Resepi Labu Kuning Masak Lemak Paling Sedap

Hi kawan Blogopsi semua, hari ini saya ingin berkongsi Resepi Labu Masak Lemak. Bercakap Pasal Labu, orang melayu memiliki pantang larang yang menganggap makan labu boleh menyebabkan masuk angin. tetapi percaya tak, Rasulullah sering memakan labu kerana labu adalah makanan yang mengandungi banyak manfaat.

saya teringat, dahulu ketika saya kecil saya sering membantu ibu bapa untuk menanam labu. ada 2 macam labu yang saya tanam iaitu labu putih dan labu kuning. bila labu tersebut sudah masak pastilah ibu membuatkan labu masak lemak ini.
Resepi Labu Masak Lemak

Resepi Labu Masak Lemak


makanan yang disediakan beliau semuanya sedap, bahkan hampir semua resipi yang saya kongsikan di blog ini adalah hasil dari saya belajar cara memasak yang benar kepada beliau. terima kasih ibu berkat engkau aku boleh belajar membuat berbagai resepi dan boleh untuk bekalan aku di masa hadapan.

ibu adalah bagaikan malaikat tanpa sayap yang memberi kita kasih sayang tanpa mengharapkan ganjaran. tanpa ibu kita tidak boleh hidup didunia ini sebab cinta dan kasih sayang ibu bapa membantu kita hidup sampai dewasa. rugilah orang yang tidak menghargai jasa ibu bapa mereka dan tempat kembalinya adalah neraka.

kembali ke resepi, seperti yang sudah saya tulis diatas tadi saya belajar pelbagai macam resepi dari ibu dan resepi labu masak lemak yang saya kongsikan ini juga hasil belajar dari beliau. saya teringat masa pertama kali cuba membuat makanan ini 2 kali tidak pernah berjaya.

tapi setelah saya berjaya membuat labu kuning masak lemak aduhaai rasanya gembira hati ini dan saya mengikut sesuai manual yang diberikan ibu memang rasanya sedap. ada seorang blogger yang berkata labu masak lemak adalah makanan ala kampung. tapi walaupun makanan kampung tapi rasanya memang sedap dan boleh menjadi pembuka selera.
Labu Kuning

yang paling saya suka adalah semasa memasak ianya semerbak harum dan sangat menyelerakan baunya. jom kita layan resepinya dibawah...

Bahan-Bahan

  • 4 Ruas Labu kuning - potong kecil
  • 2 sudu besar udang kering - boleh guna ikan bilis
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji cili merah - hiris
  • garam secukupnya
  • 2 batang serai - dititik
  • daun kunyit - carik
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • 1 cawan air
Bahan Tumbuk
  • 3 biji bawang merah
  • 1 cm kunyit hidup
  • lada hitam
Cara Membuat Labu Masak Lemak

1. masukan semua bahan kedalam periuk kecuali santan, daun kunyit, cili merah, dan bahan tumbuk. masak hingga labu menjadi lembut.

2. kemudian bila labu sudah lembut dan air rebusan sudah mendidih masukkan santan, Daun kunyit, cili merah, dan bahan tumbuk kedalam rebusan tadi. masak menggunakan api perlahan supaya santan pekat mendidih.

3. akhir sekali, kacau kerap supaya kuah tidak berketul tapi mesti berhati-hati supaya labu tidak hancur dan apabila sudah mendidih boleh tutup api dan hidangkan.

Resepi Labu Kuning Masak Lemak

bila resepi labu kuning masak lemak yang saya kongsikan ini bermanfaat sila kongsikan kepada rakan atau keluarga anda dan selamat mencuba!

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Labu Kuning Masak Lemak Paling Sedap"

Posting Komentar