Resepi Gulai Darat Ayam Paling Sedap

Apa Khabar Ibonda semua, sihat ke? hari ini adalah hari yang amat special bagi saya kerana hari ini ibonda mertua dari Indonesia hendak melawat ke rumah, rancangannya saya ingin menyediakan ayam gulai darat sebagai menu petang nanti.

Gulai darat atau gulai kawah memang amat sinonim dengan Negeri Kelantan sebab rasanya tiada gulai ini dimana-mana daerah lain di Malaysia selain Kelantan, Negeri Kelantan memang sudah dikenali sebagai negeri yang banyak menghasilkan makanan yang sedap.

untuk membuat resepi gulai darat ayam sangat sangat mudah sebab apabila tiada rempah gulai darat anda boleh guna bahan yang ada di sekeliling kita. bahan asas di dalam gulai tu sendiri mudah didapati jadi tak perlu payah..hehehe
Resepi Gulai Darat Ayam

Resepi Gulai Darat Ayam


saya sudah tidak ingat bila saya mula menulis di blog ini tetapi selama saya kongsikan semua resepi saya belum pernah berkongsi resepi gulai dan alhamdulillah hari ini saya masih diberikan kesihatan sehingga boleh kongsikan resepi ayam gulai darat untuk anda.

semalam rasanya sangat puas hati betul bila dapat masak masakan kelantan ini sebab setelah sekian lama asyik gantung kuali dapat juga masak gulai darat. makanan ini sebenarnya adalah salah satu antara masakan kegemaran saya tetapi sudah lama tak makan.
Resepi Gulai Darat Ayam

masakan ni senang je semuanya dicampak dan digaul didalam periuk sebelum diletakkan diatas dapur sebab itu ianya dikenali sebagai gulai darat biasanya masakan ini kerap disediakan untuk juadah keluarga dan saya harap ibonda mertua suka dengan masakan yang saya hidangkan hari ini. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan 
  • 3 sudu besar keresek 
  • 2 sudu besar ketumbar - sangrai dan tumbuk halus
  • 3 cawan air -ikut nak pekat ker cair
  • 1 cawan santan pekat - ikut nak pekat ker cair
  • garam secukup rasa
  • 2 biji cili hijau - belah 2
  • 3 sudu besar rempah gulai darat
  • 1 keping asam keping - size paling kecil je
  • 1/4 keping nisan
Bahan Kisar Halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • 1/2 inchi lengkuas
Cara Membuat Ayam Gulai Darat

Resepi Gulai Darat Ayam

#1. mula masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong kedalam periuk selepas tu masukkan bahan kisar, ketumbar, keresek, nisan, asam keping, dan rempah gulai darat kemudian gaul hingga sebati.

#2. masukkan air secukupnya (bukan air yang 3 cawan itu) dan rebus hingga mendidih dan ayam menjadi empuk. apabila air rebusan berkurang tambahkan sedikit air dan tengok biar ianya pecah minyak. rebus kembali hingga mendidih.

#3. masukkan 3 cawan air bersama santan pekat tadi dan masak lagi hingga santan mendidih. masukkan cili hijau dan perasakan dengan garam secukup rasa. apabila sudah masak boleh lah diangkat.
Resepi Gulai Darat Ayam

mudah je kan resepi gulai darat ayam yang saya kongsikan ini dan apabila bermanfaat sila kongsikan kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Gulai Darat Ayam Paling Sedap"

Posting Komentar