Rahsia Resepi Goreng Pisang Rangup Dalam 5 Minit

Resepi Goreng Pisang Rangup - Apa yang ada di dalam fikiran anda apabila mendengar perkataan pisang? mungkin sebahagian orang akan berkata buah yang sangat enak dengan rasa manis dan lembut di mulut, rasanya semua orang pasti lahtahu apa itu pisang kan..

pisang boleh berkembang dengan baik di kawasan tropika seperti negara kita tercinta ini Malaysia. buah pisang juga salah satu antara makanan sihat yang sangat sesuai untuk mereka yang sedang diet kerana mengandungi banyak nutrisi. bahkan atlet sukan juga digalakkan untuk mengkonsumsi pisang kerana boleh memberikan tenaga extra.

Selepas satu minggu saya tak update entry blog ini alhamdulillah hari ini mood rajin ada sehingga boleh kongsikan resepi lagi. hari ini saya ingin berkongsi resepi goreng pisang rangup, seperti yang kita tahu goreng pisang adalah makanan yang cukup popular dan laris manis di Malaysia.
Resepi Goreng Pisang Rangup

Resepi Goreng Pisang Rangup

biasanya masyarakat Malaysia selalu menjadikan makanan bergoreng sebagai pilihan snek di waktu petang kan dan salah satu antaranya adalah goreng pisang. jika kita perhatikan saat ini mula ramai bermunculan kedai-kedai yang menjual cempedak, goreng pisang, keropok di tepi jalan. 

dari hal ini kita boleh memiliki pilihan untuk membeli yang kena selera. tetapi, pernah tak anda kecewa membeli pisang di kedai kerana tidak menepati cita rasa sendiri? saya sendiri pernah mengalami kes macam ini dan menjadikan saya tak mahu lagi membeli pisang di kedai-kedai tepi jalan. selain rasanya yang tidak menepati selera juga kita tak tahu apakah makanan tersebut di proses dengan cara yang sihat atau tidak.

alhasil, sebelum ini saya tak pandai hasilkan goreng pisang yang rangup saya mula belajar menyediakan goreng pisang yang rangup dan boleh menepati citarasa saya. alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyediakan goreng pisang seperti yang saya inginkan.
Resepi Goreng Pisang Rangup

biasanya saya menyediakan goreng pisang sebagai menu berbuka puasa atau sebagai minum petang, anak-anak sangat menggemari makanan ini. tetapi saya sendiri mengurangkan snek yang digoreng kerana mengandungi kolesterol yang cukup tinggi. oke lah apabila anda mahu tahu resepinya jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • Pisang - apa-apa jenis pisang
  • 5 sudu besar santan pekat
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - cairkan
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • air secukupnya
  • sedikit garam
 Cara Membuat Goreng Pisang Rangup

Resepi Goreng Pisang Rangup

#1. cairkan marjerin dalam periuk menggunakan api kecil, biasanya marjerin cair dalam sekejap sahaja jadi tak perlu tunggu lama. kemudian ketepikan dan sejukkan.

#2. campurkan tepung beras, tepung gandum, telur, baking powder, santan pekat, dan garam dalam bekas yang sesuai. kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul (boleh menggunakan tangan) hingga sebati dan pekat. ingat jangan sampai adunan terlalu cair dan apabila terlalu cair boleh tambahkan tepung beras dan tepung gandum.

#3. selepas itu tuangkan marjerin cair dan kacau hingga sebati. kemudian celupkan pisang sesuai selera anda (boleh guna pisang kepok atau yang lainya) dan akhir sekali goreng dengan minyak panas menggunakan api sederhana.

#4. apabila sudah berwarna keemasan tanda pisang sudah masak. angkat dan sedia untuk dihidangkan. 
Resepi Goreng Pisang Rangup

goreng pisang ini lebih sedap apabila dihidangkan panas-panas dan demikianlah resepi goreng pisang rangup yang saya kongsikan. saya harap resepi ini boleh bermanfaat untuk anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Rahsia Resepi Goreng Pisang Rangup Dalam 5 Minit"

Posting Komentar