Resepi Kari Daging Pekat Simple dan Ringkas

Assalammualaikum hari ini saya ingin berkongsi resepi kari daging yang amat simple dan mudah, saya teringat semasa saya mahu belajar memasak resepi inilah pertama saya cuba. sebab saya masa itu memang tak pandai masak jadi berbanding saya membuat resepi yang complicated saya lebih memilih kari daging.

sebenarnya, saya memang penggemar kari tetapi tak berapa gemar dengan masakan berasaskan daging saya lebih menggemari kari udang. jadi apabila saya membuat kari daging mesti lah saya makan hanya sekadar sahaja.
Resepi Kari Daging Pekat

Resepi Kari Daging


memang kari masak apapun sedap saya pernah cuba semua versi kari ada kari udang, kari ayam, kari ketam, kari telur rebus, dan kari daging. bagi saya kuah kari akan lebih sedap apabila ianya pekat dan dibuat cecah sama roti, tetapi kuah kari ini kategori subjektif jadi selera saya dan anda mungkin berbeza.
Resepi Kari Daging Pekat

rasa kari daging ini memang sedap, dagingnya terasa manis dan empuk yang bercampur dengan kuah kari. saya punya tips untuk anda apabila hiris daging jangan terlalu nipis sebab nanti ianya tak rasa seperti daging bertekstur berurat. tetapi juga jangan potong besar macam ayam sebab kalau besar gitu mau memasak 1 hari pun belum tentu empuk daging tu.

kari daging sangat sesuai apabila dihidangkan sebagai menu tengah hari, saya teringat pertama kali saya buat kari daging untuk anak-anak, mereka makan sangat suka dengan rasanya. alhasil, hari esok anak-anak meminta saya untuk membuatnya lagi. hihihi

apabila anda golongan muda yang mahu cara belajar memasak atau anda penggemar makanan yang ringkas sahaja maka resepi kari daging ini sangat sesuai untuk anda cuba. saya sendiri adalah wanita yang sibuk jadi saya selalunya memasak yang simple aje.

selain kari daging biasanya saya menyediakan sambal tumis udang yang sangat simple juga. sebab apabila ada yang simple dan sedap kenapa guna yang complicated. hihihi saya juga tidak suka apabila berlama-lama di dapur sebab saya mesti lah berpeluh. bahkan kipas siling didapur juga tidak mengurangkan suhu badan saya.
Kari Daging Pekat

tetapi, sebagai suri rumah memasak adalah kewajiban jadi saya mesti memaska untuk keluarga. jom kita layan resepi kari daging yang amat simple dibawah ini..

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging - potong nipis
  • 3 sudu besar rempah kari daging - bancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 4 ulas bawang putih - hiris halus
  • 6 ulas bawang merah - hiris halus
  • 1 inchi halia - hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 kotak santan kotak
  • 1 biji cengkih
  • 2 biji kentang - potong 4
  • daun kari beberapa helai
  • garam secukupnya
Cara Membuat Kari Daging

1. daging yang sudah dihiris nipis di rebus hingga empuk, apabila sudah empuk asingkan dan air rebusan daging tadi jangan dibuang sebab nanti air rebusan daging akan digunakan semula untuk kuahnya.

2. sementara itu panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis buga lawang, kau manis, dan cengkih hingga harum. selepas itu masukkan bawang merah, halia, dan bawnag putih yang sudah di hiris halus tadi. tumis hingga layu dan naik bau.

3. masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air bersama beberapa helai daun kari. tumis hingga terbit minyak dan harum.

4. apabila sudah terbit minyak, masukkan daging yang sudah direbus tadi bersama air secukupnya (apabila anda ingin pekat guna sedikit air sahaja) dan masak hingga mendidih.

5. masukkan kentang yang sudah dipotong dan masak hingga kentang hampir empuk, selepas itu masukkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.

6. masak sekejap dan tutup api, siap untuk dihidangkan..
Resepi Kari Daging Pekat

kari daging ini paling sedap apabila disediakan bersama nasi putih dan juga roti. apabila resepi ini bermanfaat sila share melalui media sosial dibawah, selamat mencuba!

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Kari Daging Pekat Simple dan Ringkas"

Posting Komentar