Resepi Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama

Assalamualaikum salam sejahtera semua, macam mana rasanya berpuasa di hari ke-tiga ini? saya harap anda masih berkuasa. walaupun kita sedang berpuasa sebagai suri rumah anda wajib mesti tetap memasak untuk keluarga kan?

kalau cakap pasal makanan memang tiada habis kerana makanan sangat banyak jenis nya. hari ini saya ingin berkongsi resepi sambal belacan sedap, selain sedap resepi yang saya kongsikan ini juga boleh tahan lama jadi anda tak perlu khawatir.

apabila anda termasuk orang yang menggemari makanan pedas, sambal belacan pasti lah anda pernah mencubanya kan, rasanya yang pedas dan sedap sangat menyelerakan bahkan semalam saya sahur jugak menyediakan sambal belacan ini untuk keluarga. suami saya adalah orang Indonesia dan hampir semua orang Indonesia suka makanan pedas.
Resepi Sambal Belacan

Perlu anda tahu, level pedas makanan di Indonesia sama sahaja dengan level super Pedas pada makanan di Malaysia. kenapa saya tahu, sebab saya pernah cuba makan sambal buatan ibu mertua di Indonesia, rasanya aduhaai lidah saya rasanya macam terbakar. hihihi

Resepi Sambal Belacan 


kembali ke resepi, ini real sambal belacan tau, sebab saya tak guna blender atau pengisar makanan jadi tumbuk-tumbuk dan tumbuk sampai halus.. hehehehe.. mungkin semua orang boleh membuat sambal belacan tetapi tak semua orang mampu membuat sambal yang betul-betul super sedap.

biasanya, sesetengah orang apabila membuat sambal belacan hanya akan letak cili, belacan, dan air asam jawa sahaja kan, tetapi resepi yang saya kongsikan ini sedikit berbeza kerana sudah saya ubah sesuaikan dan jadi lebih sedap.

Resepi Sambal Lain :



biasanya sambal belaca akan disediakan bersama ulam-ulaman macam timun, kacang botol, dan peria katak. memang sangat membangkitkan selera lah sambal ini sebab mampu membuat orang makan nasi bertambah-tambah apabila ada si sambal ini.
Resepi Sambal Belacan

sebenarnya, ada pelbagai versi sambal belacan tetapi saya lebih suka yang sederhana sahaja tanpa ditambah buah masam macam mangga dan sebagainya. jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 12 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1 1/2 inci belacan
  • 1/2 sudu gula
  • 1 biji tomato - belah 4
  • secubit garam
  • 3 tbsp air asam jawa dibancuh dengan 3 tbsp air
  • sedikit minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Sambal Belacan

1. goreng semua bahan tadi hingga layu kecuali gula, garam dan air asam jawa. ingat hanya sampai layu sahaja bukan sampai garing.

2. kemudian siapkan lesung batu dan tumbuk semua bahan yang di goreng tadi bersama gula dan garam hingga agak halus. 

3. akhir sekali, masukkan air asam jawa dan gaul hingga rata menggunakan anak lesung. sambal belacan versi anda siap untuk di hidangkan..
Resepi Sambal Belacan

dalam membuat sambal belacan ini keseimbangan rasa amat penting dan air asam jawa hendaknya tidak terlalu cair. apabila resepi ini bermanfaat sila koment atau share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba. 

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Sambal Belacan Sedap dan Tahan Lama"

Posting Komentar