Resepi Pulut Mangga Ala Thailand Original

Resepi pulut mangga thailand apabila anda pernah mencubanya pasti lah sedap kan, mendengar namanya saja boleh membuat saya menelan air liur jika terbayang kesedapanya. makanan ini baru mula popular di Malaysia beberapa tahun lalu, tetapi sekarang semua orang mungkin sudah tahu pulut mangga ni.

asalnya makanan ini dari thailand dan sangat popular di sana, tetapi sekarang anda tidak perlu ke negara tersebut apabila ingin merasakan makanan ini sedap sudah banyak blogger yang sudah kongsikan resepinya. hari ini saya jugak ingin berkongsi resepi pulut mangga thailand, saya harap boleh di jadikan rujukkan untuk anak-anak di masa hadapan.
Resepi Pulut Mangga Thailand

Resepi Pulut Mangga


biasanya, saya memakan makanan ini sebagai pencuci mulut kerana sangat menyelerakan apabila saya memakanya sampai tidak sadar sudah makan banyak. hihihi.. rahsia masakan ini supaya sedap adalah kombinasi pulut yang dimasak dengan baik, santan secukup rasa dan tentu sahaja buah mangga yang sudah manis masak.

resepi yang saya kongsikan ini sangat istimewa sebab saya sangat terpesona dengan rasa makanan ini. saya teringat pertama kali cuba adalah ketika saya dan suami pergi ke thailand. di thailand pulut mangga dihidangkan dengan taburan sejenis kacang tetapi kalau tak ada guna bijan yang di panggang pun boleh.
Resepi Pulut Mangga Thailand

memang dah lama saya teringin nak buat pulut mangga selepas teringat kesedapan makanan ini yang saya makan di Bangkok, Thailand. apabila anda ada di artikel ini pastilah anda ingin mencubanya juga kan, jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan
  • 3 biji mangga manis - potong ikut suka
  • 2 sudu besar minyak - goreng tanpa minyak
Pulut Kukus
  • 3 cawan beras pulut - rendam semalaman atau selama 5 jam
  • 2 helai daun pandan - carikkan
  • 1 cawan santan pekat
  • sedikit gula dan garam
Cara Penyediaan

1. toskan pulut dari rendaman kemudian kukus selama lebih kurang 10 - 15 minit selepas itu angkat dan masukkan ke dalam bekas.

2. tuangkan santan yang sudah di gaul dengan gula dan garam, gaul hingga santan tercampur rata bersama beras pulut 

3. masukkan kembali pulut ke dalam pengukus, kemudian masukkan daun pandan dan kukus kembali selama lebioh kurang 25 minit atau hingga masak.

Sos Santan
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Cara Penyediaan
Buah Mangga Masak Manis

1. satukan semua bahan kecuali tepung jagung yang dibancuh dengan air tadi, masak sambil terus di kacau sampai mendidih. 

2. masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air dan masak hingga sos nampak pekat, supaya mengelakkan santan berketul anda mesti terus kacau dan apabila sos agak cair boleh tambahkan tepung jagung.

Cara Membuat Pulut Mangga

letakkan pulut dan mangga yang sudah anda potong di dalam pinggan kemudian tuangkan sos santan ke atas pulut. selepas itu taburkan bijan yang sudah di goreng tadi dan siap untuk dihidangkan. macam mana mudah tak?
Resepi Pulut Mangga

apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba dan tetap semangat memasak di dapur.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Pulut Mangga Ala Thailand Original"

Posting Komentar