Resepi Kuey Teow Kungfu Simple dan Sedap

Salam sejahtera semua, alhamdulillah saya sudah boleh update blog semula, beberapa hari lepas saya sibuk menghantar saudara ke hospital sebab saudara saya tu akan melahirkan anak, selepas menunggu selama beberapa hari di hospital. alhamdulillah, lahir anak laki-laki yang sihat, semoga kelak anak tersebut boleh menjadi orang soleh dan berguna untuk bangsa dan negara. aamiin.

kembali ke resepi, hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat senang dan mudah sahaja iaitu resepi kuey teow kungfu, siapa suka kuey teow? saya memang penggemar kuey teow ni bahkan setiap kali pergi ke kedai, mesti saya ni order makanan ini.
Resepi Kuey Teow Kungfu

saya teringat, kali pertama saya cuba saya makan kuey teow adalah semasa zaman belajar di kolej bersama kawan-kawan. mulanya saya tak tahu dengan makanan yang satu ini. tetapi saya ingin tahu kenapa kawan saya selalu order kuey teow.

saya ikut juga pesan dan memang rasanya lain sikit dari noodles yang biasa saya makan, bentuknya juga lebih besar dan leper dari mee biasa. itulah kali pertama dan saya makan kuey teow. sampai beberapa tahun saya tanpa sadar sudah menjadi penggemar dari makanan ini. hihihi....

saya tak tahu kenapa ianya diberi nama kuey teow kungfu.. mungkin kita semasa memasak kena kunguf kat dapur barulah menjadi masakkan tu hihihi.. sebenarnya, dari dahulu saya teringin nak buat sendiri. tetapi, kerana dahulu saya tidak pandai dalam membuat makanan jadi saya simpan dalam hati sahaja.

selepas saya belajar memasak dari mak dan kawan-kawan. saya mula berani untuk buat sendiri, ternyata memang menjadi dan sangat sedap. saya paling suka memakan mee ini apabila masih panas-panas sebab lebih sedap dan apabila sudah sejuk mie menjadi kurang rasa dan sudah kembang.

apabila anda adalah penggemar mee maka resepi ini sangat sesuai untuk anda cuba dan jom kita layan resepinya dibawah :
Resepi Kuey Teow Kungfu

Bahan A

  • 1 Paket Kuey Teow (anggaran 500 gram)
  • sedikit tepung jagung
  • 4 - 5 biji telur
  • 3 senduk minyak masak
Bahan B
  • 150 gm ayam - hiris
  • 100 gm udang basah - buang kulit
  • 100 gm bunga kobis - potong
  • 100 gm brokoli - potong
  • 100 gm carrot - potong memanjang
  • 3 ulas bawnag putih - cincang
  • 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 5 tangkai baby corn
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji panjang fish cake - potong nipis
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 cawan air dibancuh dengan 1 kiub ayam
Cara Membuat Kuey Teow Kungfu


1. pukul telur kemudian gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung lepas tu panaskan minyak dan goreng kuey teow hingga agak garing,, kemudian ketepikan
Resepi Kuey Teow Kungfu

2. panaskan kembali sedikit minyak kemudian tumis bawnag putih hingga harum. lepas tu masukkan ayam, fish cake, dan udang. kemudian masukkan 1 cawan air yang sudah dibancuh dengan 1 kiub ayam, kacau sekejap.

3. masukkan baby corn, carrot, lada sulah, sos tiram, tepung jagung yang sudah dicampur air (supaya tepung jagung tidak bergentel kacau terlebih dahulu) dan kacau lagi sekejap.

4. masukkan bunga kobis dan brokoli lepas itu tutup api dan kacau hingga rata.

5. akhir sekali, tuangkan kuah ke atas mee dan kuey teow homemade siap untuk dihidangkan. paling sedap apabila dimakan panas-panas.
Resepi Kuey Teow Kungfu

resepi kuey teow yang saya kongsikan ini mudah sahaja kan dan apabila resepi ini bermanfaat sila share dengan klik media sosial dibawah, selamat mencuba!

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kuey Teow Kungfu Simple dan Sedap"

Posting Komentar