Resepi Bubur Asyura Kedah Paling Sedap

Apabila hari Asyura tiba pasti lah ramai orang membuat bubur asyura ni, saya memang penggemar bubur asyura seperti saya menggemari bubur kacang hijau dan bubur lambuk. apabila saya makan bubur ni teringat masa kecil-kecil dahulu sebab ibonda suka membuat bubur untuk kami sekeluarga.

biasanya bubur ini ibonda sediakan untuk sarapan pagi atau minum petang, tetapi sekarang apabila saya teringin makan bubur asyura mesti buat dahulu. sebab jarang ada yang jual bubur ini sangat berbeza dengan bubur jagung atau bubur kacang hijau banyak jual.

sebenarnya, sudah banyak yang kongsikan bubur asyura dan bubur ini juga banyak veri dari pelbagai negeri, seperti versi terengganu, johor, kelantan, dan yang akan saya kongsikan adalah bubur asyura versi kedah. tetapi dari semua versi asyura yang paling saya suka ada versi kedah.
Resepi Bubur Asyura

Resepi Bubur Asyura


asyura kedah ni memang berbeza dibandingkan dengan asyura dari negeri lain dari rasa dan teksturnya sahaja sangat sedap. kebanyakan kanak-kanak juga lebih menggemari versi kedah sebab ianya ni saling tak tumpah macam pengat.

apabila 10 muharam tiba saya sangat gembira kerana semata-mata ingin menikmati asyura ini, asyura diambil dari bahasa arab "Asyara" yang bermaksud sepuluh. jadi apabila tarikh 10 muharram tiba adalah hari Asyura.

sebenarnya, boleh juga nak makan asyura ni bila-bila masa, cuma sahaja nak ambil sempena muharram barulah dipanggil asyura kan? tetapi memang hari ini tiba-tiba tekak teringin nak makan bubur asyura dan saya mula membeli bahan-bahan di pasar. alhamdulillah bahan-bahanya mudah sangat didapati.
Bubur Asyura Kedah

oke, resepi yang saya kongsikan ini sudah saya ubah sesuaikan dengan selera saya, jadi apabila tidak sesuai dengan selera anda boleh disesuaikan bahan mengikut citara anda. tetapi resepi ini saya cuba memang sedap..  jom kita layan resepinya dibawah..

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 tin jagung (siap dalam tin)
  • 1/2 cawa kacang hijau rebus
  • 1 biji pisang - potong dadu kecil
  • 8 sudu besar gula pasir - boleh disesuaikan dengan selera anda
  • 5 cawan santan
  • 1 biji kaledek - rebus 1/2 masak, potong dadu)
  • sedikit garam
  • 1/2 ketul gula melaka
Cara Penyediaan

1. dalam kuali besar campurkan gula, garam, santan, dan tepung beras.. kemudian maska hingga mendidih menggunakan api sederhana.. ketika memasak kacau selalu.

2. masukkan pisang, jagung, kacang hijau, dan keledek dan kacau lagi hingga kaledek empuk. masak hingga adunan menjadi empuk dan apabila terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.

3. apabila sudah masak bolehlah matikan api dan tuangkan kedalam bekas.. siap untuk dihidangkan..
Resepi Bubur Asyura Kedah

saya paling suka makan bubur asyura apabila masih suam-suam panas dan apabila sudah sejuk juga sama sedapnya.. apabila anda tak suka pisang tak letak pun juga tak pe. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda. selamat mencuba!

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Resepi Bubur Asyura Kedah Paling Sedap"

Posting Komentar