Resepi Spaghetti Bolognese Paling Sedap

Assalamualikum salam sejahtera semua hari ini saya ingin berkongsi resepi spaghetti bologonese yang sangat sedap. semua orang tahu spaghetti adalah makanan dari Itali yang sudah sangat popular di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia.

teriknya cuaca hari ini saya harap tidak mengganggu puasa anda sebab apapun atas nikmat yang allah beri mudah-mudahan tidak membawa mudharat buat kita. rasanya sudah berminggu-minggu saya tak update blog ini kerana awal puasa saya masih sibuk bekerja dan seperti biasa menyediakan masakan untuk keluarga.
Resepi Spaghetti Bolognese

Resepi Spaghetti Bolognese


tetapi, hari ini saya sangat rindu dengan blog ini dan saya sempat terkejut melihat jumlah pengunjung blog ini yang sangat meningkat di bulan puasa. mungkin banyak orang yang cari resipi untuk menu sahur dan berbuka puasa.

kembali ke resepi, lama sudah saya tak masak spaghetti dan apabila saya ingat last makan spaghetti adalah pada bulan puasa tahun lepas itupun makan time saya melawat ke rumah rakan. saya adalah peminat spaghetti dan sepertinya anak-anak saya juga suka.

resepi yang saya kongsikan ini agak fleksibel sebab anda tak mesti harus ikuti cara satu persatu pun tetap menjadi. yang paling penting adalah bahan-bahan yang anda gunakan mesti ada tomato, italian herbs, sosej yang dipotong kecil atau boleh guna daging kisar.

rancangan saya membuat spaghetti bologonese ini adalah buat menu berbuka puasa, jadi apabila anda tak tahu resepi apa yang mesti anda sediakan untuk berbuka puasa nanti boleh ikut resepi ini, jom kita layan resepinya dibawah..

sumber : enyabdullah.com

Bahan-Bahan

  • 500 gm spaghetti - direbus al dente dan simpan air rebusan, ketepikan sekejap
  • 700 gm daging kisar atau boleh guna sosej
  • 6 ulas bawang putih - cincang
  • 6 biji tomato - 3 biji di potong dadu dan 3 biji di kisar
  • 2 sudu besar Mc Cormick Italian Herbs 
  • 3 sudu besar daun parsley di cincang
  • 1 bawang besar - potong dadu dan asingkan 2 sudu untuk tumis
  • 1 tin tomato puree
  • lada benggala hijau
  • 1/2 cawan parmesan cheese - di parut
  • 1/3 cawan minyak zaitun
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat Spaghetti Bolognese

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis 2 sudu bawang besar yang di potong dadu dan bawang putih cincang tadi. selepas itu masukkan daging kisar dan maska hingga daging garing sambil kacau sekali sekala.
Resepi Spaghetti Bolognese

2. kemudian masukkan italian herbs dan masak sekejap. masukkan tomato yang sudah dipotong dadu tadi dan masukan hingga tomato hancur, selepas itu masukkan tomato puree dalam tin dan tomato yang dikisar. masukkan gula dan garam secukupnya dan biarkan hingga mendidih.
Resepi Spaghetti Bolognese

3. apabila kuah terlalu pekat boleh tuangkan sedikit air rebusan spaghetti ke dalam kuah, biarkan selama 30 minit supaya kuah mereneh dengan api sederhana, kuah yang bagus adalah yang berwarna kemerahan.

4. akhir sekali, apabila kuah sudah agak pekat masukan permesan cheese, parsley, fresh milk, lada benggala, dan lebihan bawang besar yang dipotong dadu tadi. dan masak hingga semua bahan masak.

5. masukkan spaghetti yang sudah di rebus diatas pinggan kemudian tuangkan kuah diatas spaghetti dan siap untuk dihidangkan.
Resepi Spaghetti Bolognese

resepi spagehetti bolognese ini sangat mudah dan siapaun boleh buat, apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada rakan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Spaghetti Bolognese Paling Sedap "

Posting Komentar