Resepi Lala Masak Lemak Cili Api Sedap

Lala Masak Cili Api adalah salah satu antara masakan kegemaran saya, apabila anda pernah makan lala pasti tau rasanya yang sedap kan. biasanya saya menyediakan lala ini bersama ayam masak lada hitam, resepi ini saya pelajari dari kawan group masakan kat Facebook.

kerana saya adalah wanita yang sibuk saya suka memasak lala ini sebab sangat mudah dan cepat, tetapi lala ini memang agak mahal di Carrefour harganya lebih kurang RM12++ sekilogram. jadi walaupun saya suka lala ini tak boleh makan kerap kerana mesti berjimat.
Resepi Lala Masak Lemak Cili

Resepi Lala Masak Lemak Cili


sebenarnya banyak yang sudah kongsikan resepi lala masak cili ini di internet, saya tengok semuanya sedap. tetapi tidak ada salahnya saya ikut kongsikan juga kerana saya buat blog ini untuk rujukkan masakan harian keluarga dimana resepinya adalah daripada warisan keluarga, majalan, group masakan, dan juga rakan-rakan.

telah seminggu saya tak memuatkan resepi dalam blog ini, bukan kerana malas untuk berkongsi tetapi kerana saya sakit dan mesti berehat seketika menjadi chef di dapur dan bekerja. alhasil, anak-anak dan suami mesti menyediakan makanan sendiri.

Alhamdulillah, hari ini saya dah sembuh dan boleh menjadi chef di dapur walaupun tidak boleh sampai terlalu lelah dan mesti banyak berehat. oke kembali ke resepi, lala masak lemak cili api ini paling sedap apabila disediakan bersama nasi putih panas-panas. jom kita layan resepinya dibawah...
Lala Masak Lemak

Bahan-Bahan

  • 1 kg siput lala - basuh hingga bersih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10 biji cili api
  • 2 batang serai - di titik
  • 1 keping asam keping
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • santan
  • garam dan gula secukupnya
Cara Membuat Lala Masak Lemak Cili


1. tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, halia dan cili api hingga halus, kemudian panaskan minyak dala kuali dan tumis bahan tumbuk tadi hingga harum..

2. masukkan asam keping dan serai yang sudah di titik tadi kemudian kacau, selepas itu masukkan gula dan garam.. kacau kembali hingga rata.

3. masukkan lala yang sudah dibersihkan tadi dan kacau. masukkan santan kemudian kacau hingga rata..

4. akhir sekali, masak hingga mendidih dan apabila siput lala sudah maska bolehlah tutup api, siap untuk dihidangkan..
Lala Masak Lemak Cili Api

apabila semasa memasak agak kering boleh tambah dengan air, apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada rakan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Lala Masak Lemak Cili Api Sedap"

Posting Komentar