Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap dan Simple

Resepi Kerabu Maggi - Alkisahnya, entah kenapa hari ini saya merasa bosan hanya duduk dan menonton televisyen di rumah, sama ada saya ingin bercuti ke tempat pelancongan? padahal 2 minggu lepas saya sudah bercuti bersama anak-anak dan suami tetapi kenapa saya merasa bosan dirumah?

Baca Juga :



akhirnya saya menghidupkan laptop untuk sekadar melihat dan membalas komen pada blog saya ini, juga saya ingin berkunjung ke group masakan yang saya ikuti di media sosial. ternyata sekarang tengah ramai sangat orang bercakap kerabu maggi ni.

sepertinya kerabu maggi tengah viral di media sosial, bagi aku sendiri aku dah lama tak makan kerabu maggi ni since beberapa tahun lepas. saya kali pertama makan kerabu maggi ketika pergi ke kelantan iaitu di RTC Tunjung, disitu ada satu gerai yang jual maggi ni dan harganya RM 2.00 isinya tak de lah banyak mana pun.
Resepi Kerabu Maggi Siam

Resepi Kerabu Maggi Siam

saya sendiri bukan penggemar maggi tapi makanan ni boleh juga disediakan pada hujung minggu nanti sebagai menu hidangan keluarga. tapi saya pernah baca majalah apabila anda tengah mengandung tak boleh terlalu kerap makan maggi kerana boleh merbahaya pada kandungan anda.
Resepi Kerabu Maggi Siam

akhirnya saya membuat keputusan kerana saya merasa bosan lebih baik saya cuba membuat maggi ni, siapa tahu anak-anak nanti suka dengan maggi ni. jom kita layan resepinya dibawah ini..

Bahan-Bahan

  • 3 plastik maggi siam
  • 5 biji cili padi - hiris
  • 2 biji cili merah - hiris
  • 2 peket rempah maggi (yang didalam bungkus maggi dan 1 lagi tak dipakai)
  • 1 biji buah tomato - hiris
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • 1 biji carot - hiris nipis
  • 2 serbuk perasa maggi (ada didalam peket maggi)
Bahan Lauknya (opsyenal)
  • udang secukupnya
  • 10 batang crabstick
  • sotong
Cara Membuat Kerabu Maggi

Resepi Kerabu Maggi Siam

#1. panaskan air dalam periuk untuk merebus maggi kemudian masukkan 1 serbuk perasa maggi kedalam air rebusan.

#2. rebus udang apabila sudah mengerokot angkat selanjutnya rebus crabstick tunggu hingga masak dan angkat, rebus sotong tunggu higga masak dan angkat. jadi cara rebusnya mesti sejenis-sejenis kerana kadar masak dia berbeza.

#3. selepas itu rebus mee segera dan apabila sudah lembut angkat dan masukkan kedalam bekas atau mangkuk besar (air rebusan janga dibuang). masukkan bahan lauk juga yang sudah direbus tadi. kemudian campurkan semua bahan tersebut dengan hirisan sayuran tadi.

#4. sementara itu masukkan 2 perasa maggi kedalam bekas berasingan kemudian tuangkan air rebusan maggi tadi (anggaran 8 sudu besar) kacau sekejap dan campurkan kedalam mangkuk berisi maggi dan sayuran tadi.

#5. akhir sekali, gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.
Resepi Kerabu Maggi Siam

demikianlah resepi kerabu maggi siam yang saya kongsikan dan apabila bermafaat sila sahre ye. sampai jumpa lagi di entry seterusnya.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap dan Simple"

Posting Komentar