Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Sedap

Apa khabar pengunjung setia blogopsi, hari ini saya ingin kongsikan resepi udang masak lemak cili api. simple sangat dan anda boleh cuba mana tahu ini salah satu resepi yang memikat selera anda. resepi ini menggunakan beberapa bahan sahaja tetapi rasanya memang tiada tanding.

percaya tak, hari ini saya sangat gembira kerana selama 3 hari suami akan cuti kerja dan kita berdua akan bercuti di Bali, Indonesia. sebenarnya, beberapa tahun lepas kami sudah pernah melawat Bali. tapi kerana pantai di bali sangat cantik membuat suami ingin melawatinya lagi.

Baca Juga :



suami saya memang mempunyai hobi melancong dan sebelum kami berkahwin, dahulu beliau suka melancong bersama kawan-kawan dia. suami saya cakap dia pernah melancong ke Jepun, Singapura, bahkan ke Perancis. tapi selepas saya berkahwin dia belum pernah mengajak saya bercuti ke Perancis. padahal saya ingin melihat menara Eifel yang sangat terkenal itu.
Resepi Udang Masak Cili Api

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


kembali ke resepi, sebenarnya resepi ini sudah banyak kawan blogger yang kongsikan tetapi tak ada salahnya saya ikut berkongsi juga, cara sebenar resepi udah masak lemak cili api dari Negeri Sembilan adalah selain masak lemak dari ikan tak perlu letak asam keping, cuma diletaka garam dan serai sahaja.

ilmu ini saya dapatkan dari kawan di group masakan, sementara ayam dan ikan mesti dikecutkan dahulu dengan dimasak bersama bahan kisar sebelum dimasukkan santan. Mujurlah saya join di group tersebut kerana banyak resepi dan ilmu baru yang dapat saya perolehi.

saya memang bukan chef atau pakar memasak, saya cuma seorang isteri yang berkongsi masakan apapun yang pernah saya cuba. jadi apabila saya ingin boleh menyediakan makanan yang sedap untuk keluarga saya harus terus belajar dan menambah ilmu.
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

saya menulis pelbagai resepi disini supaya boleh untuk panduan anak cucu cicit di akan datang yang baru belajar memasak. jom kita layan resepi udang masak lemak cili api yang saya masak tadi pagi.

Bahan-Bahan

  • 1 kg ekor udang - bersihkan
  • 1 genggam cili padi
  • 3 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • garam secukupnya
Cara Membuat Udang Masak Cili Api

1. tumbuk cili padi bersama bawang besar dan kunyit hidup, kemudian masukkan udang dalam periuk bersama bahan tumbuk tadi tapi jangan hidupkan api.

2. lepas itu masukkan air bersama santan pekat kemudian kacau hingga rata dan hidupkan api. masukkan daun kunyit bersama serai kemudian kacau rata dan masak hingga mendidih.

3. akhir sekali, apabila sudah mendidih masukkan garam dan serbuk kunyit, kacau lagi hingga rata dan kecilkan api. apabila sudah masak matikan api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas-panas.
Udang Masak Lemak Cili Api

resepi ini sangat simple dan boleh dicuba untuk anda yang mahu belajar cara memasak dan apabila resepi yang saya kongsikan ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda. jangan lupa share dengan klik media sosial dibawah ya...

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Sedap"

Posting Komentar