Resepi Bubur Cha Cha Paling Sedap

Terima kasih kepada pembaca yang sudah sudi melawat ke blog saya ini, hari ini saya ingin berkongsi resepi bubur cha cha, bubur ini sangat digemari oleh semua orang kerana rasanya yang sedap dan sangat sesuai untuk minum petang.

saya memang penggemar makanan ringkas seperti bubur cha cha ini, kerana tak payah apabila membuatnya. anda boleh mendapati cha cha dengan mudah di kedai-kedai rucit. biasanya dihari keramaian ramai orang membuat bubur ini. bahkan apabila saya membuatnya anak-anak suka makan bubur ini lagi dan lagi.
Resepi Bubur Cha Cha

Resepi Bubur Cha Cha


sebenarnya, saya tidak merancang membuat bubur cha cha. beberapa hari lepas cuaca tengah hari sangat panas.. rasanya ingin menyembunyikan diri saya didalam peti ais. tetapi kerana saiz peti ais terlalu kecil akhirnya saya hanya berbaring di lantai sambil menonton televisyen.

sambil menonton televisyen saya teringat selepas sarapan anak-anak ingin makan bubur, saya bimbang bubur macam mana nak saya buat. saya tengok buku nota masakan yang pernah saya simpan dahulu. memang dahulu apabila saya belajar memasak pasti lah saya tulis pada buku nota. akhirnya pilihan saya jatuh pada bubur cha cha..

saya teringat, terakhir saya makan bubur ini semasa belum berkahwin. membayangkan kombinasi keladi, kaledek oren, dan cha cha sungguh sedap sekali. resepi ini agak berbeza daripada versi pencuci mulut nyonya kerana menggunakan cha cha segera.

sebenarnya, membuat bubur ini memang sama sahaja dengan bubur-bubur manis lainya. tapi apabila anda belum tahu boleh lah tengok resepi yang amat mudah dibawah ini..

Bahan-Bahan

  • 1 cawan cha cha kering
  • 1 ketul ubi keladi
  • 1 ketul kaledek
  • 1 ketul kecil gula melaka
  • 6 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam
  • 1 kotak santan pekat (200 ml)
  • 800 ml air
  • 1 helai daun pandan - carik dan simpul
Cara Membuat Bubur Cha Cha

1. kupas dan potong keladi dan kaledek menjadi kiub kecil kemudian rebus hingga empuk dan toskan airnya. ketepikan.. sementara itu, rebus cha cha hingga kembang dan lembut, kemudian toskan dan ketepikan sekejap.

2. campurkan air, gula pasir, santan, gula melaka, daun pandan, dan sedeikit garam. kemudian masak hingga larut.

3. akhir sekali, apabila sudah larut masukan cha cha, kaledek, keladi yang tadi direbus.. masak sekejap sahaja kerana apabila terlalu lama ubi akan hancur cukup sekedar kuah menjadi sebati.

4. matikan api kemudian hidangkan..
Resepi Bubur Cha Cha

mudah sahaja kan resepi bubur cha cha ini dan apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba!

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Bubur Cha Cha Paling Sedap"

Posting Komentar