Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Sedap dan Simple AJe

Assalamualaikum, aduhaii sudah lama ni saya tak share entry kat blog ini.. rindunya saya untuk membuka laptop dan segera menulis resepi untuk pembaca blogopsi.com.. oke, hari ini saya nak kongsikan resepi nasi goreng kampung, salah satu antara masakan yang digemari oleh ramai orang.


sebagai masyarakat Asia Barat Laut Nasi adalah salah satu antara makanan utama selain roti, mee atau bihun. memang berbeza dengan orang Eropah atau Amerika, sebab makanan utama mereka adalah roti dan gandum. beberapa bulan lepas saya sudah berkongsi resepi bihun goreng special yang boleh anda cuba apabila bosan memakan nasi.

Gambar Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung


nasi goreng kampung sangat mudah di dapati di Malaysia kerana semua orang boleh buat dan menggemarinya. nasi goreng memang memiliki banyak versi dan salah satu resepi yang pernah caya cuba adalah resepi nasi goreng ayam. tetapi nasi goreng kampung sangat berbeza dengan nasi goreng lain kerana nasi goreng ini sangat popular dengan rasanya yang pedas.

sebenarnya, semua orang boleh dapat menghasilkan nasi goreng yang sedap tetapi mesti betul kena teknik dan caranya. apabila saya memasak nasi goreng biasanya saya menggunakan nasi yang sudah sejuk dan kalau dapat saya guna nasi yang tidak lembik dan menggumpal.

sebab sangat tidak elok dan cantik apabila nasi goreng bergumpal-gumpal macam itu.. hihihi...dalam memasak nasi goreng anda boleh memasukan apa sahaja yang anda sukai sebab tiada pantang larang. tetapi, saya sendiri lebih memilih menu yang ringkas sahaja sebab saya tidak memiliki masa cukup untuk berlama-lama di dapur.
Nasi Goreng Kampung Simple

oke, jom let's masak dan buat menu istimewa ini untuk keluarga anda tersayang...
Bahan Nasi Goreng

Bahan-Bahan
  • 4 - 5 cawan nasi sejuk
  • 7 tangkai kangkung - disiang bersingan dan dan batang
  • 3 tangkai kacang panjang - opsyenal - hiris kecil-kecil
  • 2 biji telur - pukul sedikit
  • garam secukupnya
  • telur mata - untuk hiasan
  • hirisan tomato - opsyenal
  • 2 biji cili merah - hiris nipis
Bahan Tumbuk 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 8 biji cili padi - boleh tambah apabila suka pedas
  • 1 camca besar ikan bilis - rendam kemudian toskan
  • 1 camca besar udang kering - rendam kemudian toskan
Cara Membuat Nasi Goreng Kampung

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau dan harum. masak hingga agak garing menggunakan api kecil tetapi kacau sentiasa supaya tidak hangus. kemudian ketepikan sekejap pada tepi kuali.

2. masukan telur kemudian masak sekejap hingga kental dan hancurkan telur tersebut. selepas itu gaul rata telur dengan bahan-bahan rencah yang di goreng tadi.. masukan kacang panjang bersama batang kangkung kemudian kacau rata.

3. masukan nasi hingga nasi dan semua bahan tadi bercampur rata..masak dengan api sederhana hingga nasi sudah agak garing. sambil di kacau sekali sekala.. selepas itu masukan daun kangkung dan masak hingga daun kangkung menjadi layu.

4. akhir sekali, masukkan cili merah yang sudah di hiris tadi dan persakan dengan garam secukupnya.. apabila sudah masak boleh lah matikan api.
Resepi Nasi Goreng Kampung

hidangkan bersama hirisan tomato dan telur mata dan nasi goreng kampung ala homemade special siap untuk di makan. ada jugak orang menyukai menyediakan nasi goreng ini bersama sambal belacan katanya akan lebih sedap. tetsepi semua mengikut selera masing-masing, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Sedap dan Simple AJe"

Posting Komentar