Resepi Kuih Sagun Bakar Paling Sedap dan Mudah

Resepi Sagun Bakar - Salam sejahtera semua, hari ini sangat menyeronokkan, tahu kenapa? sebab saya dapat hadiah komputer riba baru dari suami. memang dah lama sebenarnya saya ingin menggantikan komputer riba yang saya punya ini

komputer riba saya dahulu tuh bateri sudah rosak jadi komputer saya tak boleh menyala lebih dari 30minit. apalagi butang shift dan beberapa nombor pada keyboard sudah hilang .. hihihi.. alhamdulilah suami bulan ini ada sedikit rezeki jadi lah beliau membelikan saya komputer riba.

oke, kembali ke resepi.. entry ini adalah berterusan dari entry mengenai kuih dan beberapa hari lepas saya sudah berkogsi resepi kuih seri muka pandan. hari ini saya ingin berkongsi resepi kuih sagon bakar.. rasanya sangat sedap apabila saya sekali makan mesti nak lagi..hehhe.. 

kuih ini adalah salah satu antara kegemaran saya dan suami pada masa kecik-kecik dahulu.. saya teringat dahulu kuih ni dibungkus dalam plastik kecil panjang seperti straw dan harganya 5 sen.
Resepi Kuih Sagun

Resepi Kuih Sagun


sebenarnya saya memang sudah lama sangat tak membuat kuih ini, alkisahnya semalam saya berbual dengan suami mengenai zaman kita masa kecik-kecik dahulu..beliau cakap ingin sekali kembali ke masa kecil di mana dia tak perlu payah bekerja dan kalau butuh duit minta je pada mak dia ... suami saya cakap dahulu dia kerap makan sagun sebab itulah jajan dia pada masa dahulu.. hahahaha ada-ada sahaja suami saya ini ..

memanglah, kini kita sudah dewasa jadi keperluan apapun mesti kita dipenuhi sendiri dengan cara bekerja. dari semua kuih yang pernah saya cuva buat kuih sagun ini adalah salah satu yang palingsaya suka sebab dianya tak perlu payah kumpul bahan banyak.
Acuan Kuih Sagun
Acuan yang saya Guna

apabila saya fikir mungkin anak-anak zaman sekarang sudah tak kenal apa itu sagun. jadi inilah waktu yang tepat buat anda cuba agar anak anda boleh tahu apa itu sagun. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 200 gm mentega - cairkan
  • 2 biji telur 
  • 350 gm kelapa parut
  • 150 ml santan pekat
  • secubit garam
Cara Membuatnya 

#1. mula goreng kelapa parut tadi tanpa minyak hingga perang kemudian ketepikan sekejap. kemudian satukan tepung beras dan tepung pulut dan goreng tanpa minyak hingga ringan dan ketepikan.

#2. pada bekas yang sesuai campurkan mentega, gula, dan garam kemudian kacau hinggga rata. selepas itu masukkan telur dan kau lagi hingga sebati.
Resepi Kuih Sagun Bakar

#3. masukkan kelapa parut dan tepung yang sudah digoreng tanpa minyak tadi kedalam campuran mentega dan kacau hingga rata. masukkan santan dan kacau lagi hingga rata.

#4. akhir sekali, siapkan acuan dan tuangkan semua adunan kuih tadi kedalam beberapa acuan. selepas tu bakar pada oven bersuhu 150"C selama lebih kurang 30 minit. angkat dan sejukkan kemudian keluarkan dari acuan.
Resepi Kuih Sagun

memang kuih ini biasanya dibuat dengan cara memasukkan bahan-bahan tadi kedalam pengisar kering kemudian kisar kasar dan siap. tetapi saya ingin cuba berkreativiti dengan cara dibakar..apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kuih Sagun Bakar Paling Sedap dan Mudah"

Posting Komentar