Resepi Serunding Ikan Mudah dan Sedap

Hi apa khabar semua, jumpa lagi di blogopsi.com hari ini saya ingin berkongsi resepi serunding ikan, biasanya serunding dibuat dengan menggunakan bahan kelapa dan dicampur dengan ayam atau daging lembu. memang rasanya best serunding ini apabila dimakan bersama nasi panas-panas.

saya memang bukan penggemar serunding, berbeza dengan suami, beliau sangat menggemari serunding ini. walau saya tidak menggemari serunding tetapi saya tetap mesti belajar membuatnya, dahulu memang saya tidak pandai menyediakan serunding bahkan malas bila nak belajar membuat serunding. tetapi selepas berkahwin suami meminta saya untuk membuatkan beliau serunding. akhirnya, saya mual belajar cara membuatnya.
Resepi Serunding Ikan

sebenarnya, sudah banyak yang kongsikan resepi serunding ini di google. kebanyakan kawan blogger kongsikan resepi ini menggunakan bahan ikan sardin atau selayang. tetapi resepi yang saya kongsikan ini lain sedikit sebab saya menggunakan ikan tongkol sebagai bahan nya.

apabila bulan puasa serunding antara makanan yang mendapat perhatian ramai sebab serunding ini paling sedap apabila disediakan bersama ketupat, lemang, dan nasi impit. jadi makanan ini adalah menu wajib apabila hari raya tiba.

siapa suka serunding??

tak payah lah angkat tangan, apabila anda menggemari serunding maka anda ada di artikel yang sesuai sebab artikel ini akan membantu anda membuat serundeng. jom kita layan resepinya dibawah....

Bahan-Bahan
Resepi Serunding Ikan Tongkol


  • 2 ekor ikan tongkol (anggaran 1 kg ikan)
  • 4 biji daun limau
  • 1 inchi lengkuas
  • 200 gram gula merah - hiris nipis
  • 250 gram kelapa parut
  • sedikit asam keping
  • minyak goreng secukupnya
Bahan Kisar Halus
Resepi Serunding Ikan

  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/4 sudu kecil jintan
  • garam secukup rasa
  • 3/4 inchi kunyit hidup
Cara membuat Serunding Ikan

1. rebus ikan bersama asam keping hingga empuk supaya isi ikan mudah tertanggal. kemudian apabila sudah empuk asingkan isi dan tulang ikan. isi ikan ditumbuk.

2. goreng kelapa parut tanpa minyak hingga kering, angkat dan ketepikan sekejap.

3. panaskan minyak dan masak bahan kisar halus hingga harum kemudian masukkan daun limau dan lengkuas. lepas itu tambahkan sedikit air, gula merah, dan ikan yang sudah ditumbuk tadi. masak dan kacau hingga rata.

4. akhir sekali, masukkan kelapa parut yang sudah digoreng tadi dan kacau hingga rata, apabila serunding sudah kering boleh lah matikan api dan siap untuk dihidangkan.

resepi serunding ikan yang sangat simple dan ringkas kan? apabila resepi ini bermanfaat sila share dan selamat mencuba!

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Serunding Ikan Mudah dan Sedap"

Posting Komentar