga

#1. gaul mangga bersama udang kering, bawang merah, bunga kantan, tomato, dan kacang. kemudian masukkan sos ikan dan gula selepas itu gaul hingga rata.

#2. akhir sekali, perah limau dan hias dengan cili merah, bunga kantan, dan kacang. hidangkan..emmmm sedap dan simple aje ni..
Resepi Kerabu Mangga

beberapa hari lepas saya juga sudah berkongsi resepi kerabu lain seperti resepi kerabu telur dadar. demikianlah resepi kerabu mangga yang saya kongsikan dan apabila bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kerabu Mangga Mudah dan Sedap"

Posting Komentar