Resepi Nasi Tomato Sangat Sedap dan Simple

Salam sejahtera dan selamat berpuasa semua, terima kasih sudah sudi melawat ke blogopsi.com, hari ini saya ingin berkongsi resepi nasi tomato yang sangat sedap. biasanya ramai masyarakat Malaysia menyediakan bersama Ayam masak merah.

seperti biasa saya sibuk dengan tugasan seharian tetapi akan tetap luangkan masa memasak untuk hidangan keluarga tersayang. juga di add dengan saya berpuasa alhasil blog ini tak pernah update selama beberapa minggu walaupun ada masa lapang saya hanya guna untuk rehat selama bulan ramadhan ini.
Resepi Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato


resepi ini saya dapatkan dari Ibonda mertua dan masakan ini memang sudah menjadi kegemaran masyarakat malaysia. biasanya Nasi Tomato di hidangkan untuk santapan hari raya dan berbuka puasa. apabila anda belum ada idea untuk berbuka puasa nanti boleh lah ikut resepi ini.

yang paling saya suka dari resepi ini adalah walaupun bahan yang dia guna agak banyak tetapi menyediakan nasi ini sangat mudah, resepi yang saya sediakan ini tak berapa ciamik sebab saya hanya guna beras biasa.

apabila anda ingin lebih cantik boleh guna beras yang bagus macam beras basmathi, ini adalah salah satu menu berbuka puasa kami sekeluarga dan beberapa hari lepas saya menyediakan nasi tomato. sebenarnya saya sudah kongsikan beberapa resipi nasi yang boleh anda cuba dibawah..
Resepi Nasi Tomato

jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 4 - 5 cawan beras - cuci bersih dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 cawan air
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 biji tomato - cincang
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1/2 cawan sos tomato
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - simpul
Bahan Tumis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 4 ulas bawang merah - hiris
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 batang serai - ketuk
Cara Membuat Nasi Tomato

#1. panaskan minyak sapi bersama minyak masak dalam kuali kemudian tumis bahan rempah hingga naik bau dan kekuningan. selepas itu masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga wangi.

#2. masukkan beras dan kacau rata menggunakan api kecil, kacau selama lebih kurang 2 minit. kemudian masukkan susu cair, tomato, sos tomato, dan pandan yang di simpul, air, dan garam secukup rasa. biarkan hingga mendidih dan alihkan ke dalam rice cooker.

#3. akhir sekali, masak seperti biasa dan apabila nasi sudah kering kacau rata tetapi jangan sampa hancur, hidangkan bersama ayam maska merah atau acar timun.
Resepi Nasi Tomato Sangat

memang sedap lah resepi nasi tomato ini, apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Nasi Tomato Sangat Sedap dan Simple"

Posting Komentar