Resepi Meatball ikea Mudah dan Ringkas

Hello Jumpa lagi di Blogopsi.com hari ini saya ingin berkongsi resepi meatball ikea ala swedish, sudah lama saya tidak update tapi masih ramai yang datang melawat. terima kasih sudah melawat di blog saya yang sederhana ini saya harap semua resepi yang saya kongsikan boleh memberikan manfaat untuk anda.

siapa suka meatball ikea? memang sedap lah makanan satu ini bahkan ramai orang puji meatball ikea kerana kesedapanya dan saiz meatball yang besar.  sampai ada yang kata ini adalah meatball tersedap sedunia. tetapi yang membuat sedap dari meatball ini adalah campuran Gravy sos. apabila anda anda belum pernah makan, pergilah rasa...
Resepi Meatball ikea

apabila sudah rasa sekali mesti kawan terus malam-malam mimpi meatball ikea hihihihi, resepi ini mula popular di Masyarakat Malaysia ketika ada orang yang share gambar di FB dan selepas itu ramai orang membuat meatball ikea ini dan viral.

tetapi, banyak kontrovesi betul food court ikea. ada yang kata dia tidak ada kelulusan JAKIM dan ad yang kata tidak halal dan ada jugak yang kata meatball ini guna daging kuda. tapi sampai artikel ini saya tulis tetap ramai sahaja pergi makan ke sana.

sebenarnya, saya tidak merancang langsung buat meatball ikea ini, kelmarin nafsu makan saya menurun kerana bosan memandangkan dan makan nasi lauk.. nasi lauk.. mee.. bihun.. ayam.. boring sangat setiap hari tidak pernah bertukar menu.

saya cuba buka FB dan tidak sengaja tengok kawan FB sharing resepi Meatball Ikea dan sudah saya putuskan hari itu saya ingin buat makanan ini sahaja, dari gambarnya sahaja saya sudah tahu pasti lah rasanya sedap dan hati ini sudah tidak sabar ingin segera mencubanya..

mungkin anda boleh cuba jugak resepi meatball lain seperti bakso yang boleh anda tengok kat SINI. apabila anda sekali kala bosan makan nasi maka resepi meatballs ala ikea boleh anda cuba, jom kita layan resepinya dibawah...
1 Pocket Meatball

Bahan-Bahan 

  • 1 Packet Meatball 
  • 4 kentang goreng - potong bentuk wedges
  • sedikit garam
  • serbuk lada hitam
Cara-Cara

1. goreng meatballs tanpa minyak pada non-stick pan menggunakan api sederhana, selalu balik-balikkan supaya tidak hangus. apabila sudah masak ketepikan sekejap.

2. sementara itu didihkan air kemudian rebus kentang hingga empuk dan masukkan sedikit garam. angkat dan toskan

3. letakkan serbuk lada hitam dan sedikit garam kemudian goreng hingga kekuningan.

Bahan Sauce Gravy
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 2 sudu butter
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air sejuk
  • 1 sudu gula
  • 1 kiub pati ayam
  • 100 ml susu cair
  • 1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
  • serbuk beef gravy segera
Cara Penyediaan

1. cairkan mentega atau butter dengan api perlahan kemudian tumis bawang besar kuning hingga layu kecoklatan. lepas itu masukkan tepung gandum dan kacau sekejap hingga warna menjadi sedikit coklat. masukkan tomato dan biarkan higga ianya layu.

2. masukkan sos tiram, sos tomato, serbuk lada hitam, air sejuk, susu cair, kicap manis, beef gravy, gula dan kiub pati ayam. kacau hingga rata dan biarkan sampai mendidih..

3. terus kacau supaya ianya tidak berketul dan apabila ianya tawar boleh perasakan dengan sedikit garam. apabila kuah terlalu cair tambahkan tepung jagung dan apabila terlalu pekat tambahkan air secukupnya, kacau hingga sebati.

4. akhir sekali, tutup api dan blender gravy tadi hingga halus. tuang kembali gravy tadi kedalam periuk dan didihkan sekejap. kacau sentiasa dan apbila sudah mendidih bolehlah matikan api.
Resepi Meatball ikea

5. angkat dan tuang atas meatball..

apabila anda ingin lebih cantik dan sedpa boleh letakkan jem blueberry atau strawberry dan lepas itu sila jemput makan, apabila anda sudah rasa sekali pasti nak lagi dan apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Meatball ikea Mudah dan Ringkas"

Posting Komentar